Ahad, 10 Mei 2026

Melawat Taman Negara Chobe di Botswana


Kami ke Taman Negara Chobe Botswana ini melalui Victoria Fall Town Zimbabwe. Saya dan lima teman bercuti ke enam negara selatan Benua Afrika pada akhir October 2025 dan pada hari ke sepuluh kami ke taman negara ini. Awal pagi kami bertolak ke Negara Botswana. Jarak perjalanan dari Bandar Victoria Fall Zimbabwe sekitar satu jam ke sempadan Botswana.

Cara memasuki Negara Botswana dari Victoria Fall Town agak berbeza dari negara lain. Semasa process cop passport untuk masuk Botswana, kami diminta mencelup kaki ke dalam besen berlumpur. Tujuannya agar bahagian tapak kasut terendam sedikit ke lumpur di dalam besen untuk menghilangkan bau tanah dari negara Zimbabwe. Begitu juga kenderaan, dimestikan memandu ke lopak yang disediakan agar roda kenderaan mengharungi lumpur Botswana.



Taman Negara Chobe terletak di utara Botswana dan merupakan taman negara pertama Botswana. Pakage Chobe National Park satu hari ini terbahagi kepada dua bahagian. Safari darat dan safari bot. Kami ke safari darat dahulu di sebelah pagi.




Kami dibawa melihat berbagai jenis binatang yang hidup bebas di Taman Negara Chobe. Taman negara ini dikatakan didiami kumpulan besar Gajah Afrika melebihi 120 ribu ekor yang bebas berkeliaran di tiga negara sempadan iaitu Zambia, Zimbabwe dan Namibia. Semasa di sana kami juga melihat sekawan burung memakan bangkai gajah.





Selain gajah kami juga melihat keluarga singa yang santai berehat dan binatang liar lain. Semasa safari darat ini kami berehat sebentar di kawasan rehat yang selamat tepi sungai dan diberi minuman ringan.





Masa terbaik melawat ke Taman Negara Chobe adalah di musim sejuk ketika kemarau iaitu dari May hingga October apabila binatang-binatang berkumpul di tepi sungai.


Selesai lawatan pakage safari darat kami dibawa ke sebuah resort tepi Sungai Chobe untuk makan tengahari. Kemudian kami menaiki bot di jeti resort tersebut untuk memulakan lawatan safari bot.









Terdapat banyak bot yang membawa pelancong menyusuri Sungai Chobe. Berbagai jenis binatang berkumpul di tepi sungai terutama kumpulan gajah dan kerbau cape yang mendominan populasi taman negara ini. Kami juga melihat binatang lain seperti buaya, badak air, beratus spesis burung dan berbagai binatang lain.






Selesai kedua-dua pakage safari, kami kembali ke sempadan dan balik ke Victoria Fall Town Zimbabwe. Hari berikutnya kami meneruskan percutian di Bandar Victoria Fall Zimbabwe. Terima kasih Allah.