Khamis, 16 Jun 2016

Alun-Alun Pulau Karimunjawa


       Saya memang suka ke pasar malam, membeli makanan yang beraneka rasa mengikut selera dengan harga yang murah. Tetapi makanan pasar malam di Alun-Alun Pulau Karimun memang sedikit berbeza dengan di Malaysia. Kebanyakan makanan yang dijual di pasar malam ini adalah makanan laut. Yang menariknya terdapat banyak gerai menjual lobster bakar.





       Pasar malam ini dibuka di tepi padang di Alun-Alun Pulau Karimunjawa bermula lewat petang sehingga lewat malam bergantung kepada bilangan pengunjung. Pengunjung yang ingin menjamu selera boleh makan di tempat yang disediakan di padang. Selain makanan dan minuman, terdapat juga penjaja yang menjual pakaian, cenderahati dan perhiasan di pasar malam ini.




Tempat makan di pasar malam Alun-Alun


       Saya berkunjung ke pasar malam ini setiap malam  semasa bercuti di Pulau Karimunjawa. Harga seekor lobster bakar 100 ribu (kurang lebih Rm 30). Selain ke pasar malam, saya dan kawan-kawan juga mengunjungi Bukit Love di Pulau Karimun ini. Bukit Love terletak di dusun Jatikerep Pulau Karimun. Di sini adalah antara tempat terbaik menyaksikan matahari terbenam. Ticket ke Bukit Love ini 10 ribu seorang. Di bukit ini terdapat binaan batu tulisan Karimunjawa, sarang burung buatan dan sebuah kedai cenderahati.






        Saya dan teman-teman juga menziarahi makam Sunan Nyamplung iaitu putera Sunan Muria yang menjumpai Pulau Karimun. Menurut cerita penduduk setempat, Sunan Muria iaitu salah seorang walisongo mempunyai seorang anak yang nakal bernama Syekh Amir Hasan atau lebih dikenali sebagai Sunan Nyamplungan. Sunan Muria telah menghantar puteranya ke Pulau Kremun-Kremun yang bermaksud kabur untuk mendalami ilmu agama dan pulau Kremun-Kremun ini telah dikenali sebagai Pulau Karimun.

Makam Sunan Nyamplungan


          Kepulauan Karimunjawa terdapat sebanyak  27 pulau, 5 dari pulau ini berpenduduk iaitu pulau Karimun, Kemujan, Nyamuk , Parang dan Genting. Sejak March 2001 Pulau Karimun telah diangkat taraf menjadi taman nasional. Penduduknya kebanyakan dari suku Jawa, Bugis dan Madura.


Nota:
1- Pulau Karimunjawa boleh dikunjung malalui jalan air dari Pelabuhan Tanjung Emas Semarang atau Pelabuhan Pantai Kartini Jepara.
2- Pulau Karimun juga boleh dikunjungi melalui jalan udara dari Semarang dan Surabaya.

Tiada ulasan: