Ahad, 4 September 2022

Mendaki Bukit Sosodikon di Kundasang

 

 

Tidak sukar mendaki bukit yang tiba-tiba menjadi viral di Kundasang ini.  Pendakian mengambil masa sekitar 15 minit dari tapak pakir dan bayaran mendaki adalah Rm5.00 seorang. Dari tapak pakir, kami  melihat puncak yang dibina pelantar berwarna- warni dan setelah membayar tiket pendakian kami mendaki melalui jalur yang dibina dan dihiasi bunga berbagai jenis dan warna. Menghampiri puncak bukit terdapat banyak pokok Mulberry. Sampai di puncak Bukit Sosodikon, pengunjung bebas merakam gambar di pelantar kayu berwarna warni dan dihiasi bendera Sabah dan bendera Malaysia.











 

Khamis, 1 September 2022

Mandi manda di Polumpung Melangkap Kota Belut


Hasrat berkunjung ke Kampung Polumpung Melangkap yang terkenal dengan Sungai Panataran dan latar belakang Gunung Kinabalu ini saya langsaikan setelah pulang dari bercuti di Pulau Mantanani. Bersama empat teman dan seorang teman lama yang menjadi pemandu kami semasa bercuti di Sabah pada pertengahan August 2022, kami menyewa sebuah pondok bamboo di Nohutu Eco Tourism selama dua hari semalam.





Di Nohutu Eco Tourism terdapat beberapa buah pondok bamboo dan kadar sewa mengikut saiz. Kami menyewa pondok bamboo Tengkorak. Tilam, bantal, selimut dan kipas angin disediakan. Ruang masak di luar juga agak lengkap dengan meja dan singki. Namun gas, dapur dan arang selain barang masakan dan makanan adalah tanggung jawap pengunjung. 



Terdapat banyak pengusaha chalet dan tapak khemah di sepanjang Kampung Polumpung Melangkap ini dan Nohutu Eco Tourism terletak agak ke dalam sedikit dari jalan besar. Masuk ke sini dikenakan bayaran tambahan Rm5:00 seorang,  memadai untuk pengunakan tandas dan penjagaan kebersihan. Jika pengunjung berminat berkhemah di tepi sungai atau di kawasan Nohutu juga dibenarkan.



Petang itu selain masak dan makan-makan,  kami juga bermandi manda di Sungai Panataran yang berbatu cantik dan berair dingin jernih berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Dari kawasan kami bermalam ini selain Gunung Kinabalu, kami juga melihat Gunung Nungkok dan Gunung Nopungguk dengan jelas walaupun jauh. 




Keesokkan paginya selepas sarapan, saya dan dua teman trekking ke lagoon yang terletak di sebalik bukit belakang tempat penginapan kami. Trekking ke lagoon tersebut mengambil masa sekitar 15 minit, trek jelas terjaga dan bertanda.









Kami bertiga mandi di kawasan cetek di sungai ini sebelum pulang ke pondok bamboo. Nampaknya bermalam di Nohutu kita akan dapat merasai mandi dari dua batang sungai yang berlainan namun mempunyai keistimawaan tersendiri. Tengahari itu kami berangkat keluar dari Kampung Melangkap menuju ke Kundasang dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Pasti saya akan berkunjung lagi ke sini satu hari nanti.

Nota:
Nohutu Eco Tourism: +6011 31651130
Van sewa: Wak 019 6134256








Bercuti dan berehat di Pulau Mantanani Sabah


Setelah selesai mendaki Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran di Tambunan, saya menyertai empat orang kawan berkunjung ke pulau yang kurang popular berbanding pulau-pulau di Semporna Sabah ini pada pertengahan August 2022. Dari Kota Kinabalu kami menaiki van sewa ke Kampung Rampayan di Kota Belut dan bermalam di Homestay Rasmiah di Kampung Rampaian. Perjalanan ke Pulau Mantanani akan diteruskan keesokan paginya dengan menaiki bot di jetty Kampung Rampaian.



Keesokan paginya kami menaiki bot dari Jety Rampayan pada jam 9:00 pagi. Perjalanan menuju ke Pulau Mantanani mengambil masa sekitar 40 minit. Kami menginap di Sutera Mantanani Resort. Resort ini menyediakan berbagai kemudahan termasuk elektrik 24 jam.


Kami sampai sekitar jam 10:00 pagi dan kerana belum waktu masuk ke bilik, kami cuma berehat di lobi sambil meneguk minuman selamat datang. Setiap hari jam 11:00 pagi, jadual Sutera Mantanani adalah aktivity snorkling. Kami yang baru sampai mengambil keputusan menyertai aktivity air ini. 





Pada jam 12:00 tengahari aktivity snorkling selesai dan kami kembali ke resort. Setelah check in kami menjamu selera dan berehat.
Sebelah petang setelah minum petang kami ditemani staf resort berkunjung ke Kampung Padang di Pulau Mantanani Besar. Terdapat dua kampung di Pulau Mantanani Besar ini iaitu Kampung Siring Bukit dan Kampung Padang. Kami berkunjung petang itu ke Kampung Padang sehingga matahari terbenam.








Terdapat sekitar 1000 orang penduduk kampung di Pulau Mantanani ini. Di sini juga terdapat sekolah, masjid, kedai runcit dan berbagai kemudahan asas. Jika pengunjung ingin tinggal bersama para nelayan pulau, di kampung ini juga terdapat homestay.





Setelah menyaksikan matahari terbenam di pulau ini, kami pulang ke resort menyusuri jalan tepi pantai. Setelah makan malam, kami berehat di tepi pantai. 


Keesokan paginya selepas sarapan saya berehat kerana badan kurang sehat manakala teman- teman yang lain bersedia menyertai aktivity snorkling. Setelah makan tengahari kami berehat dan di sebelah petang kami berjalan di pantai. Selain aktivity snorkling terdapat juga aktivity lain seperti scuba diving, atv, mandi laut dan kayak.









Keesokkan paginya kami pulang ke Kota Belut menaiki bot jam 10:00 pagi dan meneruskan perjalanan ke Polumpung Melangkap.

Nota: Van sewa -: Wak 019 6134256