Khamis, 15 Disember 2022

Berjalan di Songkla Oldtown

Inilah pertama kali saya berkunjung ke Songkla Oldtown ini walaupun telah beberapa kali datang ke Songkla. Menghabiskan cuti di bulan Disember 2022 bersama seorang teman, kami memandu dari Penang memasuki Negara Thailand dari sempadan Bukit Kayu Hitam - Sadao. Seperti biasa kami ke bandar Hatyai dahulu untuk bermalam. Hatyai yang sering dikunjungi rakyat Malaysia diiktiraf syurga makanan dunia pada yang kaki makan. Saya dan teman kurang minat memburu makanan kerana kami makan sekadarnya sahaja. Tempat yang dilawati bila berkunjung ke Hatyai adalah Pasar Malam Hatyai, Asian Night Bazaar dan Floating Market yang beroperasi pada hari Jumaat hingga Ahad.




Dua malam menginap di Hatyai, hari ketiga kami bergerak ke Songkla. Dalam perjalanan kami singgah di Masjid Central Songkla dan kemudian ke Pulau Ko Yo. 

Kami memandu melintasi jambatan yang menghubungkan Pulau Ko Yo di dalam Tasik Songkla ini. Di pulau Ko Yo kami cuma merakam gambar Wat Laem Pho dan beberapa monument di tepi Tasik Songkla.





Kemudian kami check-in hotel di Mueang Songkhla. Di sebelah petang pula kami ke Singhanakorn Hot Pot untuk makan secara buffe. Restaurant halal ini viral dan saya rekomen kepada pembaca yang suka makan berkunjung ke sini. Harga untuk seorang sekitar TB340, iaitu sekitar RM40 dan pengujung berpeluang menikmati berbagai jenis makanan dan masakan. Untuk mudah ke sini dari Songkla, kami menaiki fery dengan tambang TB20 untuk sebuah kereta sekali penumpang dua orang.










Selesai makan kami pulang ke hotel menaiki ferry kerana jarak perjalanan lebih dekat berbanding memandu melalui jalan raya. Keesokan harinya kami habiskan masa dengan aktivity di hotel sambil berurut badan.


Kami makan tengahari di restaurant halal berdekatan hotel. Anak pemilik restaurant halal ini juga merupakan seorang guide pelancong dan dia memberikan nombor telipon jika pembaca ini menggunakan khidmatnya sekali kenderaan. 


 
Keesokan harinya selepas check-out, kami ke Songkla Oldtown. Bandar lama yang terdiri dari bangunan berusia 50 tahun hingga 200 tahun ini terjaga rapi dan merupakan tarikan Songkla selain Patung Duyung di Pantai Samila yang sering dikunjungi pelancong. Di Songkla Oldtown, dinding- dinding bangunan ini dilukis cantik untuk spot pelancong bergambar. Terdapat berbagai barangan dan cenderamata dijual,  restaurant makanan halal banyak di sini. Kami juga singgah di Masjid Asassul Islam di Bandar Tua Songkla ini.








Setelah puas berjalan kaki di  Songkla Oldtown ini, kami meneruskan perjalanan pulang melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.

Nota:
Khidmat guide pelancong di Songkhla: 
Aekapon tel +66 983910661





Isnin, 14 November 2022

15 Hari bercuti di Thailand

Saya dan dua teman merancang bercuti ke Thailand selama 15 hari di akhir October 2022. Lagi seminggu hari percutian bermula saya gagal mendapatkan tiket keretapi malam dari Hatnyai ke Hua Hin. Saya bercadang memulakan percutian kami dari Hua Hin dan berakhir di Hadnyai nanti dan kerana kehabisan tiket keretapi saya mengubah jadual percutian. Memandangkan kami tidak menempah hotel, perubahan jadual tidak memberi masalah pada trip kami. Hari pertama kami memulakan perjalanan dari Penang menaiki fery awal pagi. Kemudian menaiki komuter ke Padang Besar pada jam 08:30 pagi dan sampai di Padang Besar pada jam 10:30 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Hatnyai Train Station dengan menaiki van.


Sampai di Hatnyai Train Station kami makan tengahari dan meneruskan perjalanan menaiki train ke Surathani pada jam 14:30 dan sampai di Surathani hampir jam 20:00 malam. Kami kemudian menaiki Sangthaew menuju ke Rathani Hotel Surathani. Setelah check-in kami keluar ke Night Market Surathani.



Hari kedua setelah sarapan kami bertolak ke Khao Sok National Park, kami mengambil pakage bercuti ke taman negara ini selama  tiga hari dua malam. Dalam perjalanan ke Khao Sok National Park kami singgah bermandi manda di Ban Nam Rad. Mata air di Ban Nam Rad membentuk kolam air yang jernih bersih dan kolam besar mengalirkan air ke sungai dalam hutan yang menghijau. Ban Nam Rad merupakan tempat mesti lawat jika anda ke Surathani.




