Jumaat, 28 November 2014

Gunung Fansipan Vietnam

      "Roof of Indochina" juga dikenali fan si pan dalam bahasa Vietnam bermaksud gunung. Terletak di banjaran Indochina di utara Vietnam, bersempadan China dan gunung Fansipan 3143 meter merupakan gunung tertinggi di Indochina. Saya dan 5 orang teman mendaki ke sini pada Julai 2011. Dengan ketingginya yang sederhana gunung ini boleh didaki 2 hari 1 malam atau jika ingin santai boleh dilanjutkan kepada 3 hari 2 malam. Kami mulai perjalanan ke sini dari bandar Hanoi dengan menaiki keretapi malam pada pukul 8:30 malam dan sampai ke stesen keretapi terakhir di utara Vietnam iaitu Lao Cai pada pukul 5:00 pagi.


     Setibanya di stesen keretapi Lao Cai, kami dijemput oleh wakil agensi yang menguruskan pendakian kami iaitu Sapa Pathfinder Travel. Dari Lao Cai, kami menaiki van kurang lebih 1 jam ke bandar Sapa. Sapa bandar di tanah tinggi dihuni puak-puak etnik seperti Black H'mong, Tay dan Dao merupakan starting point ke gunung Fansipan. Sapa bandar seperti Cameron Highland dan di sini banyak terdapat kedai menjual barangan outdoor.

Penjual yang sentiasa menunggu pelancong.
      Sampai di Sapa, kami berbincang mengenai pendakian ke puncak Fansipan dengan wakil Sapa Pathfinder Travel, dan kami bersetuju mendaki gunung ini untuk 3 hari 2 malam. Selesai sarapan saya dan teman-teman berangkat ke Taman Negara Hoang Lien. Kami memulakan trekking pada pukul 9:45 pagi dan di awal trekking kami menyusuri sungai cetek yang jernih dan sekali sekala trek menyeberangi sungai.



Bergambar bersama pendaki tempatan
     Kami sampai di Kem 1 kurang lebih pada pukul 12:00 tengahari. Di sini terdapat pondok buluh sekiranya pendaki tidak sempat ke Kem 2 untuk bermalam. Kami berehat dan makan tengahari di sini kurang lebih 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kem 2.

Kem 1

Remaja tempatan
          Kami meneruskan pendakian ke Kem 2 pada pukul 1:00 petang. Cuaca tidak begitu baik dan setelah berjalan hampir 1 jam, hujan mula turun menyebabkan perjalanan kami menjadi agak perlahan kerana trek yang licin.

Pokok buluh renek banyak sepanjang trek ke kem 2



 
 
        Perjalanan ke Kem 2, pemandangannya sangat menarik. Kami menyusuri trek pokok-pokok renek dan buluh. Saya sampai ke Kem 2 kurang lebih pada pukul 5:00 petang. 

Kem 2
        Kami tidur di Kem 2 dalam keadaan menggigil kerana cuaca yang amat dingin sehingga saya tidak dapat tidur lena. Keesokan paginya kami memulakan pendakian ke puncak Fansipan pada pukul 7:00 pagi. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 2 jam itu tidaklah sesukar mana.

Trek ke puncak
          Akhirnya pada pukul 9:00 pagi saya sampai ke puncak Fansipan, puncak tertinggi di Indochina. Cuaca berkabus adalah panorama lumrah di puncak ini menurut kata guide yang menunjuk arah kami.

Puncak Fansipan

Shoot satu photo kenangan

Bergambar bersama remaja tempatan
      Kami berehat di sini dan mengharapkan kabus akan menghilang. Tidak berapa lama kemudian semakin ramai pendaki yang mulai turun. Akhirnya setelah menunggu hampir setengah jam, cuaca bertukar cerah dan pemandangan indah dihadiahkan kepada kami.


                                                                                                          
       Setelah puas bergambar kami terus turun ke Kem 2. Selesai sarapan ala kadar, kami mengemas barang dan terus turun ke Kem 1. Perjalanan turun agak sukar kerana hujan lebat dan trek licin. Akhirnya saya sampai di Kem 1 pada pukul 4:00 petang. Kami berehat di pondok ini dengan selesa kerana tiada pendaki lain yang bermalam di perhentian ini. Keesokan paginya kami berangkat turun seawal jam 7:45 pagi walaupun hujan masih renyai dan ketika menyeberangi sungai semasa turun agak mengentarkan perasaan kerana air sungai agak deras.


      Kami sampai di pintu masuk Taman Negara Hoang Lien pada pukul 10:00 pagi, kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar Sapa. Petang itu kami cuci mata di bandar Sapa.

Dataran mencari jodoh di bandar Sapa

Peniaga jalanan

Bandar Sapa
                                                                                    
                                                                               
    Saya bersama 2 orang teman bermalam di Sapa, sementara 3 lagi teman terus pulang ke Hanoi malam itu. Keesokan paginya kami ke pasar Bac Ha. Pasar Bac Ha hanya beroperasi pada hari minggu sahaja.


Suasana di pasar Bac Ha




Mereka sedang bergaduh, bukan jual kain!!  
           Setelah cuci mata di pasar, kami melawat sebuah kampung. Kampung ini menjadi kampung lawatan pelancong yang ingin melihat secara dekat cara hidup masyarakat tempatan melangsungkan kehidupan seharian mereka.

                           



Satu bukit mereka tanam jagung
      Selepas melawat kampung, kami terus menaiki bas ke bandar Lao Cai. Kami pulang ke Hanoi dengan menaiki bas malam dan sampai ke bandar Hanoi pada pukul 4:00 pagi. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Pendaki boleh ke sini dengan menghubungi terus agensi Sapa Pathfinder Travel.                                Email: bookingsapapathfinder@gmail.com tentu lebih murah dari pakai orang tengah.
2- Makanan halal bawa sendiri.
3- Bawa barang keperluan pakaian mendaki yang lengkap, gunung ini sejuk.
4- Melawat Vietnam tidak memerlukan visa.


Sabtu, 22 November 2014

Mendaki Gunung Kilimanjaro

Kibo 5895 mdpl
Song of Kilimanjaro
jambo, jambo bwana, habargani, mzuri sana,
wageni, mwakaribishwa, kilimanjaro.
hakuna matata..

         Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di benua Africa, terletak di utara Tanzania dan bersempadan dengan Kenya. Ia terdiri dari 3 pasak bumi Kibo 5895 mdpl, Mawenzi 5149 mdpl dan Shira 3962 mdpl. Kibo dan Mawenzi merupakan gunung berapi yang tidur manakala Shira sudah tidak active lagi walaupun dahulu ia merupakan puncak tertinggi Kilimanjaro. Puncak tertinggi Kilimanjaro sekarang adalah di titik  Uhuru 5895 mdpl di Kibo. Puncak Kibo diselaputi salji sepanjang tahun namun tidak memerlukan kemahiran tecnikal untuk ke puncak ini. Berada di dalam lingkungan Taman Negara Kilimanjaro, pendaki boleh ke sini samada menaiki bas atau mengambil penerbangan dari Das Es Salaam ibu negara Tanzania ke Kilimanjaro International Airport. Bandar terdekat di Kilimanjaro adalah Moshi .
           Saya bersama 18 pendaki yang diketuai oleh Encik Deeno telah ke sini pada August 2014 di musim panas. Deeno telah berjaya menawan puncak tertinggi di benua Africa ini sebanyak 2 kali sebelum ini, dan menamakan xpdc ini sebagai xpcd "Merdeka di Kili". Kami memulakan perjalanan dari Nairobi, Kenya dengan menaiki bas. Perjalanan membelah kawasan gurun dan sekali sekala menyusuri bandar dan kampung kecil mengambil masa kurang lebih 8 jam. Kami bermalam di bandar Moshi.
          Malamnya kami diberi taklimat mengenai xpdc mendaki oleh ketua guide iaitu Enock dan dia telah memeriksa barang keperluan mendaki yang kami bawa seperti pakaian, sleeping bag, kasut dan jacket. "Mat" saya tidak sesuai di gunung ini, jadi dia mengesyorkan saya menyewa "mat" dari mereka.
           Hari pertama mendaki kami mulai dari Machame Gate 1634 mdpl ke Machame Camp 2834 mdpl untuk bermalam. Trek hari pertama ini agak santai dan cuacanya tidak jauh berbeza dari Malaysia. Selain dari Machame Gate, puncak ini juga boleh didaki dari 4 jalur lain iaitu dari Rongai, Londorosi, Lemosho dan Umbwe.

Trek ke Machame Camp.

Machame Camp 2834 meter

          Hari kedua kami trekking dari Machame Camp 2834 mdpl ke Shira Camp 3749 mdpl. Trek hari kedua sangat cantik pada pandangan saya. Kami melalui trek yang banyak pokoknya sedang berbunga, pemandangan gunung yang memukau mata, udara yang nyaman, cuaca yang baik dan kawan trekking yang mula bergaul mesra bersama guide dan porter.






Shira Camp 3749 meter

      Di Shira Camp ini saya sudah mulai pening (tanda AMS). Musuh utama mendaki di Kilimanjaro adalah AMS (Accute Mountain Sickness). Malam itu saya mulai minum banyak air dan berulang ke tandas untuk menyesuaikan diri dengan ketinggian. Hari ketiga, kami trekking dari Shira Camp 3749 mdpl ke Barranco Camp 3901 mdpl. Semasa trekking ke Barranco Camp kami melalui trek batu-batu besar.





Barranco Camp 3901m

       Hari keempat, kami mendaki dari Barranco Camp 3901 mdpl ke Barafu Camp 4600 mdpl. Hari ini kami mulai dengan mendaki Barranco Wall yang pacak dan kami mengambil masa yang lama untuk mendakinya. Memandangkan kedudukan kami yang tinggi dan kandungan oksigen yang semakin nipis, ramai di antara kami yang mulai di serang AMS dan bergerak semakin perlahan.

Barranco Wall



       Di pertengahan jalan kami singgah di Karanga Hut untuk makan tengahari. Kami sampai di Karanga Hut pada pukul 2:00 petang dan dari Karanga Hut ke Barafu Camp mengambil masa kurang lebih 4 jam trekking.



Puncak Kibo
 .
Karanga Hut 3980 meter.

        Sedang kami menjamu selera di Karanga Hut hujan turun agak lebat. Menurut kata Enock, hujan sepatutnya kurang semasa kami mendaki kerana sekarang musim panas. Selesai makan tengahari, walaupun hujan masih renyai, kami terus mendaki ke Barafu Camp 4600 mdpl.

Kami mula trekking di atas salji.

        Kami sampai ke Barafu Camp agak lewat petang itu dan ramai di antara kami yang kepenatan. Kami sepatutnya meneruskan perjalanan ke puncak pada pukul 1.00 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada diantara pendaki yang lewat sampai ke Barafu Camp. Hari kelima kami bertolak pada pukul 5.00 pagi menuju puncak Uhuru Kilimanjaro.



         Target pertama saya hari ini adalah untuk sampai ke Stella Point 5756 mdpl (salah satu puncak Kilimanjaro) dan seterusnya ke puncak tertinggi Kilimanjaro iaitu Uhuru Peak 5895 mdpl.

Salah satu titik tertinggi di Puncak Kibo, Stella Point 5756 meter

       Dari Stella Point ke Uhuru Peak mengambil masa kurang lebih 40 minit trekking dan jalurnya agak landai. Sepanjang berjalan di antara Stella Point ke Uhuru Peak, saya menyaksikan pemandangan glasier yang sangat cantik. Glasier di sini semakin berkurangan menurut kata guide yang menemani saya dan semakin mencair kerana factor pemanasan global.





Glasiar

        Akhirnya saya sampai di Uhuru Peak pada pukul 3:15 petang 31 August 2014, puncak tertinggi Kilimanjaro di benua Africa, Alhamdulillah. Saya berehat di puncak ini sambil menunggu kumpulan terakhir.

Berada di tempat tertinggi di Benua Africa Uhuru Peak 5895 mdpl

      Jam 4:30 petang kami bergerak turun ke Barafu Camp, melalui jalur yang lain. Kami sempat melihat sunset yang indah semasa turun. Turun ke Barafu Camp melalui jalur ini agak sukar kerana pasir gunung berapinya yang mengelunsur. Untuk mempercepatkan pergerakan, guide memimpin tangan kami sambil menarik kami seperti "slide" di pasir. Turun di sini seolah-olah bermain ski pasir, seronok tapi menyeramkan.


Tengok gambar cantik, tapi tengok real lagi cantik.

Mengintai dari celah awan

     Kami sampai di Barafu Camp agak lewat dan ada di antara teman yang sampai awal telah tidur kerana keletihan. Hari keenam kami trekking turun dari Barafu Camp 4600 mdpl ke Mweka Gate 1828 mdpl. Hari keenam ini merupakan hari terakhir kami trekking di gunung ini.




       Setelah trekking turun kurang lebih 2 jam, kami singgah di satu kawasan rehat untuk breakfast. Kami berehat di sini sekitar sejam setengah sambil menunggu teman yang trekking di belakang.



        Setelah sarapan dan berehat, kami meneruskan perjalanan turun ke Mweka Camp 3100 meter. Perjalanan ke Mweka Camp mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit trekking.



Mweka Camp 3100 mdpl

       Kami berehat di Mweka Camp dalam 30 minit. Tandas di sini agak bersih dan terjaga. Kemudian kami meneruskan perjalanan turun ke Mweka Gate 1828 mdpl dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam setengah.



Bergambar bersama teman berkongsi minat.

  
      Akhirnya kami sampai di Mweka Gate sekitar jam 5:00 petang. Inilah antara gunung yang meninggalkan kesan di hati saya. Satu gunung yang menjadi impian dan cita-cita saya untuk ke puncaknya sekali seumur hidup. Ia seolah-olah "dream comes true". Terima kasih Allah yang mengkabulkan niat saya. Aaamin.

Nota:
1- Untuk ke Tanzania kita mesti mengambil suntikan yellow fever.
2- Buat persediaan latihan fizikal dan mental sebelum ke Kilimanjaro.
3- Pakaian dan peralatan mesti cukup dan sesuai.
4- Berdoa untuk ke sini, mulakan mendaki dengan Bismillah, zikir ketika trekking dan akhiri dengan Alhamdulillah.
5-Contact guide Deeno :012 6294083