Jumaat, 9 Februari 2018

Makanan halal di Chiang Rai


Kali kedua saya bercuti di Chiang Rai ini, saya bercadang untuk bermalam di sana. Dalam perjalanan dari dari Airport Chiang Mai ke Chiang Rai, saya dan teman-teman singgah di Makejan Hot Spring, ada gerai murtabak halal di perhentian ini dan kami bersarapan di sini.



Setibanya saya dan teman-teman di Chiang Rai, kami terus menuju ke Masjid Darunaman. Kami makan tengahari di kedai makan Rosprasert Muslim Food di sebelah masjid yang indah ini.




Keesokkan paginya, kami ke Masjid Darunaman lagi untuk bersarapan. Disebabkan kedai makan itu dipenuhi dengan pelanggan yang sedang bersarapan, kami memilih untuk bersarapan di gerai makan yang bertentangan dengan dengan gerai makan Rosprasert Muslim Food ini.
.


Dalam perjalanan kami ke Golden Triangle, saya ternampak sebuah kedai makanan halal tepi jalan di kiri jalan sekitar 500 meter sebelum simpang ke Long Neck Karen Village. Disebabkan kami telah bersarapan dan masih kenyang, kami tidak singgah di kedai makan tersebut. Selepas melawat Golden Triangle, kami ke bandar Mae Sai, iaitu bandar paling utara di Thailand dan bersempadan dengan Burma. Kami makan tengahari di Restauran Bismillah Halal Food. Di Mae Sai juga ada beberapa buah lagi kedai makan muslim.



Jika bercuti ke negara Thailand yang terkenal dengan buah-buahan, memang tidak lengkap jika tidak menikmati buah-buahan tempatan yang segar dan agak murah. Kacang-kacang juga mudah di jumpai.





Jika ke sini di musim panas bermula bulan March, terdapat banyak gerai buah-buahan, namun sebenarnya terdapat buah-buahan di Thailand sepanjang tahun, cuma di musim panas ia lebih menyelerakan.


Tiada ulasan: