Jumaat, 10 Disember 2021

Mendaki Gunung Mat Chinchang di Pulau Langkawi



Gunung Mat Chinchang ada beberapa puncak yang telah diterokai dan dibuka kepada pelancong untuk aktivity mendaki dan pelancongan. Antara puncak popular dikalangan pendaki adalah puncak 701 dan puncak 711 atau puncak "seven eleven" yang dikatakan mempunyai jalur yang terbuka dan agak mencabar. Saya dan dua orang kawan mendaki puncak Mat Chinchang 701 dan kami ditemani tiga orang teman baru. Kami berkumpul di kawasan pakir Telaga Tujuh jam 7:30 pagi pada akhir November 2021. Setelah semua bersedia kami memulakan pendakian mendaki anak-anak tangga menuju ke tempat perkelahan di Telaga Tujuh.



Setelah mendaki 20 minit kami sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh. Di sini terdapat wakaf, tandas, pejabat ranger dan surau. Kami berehat sebentar dan kemudian meneruskan pendakian setelah menyeberangi sungai di bahagian cetek. 




Trek 701 jelas, bertanda dan jalur diselenggara baik. Setelah 10 minit trekking, kami sampai di Kem Saintis. Kami meneruskan perjalanan dan 30 minit kemudian kami sampai di Kem Tok Ayah. Jalur ke sini masih landai dan terdapat sebuah wakaf didirikan di kem ini. Kawasan perkhemahan juga agak besar dan rata. Kami berehat seketika sebelum meneruskan pendakian. 






Mulai dari sini, trek mula menegak sampai ke puncak. Target kami kemudian adalah point "U Turn". Kami sampai di point "U Turn" pada jam 09:25 pagi. Kami berehat lagi di sini selama 25 minit. Kemudian kami meneruskan pendakian santai dan berhenti di beberapa kawasan untuk melepaskan lelah dan merakam gambar. 







Jam 11:00 pagi kami sampai di kawasan akar melingkar yang menjadi spot "favoret" pendaki. Kami berhenti agak lama di sini, mengambil giliran merakam gambar. Dari sini kami melihat jaringan "Cabel car" yang menobatkan salah satu puncak Gunung Mat Chincang menjadi tempat mesti lawat dalam carta pelancongan Pulau Langkawi. Cuaca hari itu sangat cerah, memberi peluang kami menyaksikan keindahan alam Pulau Langkawi. 




Kemudian kami meneruskan pendakian ke puncak dan sampai di salah satu puncak Gunung Mat Chinchang yang berada di ketinggian 701 mdpl pada jam 11:30 pagi. Kami berehat agak lama di puncak ini, merakam gambar dan menjamu selera. Jam 12:15 tengahari kami mula bergerak turun melalui jalur kami mendaki tadi. 



Dalam perjalanan turun, kami singgah mandi manda di Blue Pool, kolam berwarna "turquoise" yang menjadi lubuk mutiara di Telaga Tujuh. Kami sampai di Blue Pool pada jam 14:10 petang. Dua teman kami tidak menyertai aktivity mandi di kolam yang segar dan nyaman ini kerana ingin balik awal. 




Kami  berempat bermandi manda dan merakam photo agak lama di sini sehingga teman kami mengajak kami ke Green Pool pula. Kami bersetuju dan meneruskan perjalanan turun sehingga dia memandu kami ke lorong tidak bertanda dan jalur agak samar. Setelah menyimpang keluar dari jalur biasa, kami sampai di "Green pool". Kelihatan seperti "Green Pool" jarang dikunjungi. Kami mandi manda lagi di sini sepuasnya. 





Jam 16:05 kami bergerak keluar dari kawasan "Green Pool" dan sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh pada jam 16:20 petang. Kami berhenti sebentar di sini untuk merakam gambar dan teman baru  yang merangkumi guide kami pada hari ini meminta diri untuk pulang dahulu. 




Berehat seketika di sini, kami kemudian bergerak turun melalui trek tangga hingga ke tapak pakir. Sebelum pulang, kami menjamu selera di gerai tapak pakir dan kami kemudian pulang dengan Grap pada jam 18:00 petang.

Itenerary:
07:30 - Berkumpul di tapak pakir. 
07:35 - Mulai mendaki. 
07:55 - Sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh. 
08-15 - Kem Saintis. 
08:45 - Kem Tok Ayah. 
08:25 - Point "U Turn" 
11:00 - Puncak Mat Chinchang 701
12:15 - Bergerak turun. 
14:10 - Blue Pool
15:40 - Green Pool
16:20 - Kawasan perkelahan Telaga Tujuh. 
18:00 - Bergerak pulang menaiki Grap. 

Guide:
1: Amirul 0174067318
2: Yatie 017 4167886




Tiada ulasan: