Rabu, 29 Disember 2021

Berkelah dan bermalam di Lenggong Longhouse Campside



Menurut kata pengurus Lenggong Longhouse Campside, tidak pernah berlaku tragedi kepala air di sungai yang membelah tempat perkelahan ini sehingga sekarang. Ini kerana air sungai yang mengalir  berpunca dari mata air dan bukannya dari atas bukit atau gunung. Dengan alasan ini, legalah hati saya bila jadual kami ke sana pada akhir Disember 2021 yang mana kebiasaannya musim hujan. Saya dan enam teman bersama lima anak-anak mereka bermalam di chalet ini selama tiga hari dua malam agar kami mempunyai banyak masa untuk berehat.



Kami menyewa dua buah chalet dan sebuah pondok separuh dinding di sebelah sana sungai. Tidak ada aktivity yang disediakan oleh pihak Campside dan mujur kami semua suka masak-masak dan berkelah, maka aktivity itulah yang memenuhi masa kami. Kelebihan kedudukan chalet yang berada di tepi sungai, kami penuhi dengan aktivity mandi-manda di sungai dan berkelah sepuasnya.












Lenggong Longhouse Campside menyediakan asas facilitis sahaja seperti tapak pakir, tandas, tapak khemah dan chalet serba ringkas. Elektrik pula hanya bermula pada jam 6:30 setiap petang menggunakan ganerator. Jika ke sini sebaiknya bawa persediaan untuk keselesaan anda, power bank, bawa mainan indoor dan makanan mengikut selera anda. Liputan telekomunikasi juga kadang kala hilang rada.

Contact Lenggong Longhouse Campside: Fauzi 013 3386567




 

Jumaat, 10 Disember 2021

Mendaki Gunung Mat Chinchang di Pulau Langkawi



Gunung Mat Chinchang ada beberapa puncak yang telah diterokai dan dibuka kepada pelancong untuk aktivity mendaki dan pelancongan. Antara puncak popular dikalangan pendaki adalah puncak 701 dan puncak 711 atau puncak "seven eleven" yang dikatakan mempunyai jalur yang terbuka dan agak mencabar. Saya dan dua orang kawan mendaki puncak Mat Chinchang 701 dan kami ditemani tiga orang teman baru. Kami berkumpul di kawasan pakir Telaga Tujuh jam 7:30 pagi pada akhir November 2021. Setelah semua bersedia kami memulakan pendakian mendaki anak-anak tangga menuju ke tempat perkelahan di Telaga Tujuh.



Setelah mendaki 20 minit kami sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh. Di sini terdapat wakaf, tandas, pejabat ranger dan surau. Kami berehat sebentar dan kemudian meneruskan pendakian setelah menyeberangi sungai di bahagian cetek. 




Trek 701 jelas, bertanda dan jalur diselenggara baik. Setelah 10 minit trekking, kami sampai di Kem Saintis. Kami meneruskan perjalanan dan 30 minit kemudian kami sampai di Kem Tok Ayah. Jalur ke sini masih landai dan terdapat sebuah wakaf didirikan di kem ini. Kawasan perkhemahan juga agak besar dan rata. Kami berehat seketika sebelum meneruskan pendakian. 






Mulai dari sini, trek mula menegak sampai ke puncak. Target kami kemudian adalah point "U Turn". Kami sampai di point "U Turn" pada jam 09:25 pagi. Kami berehat lagi di sini selama 25 minit. Kemudian kami meneruskan pendakian santai dan berhenti di beberapa kawasan untuk melepaskan lelah dan merakam gambar. 







Jam 11:00 pagi kami sampai di kawasan akar melingkar yang menjadi spot "favoret" pendaki. Kami berhenti agak lama di sini, mengambil giliran merakam gambar. Dari sini kami melihat jaringan "Cabel car" yang menobatkan salah satu puncak Gunung Mat Chincang menjadi tempat mesti lawat dalam carta pelancongan Pulau Langkawi. Cuaca hari itu sangat cerah, memberi peluang kami menyaksikan keindahan alam Pulau Langkawi. 




Kemudian kami meneruskan pendakian ke puncak dan sampai di salah satu puncak Gunung Mat Chinchang yang berada di ketinggian 701 mdpl pada jam 11:30 pagi. Kami berehat agak lama di puncak ini, merakam gambar dan menjamu selera. Jam 12:15 tengahari kami mula bergerak turun melalui jalur kami mendaki tadi. 



Dalam perjalanan turun, kami singgah mandi manda di Blue Pool, kolam berwarna "turquoise" yang menjadi lubuk mutiara di Telaga Tujuh. Kami sampai di Blue Pool pada jam 14:10 petang. Dua teman kami tidak menyertai aktivity mandi di kolam yang segar dan nyaman ini kerana ingin balik awal. 




