Jumaat, 30 Mei 2025

Kampung Warna Warni Perlis



Beberapa kali melawat ke Kampung Warna warni di Perlis, inilah kali pertama saya menaiki Choley di kampung ini. Kenderaan motor roda tiga ini merupakan kenderaan untuk pelawat yang berkunjung ke Kampung Warna Warni ini dengan tambang Rm35.00 sebuah dan boleh membawa sekitar tiga atau empat orang.



Saya dan dua orang teman melawat Kampung Warna Warni ini pada May 2025 sekitar sejam menaiki Choley sambil pemandu bercerita mengenai kampungnya. Menurut pemandu Choley, Kampung Warna Warni ini terdiri dari gabungan tujuh buah kampung dan kampung-kampung ini merupakan kampung angkat Diraja Perlis. Kami dibawa di serata lorong dan ceruk di kampung yang meriah dengan warna ini. Kami juga berhenti di beberapa spot bergambar.





Choley singgah sekitar 10 minit di Jambatan Tuanku Syed Putra untuk memberi masa pelawat menaiki jambatan yang melintangi Kuala Perlis. 




Kami juga singgah di rumah membuat kuih tradisional dan kedai menjual kuih-kuih tradisional di kampung ini.



Walaupun telah sering ke sini, saya tetap datang lagi ke Kampung Warna Warni ini. Selain kedudukannya tidak jauh, melawat ke kampung ini percuma. Saya juga ke sini untuk mencari kuih-kuih tradisional.