Isnin, 28 Ogos 2017

Candi Prambanan atau Candi Roro Jonggrang


      Yogyakarta memang kaya dengan candi yang berusia ratusan tahun dan candi-candi ini direka dengan bentuk yang unik lagi berseni. Terdapat banyak candi yang dibina sekitar kurun ke 8 dan ke 9 semasa penyebaran Agama Hindu di Pulau Jawa sehingga masyarakat di pulau ini beralih kepercayaan dan keyakinan ke Agama Islam sekitar abad ke 14. Namun setelah berabad lamanya, candi-candi tersebut masih berdiri kukuh dan menjadi tempat lawatan pencinta sejarah sehingga diiktiraf oleh tapak warisan dunia UNESCO. Antaranya adalah Candi Prambanan yang telah lama saya ingin lawati.


     Komplek Candi Prambanan atau Candi Roro Jonggrang terletak 17 kilometer di timur laut bandar Yogyakarta, Jawa Tengah. Kompleks candi ini mula dibina sekitar tahun 850 Masehi. Nama Prambanan diambil sempena nama desa di mana candi ini didirikan. Reka bentuk candi ini tinggi meruncing.


      Terdapat 240 candi besar dan kecil di kompleks ini dan ia antara kompleks candi terbesar di Asia Tenggara. Candi terbesarnya adalah Candi Siwa yang berdiri setinggi 47 meter menjulang ke langit dan lebarnya pula adalah 34 meter.



      Candi Prambanan pernah terbiar setelah pusat pemerintahan berpindah ke Jawa Timur pada tahun 930 Masehi. Permindahan pusat pemerintahan berpunca dari beberapa sebab antaranya kerana Gunung Merapi yang sering meletus. Pada tahun 1733, candi ini telah dijumpai oleh seorang bangsa Belanda dan tahun demi tahun candi ini terus mendapat perhatian dunia dan telah dibaik pulih berperingkat-peringkat. Pada tahun 1953, candi ini telah diresmikan oleh Presiden Indonesia pertama iaitu Sukarno dan pada tahun 1991 ia telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO.







      Pada 27 May 2006, Bandar Yogyakarta telah dihentam gempa bumi sekitar 5.9 skala richer dan akibat dari bencana itu telah merosakan sebahagian bangunan dan patung di Komples Candi Prambanan ini.






    Candi Prambanan dibuka dari jam 06:00-17:15 WIB dan harga ticket masuk bagi lokal berusia 10 tahun keatas pula Rp 40 ribu seorang. Jika kita ke kompleks candi ini, setelah keluar terdapat deretan kedai makanan dan minuman, gerai buah-buahan dan kedai cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Waktu melawat Candi Prambanan adalah dari 06:00- 17:15 WIB mengikit masa di ticket.
2- Ticket masuk Rp 40 ribu (harga lokal).


2 ulasan:

samhakim berkata...

Tahniah Kak Ju, saya sering merujuk kepada catatan dalam blog ini sebagai panduan ketika saya travel.

Jurimahmohdariffin berkata...

terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.