Kami  berempat bermandi manda dan merakam photo agak lama di sini sehingga teman kami mengajak kami ke Green Pool pula. Kami bersetuju dan meneruskan perjalanan turun sehingga dia memandu kami ke lorong tidak bertanda dan jalur agak samar. Setelah menyimpang keluar dari jalur biasa, kami sampai di "Green pool". Kelihatan seperti "Green Pool" jarang dikunjungi. Kami mandi manda lagi di sini sepuasnya. 





Jam 16:05 kami bergerak keluar dari kawasan "Green Pool" dan sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh pada jam 16:20 petang. Kami berhenti sebentar di sini untuk merakam gambar dan teman baru  yang merangkumi guide kami pada hari ini meminta diri untuk pulang dahulu. 




Berehat seketika di sini, kami kemudian bergerak turun melalui trek tangga hingga ke tapak pakir. Sebelum pulang, kami menjamu selera di gerai tapak pakir dan kami kemudian pulang dengan Grap pada jam 18:00 petang.

Itenerary:
07:30 - Berkumpul di tapak pakir. 
07:35 - Mulai mendaki. 
07:55 - Sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh. 
08-15 - Kem Saintis. 
08:45 - Kem Tok Ayah. 
08:25 - Point "U Turn" 
11:00 - Puncak Mat Chinchang 701
12:15 - Bergerak turun. 
14:10 - Blue Pool
15:40 - Green Pool
16:20 - Kawasan perkelahan Telaga Tujuh. 
18:00 - Bergerak pulang menaiki Grap. 

Guide:
1: Amirul 0174067318
2: Yatie 017 4167886




7 aktivity menarik di Pulau Tuba



Pulau nelayan yang semakin popular dan menjadi pilihan kedua selain Pulau Langkawi ini dikunjungi dari jetty di Bandar Kuah melalui bot sekitar 10 hingga 20 minit perjalanan dengan tambang Rm5.00 sehala. Terdapat banyak chalet dan resort penginapan di pulau ini antaranya Tuba Beach resort, Faizuan Resort, Noba Resort, Chalet Bestuba dan lain-lain lagi. Banyak aktivity boleh dilakukan bila bercuti di pulau yang damai ini mengikut selera pengunjung dan ini beberapa aktivity yang saya cadangkan. 


1. Mendaki Bukit Batu Licin. 
Puncak Bukit Batu Licin ini menghidangkan pemandangan Pulau Dayang Bunting, Selat Bagan Nyior yang memisahkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, jambatan yang mengikat dua pulau ini, perkampungan di pulau Dayang Bunting dan Chalet Bestuba yang terapung di Selat Bagan Nyior. Masa mendaki ke puncak sekitar sejam. 

2. Menerokai Gua Wang Buluh. Ada dua gua yang popular di Pulau Tuba ini iaitu Gua Kelawar dan Gua Wang Buluh yang saya cadangkan ini. Gua ini pernah menjadi tempat persembunyian penduduk pulau semasa Zaman Jepun dahulu dan suasana dan pemandangan dalam gua lawa dan menarik.

3. Melawat Kampung Keda. Kampung yang telah sedia menerima tetamu sebelum kedatangan covid ini dirancang dengan baik. Setiap rumah dicat dengan cat warna warni untuk memberi kelainan dan menarik pelancong untuk datang ke kampung ini.



4. Mandi di Air Terjun Selat Bagan Nyior di Pulau Dayang Bunting. Untuk menuju ke air terjun ini, pelawat mesti melalui jambatan yang menghubungkan dua buah pulau ini dan berhentilah sejenak di atas jambatan yang tidak sebuk ini untuk merakam gambar kenangan.

5. Menjamu selera dengan mi udang dan ketam. Pelancong mesti mencuba makanan laut yang segar dan sinonim dengan pulau nelayan ini. Pilihlah gerai yang banyak di pulau ini mengikut selera anda.

6. Menyewa motosikal. Bersiar di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting sambil merakam gambar kerbau dan burung-burung yang banyak terdapat di pulau ini.

7. Menyewa bot. Memandangkan aktivity harian penduduk kampung ini adalah nelayan, sesuailah untuk kaki pancing melepaskan gian dengan menyewa bot untuk memancing atau mencandat sotong jika kena musimnya. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk mengelilingi pulau atau singgah di rumah api. Kita juga boleh mencari siput ketika air surut di pantai atau hanya berehat di buaian yang banyak terdapat di resort-resort.