Ahad, 29 Mei 2016

Garuda Wisnu Kencana Bali

       Antara tempat yang kita mesti kunjungi bila bercuti di Bali adalah Garuda Wisnu Kencana Culture Park atau ringkasnya GWK. Taman Budaya ini terletak di kota Ungasan, selatan Denpasar kurang lebih 20 minit menaiki mobil.


        Tarikan utama pelancong di GWK ini ada patung Garuda Wisnu yang diukir setinggi 20 meter. Walaupun jadual asalnya, patung ini dirancang dibina setinggi 60 meter dan lebar 126 meter, namun patung yang tertangguh pembinaannya ini tetap menjadi lokasi pelancong untuk merakam gambar.




       Taman Budaya yang seluas 240 hektar ini juga terdapat satu dataran yang luas dan menarik iaitu Lotus Pond. Lotus Pond ini merupakan satu kawasan rata ditutupi rumput hijau terjaga dan disempadani tembok batu kapur tinggi yang dipotong seolah-olah gunung yang dibelah.






        GWK juga merupakan antara kawasan menarik menyaksikan matahari terbenam. Selain itu GWK juga menyediakan berbagai kemudahan seperti tandas, kedai cenderamata dan dewan persembahan tarian seperti Kechak, Barong dan Keris, Tari Bali, Tari Joged Bumbung dan lain-lain lagi. GWK merupakan tempat yang mempersembangkan tarian Kechak di Bali setiap hari iaitu pada pukul 6:30 hingga pukul 7:13 petang.


Persembahan tarian Kechak




         Ticket masuk ke GWK adalah IDR 60 ribu termasuk ticket persembahan. Maka jika anda berkunjung ke sini, anda berpeluang menyaksikan persembahan mengikut jadual masa persembahan yang telah ditetapkan dan ia dibuka dari jam 8:00 pagi sehingga jam 10:00 malam.

Nota:
1- Elakkan bercuti ke Bali semasa cuti libur calender Indonesia untuk mengelak kesesakan.
2- Ticket masuk GWK ialah IDR 60 ribu.
3- GWK di buka dari jam 8:00 pagi hingga jam 10:00 malam.


Jumaat, 27 Mei 2016

Uluwatu, Bali


      Pertama kali sampai di sini, saya teruja melihat pemandangan alam yang maha hebat ciptaan YANG MAHA BESAR ini. Tebing tinggi kurang lebih 90 meter tegak berdiri di tepi laut ini memukau pandangan 360 darjah saya. Uluwatu terletak sekitar 30 km selatan Denpasar dan memerlukan masa kurang lebih 30 minit memandu ke sini.


       Uluwatu memberi pengertian batu di hujung tanah. Ulu iaitu tanah hujung, manakala watu bermaksud batu, sepadan dengan kedudukannya di Bukit Peninsula barat daya Pulau Bali. Saya dan teman-teman begitu kagum melihat panorama indah di bawah ketika ombak memukul dinding batu. Kami berdiri di atas tebing setinggi kurang lebih 90 meter dari paras laut dan cuaca cerah adalah bonus ketika di sini.






      Tetapi pelancong harus hati-hati ketika ke sini kerana terdapat banyak monyet liar di sini yang menyukai kaca mata hitam. Barang-barang peribadi seperti handphone, camera, beg tangan, kacamata hitam dan makanan ringan akan menjadi buruan sang monyet. Seperti tempat lawatan lain di Bali, Uluwatu juga terdapat tempat pemujaan iaitu Pura Luhur Uluwatu.



 

         Ombak di pantai Uluwatu merupakan antara tempat terbaik bermain papan luncur. Di sini juga merupakan spot terbaik menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Tarian Kechak iaitu persembahan tarian dan drama tanpa muzik diadakan di sini setiap 6:00 petang.

Pentas tarian kechak
       Terdapat deretan kedai makanan di sini namun harus hati-hati bagi pelancong muslim kerana kebanyakannya tidak halal.

Nota:
1- Tiada pengankutan awam ke sini.
2- Ticket masuk kesini adalah Idr 60 ribu bagi pelancong asing.
3- Masa lawatan 8:00 pagi hingga 8:00 malam.

Rabu, 25 Mei 2016

Tanah Lot Bali


       Tanah lot merupakan antara lokasi paling popular di Bali, batu berlubang di tengah laut dan pemandangannya yang unik ketika air surut sering menjadi landmark Pulau Bali. Tidak lengkap melancong ke Bali jika tidak mengunjungi pantai ini kata seorang teman kepada saya suatu masa dalu dan setiap kali saya ke Bali, pasti saya datang ke sini. Tanah Lot terletak di Tabanan, kurang lebih 20 km dari Denpasar.


       Tanah Lot merupakan tebing tinggi yang terbentuk jutaan tahun akibat dari hakisan angin dan pasang surut air laut. Terdapat 2 pura di sini iaitu pura di atas tebing dan pura di atas batu besar. Pura-pura ini merupakan tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut.





      Pura ini dibangunkan sekitar kurun ke 15 oleh seorang pengembara brahman iaitu Dang Ghang Niratha yang mengembara dari Pulau Jawa. Selain merupa tempat lawatan yang popular di Bali, Tanah Lot juga merupakan antara spot terbaik menyaksian permandangan matahari terbenam di Bali.






      Tanah Lot mengambil sempena maksud 'Tanah' iaitu tanah dan 'Lot' bermaksud laut. Maka terciptalah tempat unik dan menarik bernama Tanah Lot.




Pura Batu Bolong
         Di sini juga terdapat deretan kedai menjual makanan, cendaramata, pakaian dan sebagainya. Namun keindahan Tanah Lot terpulang pada keadaan cuaca semasa kita mengunjunginya. Jika kita ke sana ketika cuaca bagus dan air laut surut pemandangan yang dihadiahkan kepada kita sememangnya sangat indah dan unik. Terima kasih Allah.



Selasa, 24 Mei 2016

Bedugul

     Lake Bratan dan Pura Ulun Danu antara tempat mesti singgah jika kita ke Bedugul, Bali. Bedugul terletak 50 km di utara Denpasar, 70 km dari Kuta (2 jam naik mobil) dan berjarak 1 jam naik mobil dari Ubud. Tasik yang di kelilingi gunung ini sesuai dilawati pada sessi pagi kerana kerap dilanda hujan dan berkabus di waktu petang.


      Ticket masuk ke sini adalah IDR 10 ribu bagi warga Indonesia manakala IDR 30 ribu bagi warga luar, dan dengan membayar harga ticket tersebut kita boleh melawat Pura Ulun Danu di sebelah kanan manakala Danau Bratan di sebelah kiri.




      Di Danau Bratan kita boleh mencuba permainan air seperti sampan sambil melihat keindahan alam tasik yang di kelilingi gunung.





       Sebelum pulang cuba dulu bakso di hadapan pasar buah di hadapan Lake Bratan sambil menikmati jus strawberi Bedugul yang manis. Di sana juga terdapat deretan kedai cenderahati.




Nota:
1- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong ke Indonesia.
2- Ticket masuk ke Lake Brantan adalah IDR 30 ribu untuk warga asing.
3- Waktu sesuai melawat adalah sessi pagi.