Setelah puas bermandi manda kami meneruskan perjalanan ke Khao Sok National Park Village dan bermalam di Smiley Bangalow. Hari ketiga selesai sarapan kami menaiki van menuju ke pintu masuk Taman Negara Khao Sok dan meneruskan perjalanan ke Lake House di Cheow Larn Lake menaiki bot. Dalam perjalanan ke Lake House, kami singgah di mini Guilin yang terkenal di Cheow Larn Lake.



Setelah check in Lake House kami berehat dan di sebelah petang kami dibawa mengelilingi Cheow Larn Lake sambil melihat haiwan dan pemandangan di sana.


Hari keempat kami memulakan lawatan di Cheow Larn Lake, melihat binatang dan pemandangan waktu matahari terbit sebelum sarapan. Selepas sarapan kami menyertai aktiviti trekking melawan arus air terjun di Taman Negara Khao Sok ini. Selesai aktiviti trekking kami pulang ke House Lake, lunch dan bersedia berangkat pulang. Kami sampai di jety pintu Taman Negara Khao Sok sekitar jam 15:00 petang dan meneruskan perjalanan ke jety Donsak menuju ke Koh Samui. Kami menaiki fery terakhir pada jam 18:00 petang dan sampai di Koh Samui pada jam 19:30 malam. Di Koh Samui kami menginap di Crystal Bay Beach Resort. 



Hari kelima, kami ke Central Samui di Chaweng, makan dan mencari pakage Mu Ko Ang Thong National Park. Petang pula kami ke Pekan Lamai. Hari keenam kami penuhi dengan pakage Mu Ko Ang Thong National Park. Kami menaiki bot untuk snorkeling, berkenu, Emerald Green Lake, mendaki ke Pha Chancharat View Point dan pakege ini termasuk sarapan, makan tengahari dan minum petang setelah selesai lawatan.






Hari ketujuh kami berangkat ke Koh Phangan dengan menaiki ferry dan bermalam di Morning Star Resort. Di Koh Phangan kami cuma bersiar di bandar kecil Thong Sala dan pantai sahaja.


Hari kelapan kami bergerak ke Koh Tao menaiki fery dan di Koh Tao kami menginap di Pranee Amata Hotel. Malam itu kami bersiar di pekan kecil Sairee Beach. Keesokkan harinya kami mengambil pakage Koh Tao, trip ini bermula jam 10:00 pagi dan berakhir 16:00 petang termasuk tiga tempat snorkling, Pulau Nang Yuan, peralatan snorkling dan makan tengahari. 







Hari kesepuluh kami berangkat menaiki fery ke Chumphon dan meneruskan perjalanan dengan bas menuju ke Hua Hin. Kami sampai petang di Hua Hin dan menginap di Subhamitra Hotel di bandar Hua Hin selama tiga malam. Tidak banyak tempat yang kami lawati di Hua Hin ini memandangkan sektor pelancongan yang malap sejak wabak covid. Dua hari kami cuma melawat beberapa tempat termasuk Blueport, Market Village, Night Market, FN Outlet, Rajabhati Park dan market pagi mereka.







Hari ketiga belas kami bergerak ke Bangkok awal pagi dan sampai di sana tengahari. Setelah check in di Metro hotel kami mencari kawan lama yang telah membuka muslim restaurant di sana untuk menjamu selera. Nama restaurant beliau Samat Muslim Food. Awal malam pula kami ke Asiatique.







Hari keempat belas, pagi itu kami ke Chak chu chak. Bazar murah yang kami suka pergi. Kami menaiki MRT ke sana dan sebelah petang kami bersedia menaiki keretapi dari Hua Lampung ke Padang Besar. Hari kelima belas, kami sampai di Hatnyai sekitar jam 9:00 pagi. Keretapi berhenti agak lama di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Dari Padang Besar kami menaiki komuter ke Butterworth.





Itinerary
Day 1- Penang- Padang Besar- Hatnyai- Surathani, bermalam.
Day 2- Surathani- Ban Nam Rad- Khao Sok National Park Village, bermalam.
Day 3- Khao Sok National Park Village- Khao Sok National Park- House Lake, bermalam.
Day 4- Khao Sok National Park- Koh Samui, bermalam.
Day 5- Koh Samui
Day 6- Koh Samui
Day 7- Koh samui- Koh Phangan, bermalam.
Day 8- Koh Phangan- Koh Tao, bermalam.
Day 9- Koh Tao
Day 10- Koh Tao- Chumphon- Hua Hin, bermalam.
Day 11 - Hua Hin
Day 12 - Hua Hin
Day 13 - Hua Hin- Bangkok
Day 14 - Bangkok- Padang Besar, train malam. 
Day 15 -Padang Besar- Butterworth, komuter.