Khamis, 27 Januari 2022

Mendaki MTD Hill di Cameron Highland


Menginap di Hostel dan Campside Hikers Paradise yang dikelilingi bukit dan gunung Banjaran Titiwangsa Cameron Highland serasa seperti berada di Ranau Sabah. Saya dan beberapa orang teman bermalam di sini menghabiskan cuti pada akhir January 2022. Memandangkan permit mendaki gunung di Cameron Highland masih belum dibenarkan, maka kami mencari pilihan gunung yang tidak memerlukan permit pendakian buat masa sekarang. Tuan punya penginapan Hikers Paradise mencadangkan kami mendaki bukit di belakang Kampung Mawar Tepian Desa ini. 



Kami memulakan pendakian sekitar jam 10:30 pagi. Menurut Man selaku Guide dan pemilik Hikers Paradise, MTD Hill merupakan trek santai sesuai untuk family hiking. Trek bermula di belakang kampung setelah menyeberangi sungai kecil  yang cetek dan jernih sejuk. Trek jelas dan agak menaik sedikit demi sedikit sehingga sampai kawasan berlumut yang cantik. 









Kami sampai di puncak MTD setelah mendaki sekitar sejam. Di puncak bukit terdapat papan penanda ketinggian yang dipacak di pangkal sepohon pokok yang cantik. MTD Hill bermaksud Bukit Mawar Tepian Desa, mengambil nama sempena perkampungan di kaki bukit ini. Puncak bukit ini berada  di ketinggian 1505 mdpl dan trek ke sini masih terjaga dengan lumut segar.




Kami berada agak lama di puncak ini, berehat-rehat sambil menikmati kopi panas. Dari puncak MTD yang agak terbuka ini kami melihat puncak-puncak gunung popular yang menjadi feveret pendaki di Cameron Highland antaranya puncak Gunung Irau, Gunung Yong Belar, Gunung Siku dan berbagai puncak lagi dengan jelas. Kami turun semula ke Kampung Mawar Tepian Desa sekitar jam 12:50 tengahari.



Saya cadangkan kepada pembaca yang ingin melakukan pendakian santai cuba ke puncak bukit ini. Selain pemandangan indah dari puncak, pendakian juga agak pendek dan mudah.

Nota:
1- Guide Man 017 6756043
2- Hikers Paradise Hostel And Campside 017 6756043