Selasa, 14 Mac 2023

Mendaki ke puncak Bukit Telipong


 

Saya dan dua teman mendaki ke bukit yang popular di daerah Changlun ini pada awal March 2023. Hari itu teman saya menghubungi saya sebelum subuh  mengajak kami mendaki awal kerana pemandangan Bukit Telipong sering dijamu dengan kabus seperti awan di awal pagi. Disebabkan keletihan kerana semalam kami mandi manda di Air Terjun Bukit Perangin, saya menolak dan kami mula trekking pagi itu pada jam 08:30 pagi.


Kami berjumpa di tapak parkir yang terletak berhadapan Pejabat Felda Batu Lapan/Guar Napai. Setelah semua bersedia, kami bertiga mula  melangkah membelah kawasan kebun getah. Sekitar sepuluh minit melalui kebun getah, terdapat simpang ke kiri menghala ke Bukit Telipong. Kami meneruskan trekking di kawasan kebun getah yang redup dan trek masih rata.




Kami trekking di dalam kawasan kebun getah sehingga jumpa penanda simpang kanan menghala ke Bukit Telipong. Kemudian kami memasuki kawasan hutan, trek di sini mula terbuka, panas dan menaik sedikit. Jalur agak licin kerana batu gelongsor. Trek besar dan boleh dilalui pancutan empat roda. Kepada pengunjung yang malas mendaki, masih boleh menyewa kenderaan ini untuk ke kawasan pemandangan di Bukit Telipong.








Hampir sejam mendaki, kami sampai di papan tanda Bukit Telipong. Di kawasan luas tempat melihat pemandangan ini terdapat warong kopi untuk sarapan. Kami berehat sebentar di sini dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke beirut mengikut arah yang ditunjuk pada papan tanda di Bukit Telipong. Beirut menghala ke kiri dan kami menuju ke jalur disebelah kiri bukit. Memang terdapat kawasan bukit yang lebih tinggi di sana.





Dalam perjalanan mencari Beirut Telipong, kami singgah sebentar di sebuah lagi kawasan melihat pemandangan yang lapang. Di sini terdapat tandas, beberapa ekor kuda ternakan dan kebun buah.



Kami kemudian meneruskan pendakian mencari Beirut Telipong, penanda tempat tertinggi di Bukit Telipong. Kami kemudian bertemu pagar di tengah jalur. Tidak terdapat penanda kawasan persendirian atau dilarang masuk. Kami meluluskan diri di tepi pintu pagar yang tidak dihalang. Meneruskan pendakian sehingga ke hujung jalan, kami menyusur jalur di sebelah kiri mengikut penanda arah Beirut Telipong.





Jalur seterusnya agak semak namun masih dapat dijejaki menandakan ia jarang dilalui. Kami terus mencari Beirut Telipong mengikuti denai yang semakin kecil sehingga beirut penanda ketinggian Bukit Telipong yang rebah ke bumi kami temui.



Kami sampai di puncak Bukit Telipong pada jam 09:50 pagi. Dari puncak ini kami melihat pemandangan hutan di bawah. Kami berehat dan merakam gambar kenangan di beirut ini sebentar sebelum bergerak turun melalui jalur kami datang tadi.



Kami kemudian terus turun dan menuju ke tapak parkir secara santai dan sampai di sana pada jam 11.15 pagi.


Parkir kenderaan Rm3.00 sebuah.
Itinerary:
08:30 - Start trekking/ mendaki
09:20 - Sampai di kawasan papan tanda/ view point/ warong.
09:50 - Sampai puncak Bukit Telipong/ Beirut Telipong.
10:05 - Bergerak turun.
11:15 - Sampai tapak parkir.

Jumaat, 10 Mac 2023

Trekking ke Air Terjun Bukit Perangin Changlun



Saya dan beberapa orang teman ke air terjun Bukit Perangin ini pada awal March 2023. Untuk ke air terjun ini kami terpaksa trekking sekitar 12 kilometer pergi dan pulang. Kami mengambil khidmat Cikgu Khayril sebagai penunjuk arah ke air terjun ini. Kami memakir kenderaan di kawasan lapang di kebun yang dicadangkan oleh Cikgu Khayril tanpa bayaran.


Setelah semua bersedia, kami memulakan perjalanan ke air terjun ini pada jam 08:25 pagi. Menurut Cikgu Khayril, trek keseluruhan agak mendatar dan beberapa kali menyeberangi anak-anak sungai kurang lebih enam kilometer sehala.





Kami trekking secara santai. Trek yang kami lalui ini agak lebar dan pasti pancutan empat roda boleh melaluinya. Trek ini dahulunya dikatakan trek balak.





Akhirnya setelah trekking hampir dua jam kami sampai di air terjun Bukit Perangin pada jam 10:15 pagi. Saya melihat air yang jatuh berjurai dari tebing batu yang tinggi menghempas batu-batu hitam di bawahnya. Tidak terbentuk kawasan tadahan air di sana, bermakna tiada kawasan mandi manda di air terjun ini.




Kami berehat, makan dan minum umpama berkelah secara ringkas di sini. Merakam photo kenangan sambil mandi dicucuran air terjun yang tinggi dan dingin di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin ini semahunya.




Hari itu air terjun Bukit Perangin tidak begitu banyak. Ia kelihatan nipis tetapi bila kita berada di bawahnya terasa sangat dingin dan tempias dari air terjun ini agak sejuk. Kami mandi ala kadar sahaja di terjunan air ini, tambahan pula tidak terdapat kawasan air takungan atau kolam di bawah air terjun seperti kebanyakan kawasan air terjun. Setelah berada di sini sekitar dua jam kami bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang Cikgu Khayril membawa kami ke satu kawasan yang lebih menarik. Terdapat sungai bertingkat di dalam sebuah kebun.




Kami mandi semahunya di sungai ini. Airnya tidak sedingin air di Air Terjun Bukit Perangin. Bila berada di dalam air, saya merasa seperti sedang mandi di sebuah canyon. Tebing batu keperangan yang tinggi  membendung air sungai di kebun ini membentuk sungai yang kelihatan seperti mengalir di jurang yang dalam.











Selepas puas mandi manda di sini, kami meneruskan trekking pulang ke tapak parkir. 

Nota: 
1. Permit ke Air Terjun Bukit Perangin Rm5.00 seorang.
2. Guide Cikgu khayril 012 5826858.