Kami memulakan pendakian sekitar jam 10:30 pagi. Menurut Man selaku Guide dan pemilik Hikers Paradise, MTD Hill merupakan trek santai sesuai untuk family hiking. Trek bermula di belakang kampung setelah menyeberangi sungai kecil yang cetek dan jernih sejuk. Trek jelas dan agak menaik sedikit demi sedikit sehingga sampai kawasan berlumut yang cantik.
Kami sampai di puncak MTD setelah mendaki sekitar sejam. Di puncak bukit terdapat papan penanda ketinggian yang dipacak di pangkal sepohon pokok yang cantik. MTD Hill bermaksud Bukit Mawar Tepian Desa, mengambil nama sempena perkampungan di kaki bukit ini. Puncak bukit ini berada di ketinggian 1505 mdpl dan trek ke sini masih terjaga dengan lumut segar.
Saya cadangkan kepada pembaca yang ingin melakukan pendakian santai cuba ke puncak bukit ini. Selain pemandangan indah dari puncak, pendakian juga agak pendek dan mudah.
Nota:
1- Guide Man 017 6756043
2- Hikers Paradise Hostel And Campside 017 6756043
Tiada ulasan:
Catat Ulasan