Jumaat, 22 Julai 2022

Tanjung Piai penghujung Selatan Benua Asia



Tanah terselatan Benua Asia ini hanya terdapat satu di dunia, terletak di Tanjung Piai daerah Kukup, Johor. Saya dan tiga teman menjejakkan kaki ke sini pada akhir June 2022. Kami memandu ke Taman Negara Johor dengan menggunakan goggle map. Memasuki taman negara ini dikenakan bayaran Rm5.00 seorang dan parking kenderaan adalah percuma. Sepanjang menerokai kawasan paling hujung selatan benua Asia ini, kami meniti pelantar kayu yang dibina bagi memudahkan pengunjung menjelajah kawasan yang berair dan berselut di bawah. 

 

Setelah bergambar di pintu masuk taman negera ini, kami meniti pelantar kayu berbumbung di permulaan sehingga sampai di persimpangan dan kemudian pelantar terbuka mengambil alih. Kami terus berjalan kaki melalui pelantar ke arah hadapan. Terdapat pelantar berbumbung di hujung. Sampai di sana terdapat papan tanda arah tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapore. Kami berehat sebentar di sini.






Kemudian kami berpatah balik ke persimpangan menuju ke globe. Sampai ke monumen yang menoktahkan tempat ini sebagai titik paling Selatan Benua Asia, kami merakam gambar kenangan.


Kemudian kami berpatah balik, kami tidak ke persimpangan pelantar untuk ke tempat memancing. Kami singgah sebentar di pondok menara melihat pemandangan. Kemudian kami kembali ke pintu masuk taman negera untuk mengakhiri lawatan di Taman Negera Johor Tanjung Piai ini.


 
Sebelum pulang, kami singgah di sebuah cafe di Tanjung Piai, Cafe Kopi Tenggek yang menyediakan makanan enak dan Kopi Tenggek yang special. Rekomen.



Taman Negara Johor Tanjung Piai terletak di daerah Kukup. Ianya terkenal kerana berada di daratan paling hujung Selatan Benua Asia. Masuk ke sini dikenakan bayaran Rm5.00 dan parking kenderaan adalah percuma.






Ahad, 17 Julai 2022

Snorkling dan Pulau Seri Buat daytrip

Pulau Seri Buat yang tidak popular seperti pulau-pulau peranginan lain di Malaysia ini saya kunjungi dalam pakage daytrip dari Jety Mersing. Saya dan tiga teman menyertai open trip yang bermula jam 09:00 dan berakhir 17:00 petang ini meliputi beberapa buah pulau lain termasuk sport untuk snorkling.

Kami berkumpul di Jety Mersing dan setelah semua sedia kami memulakan aktivity air ini pada jam 09:00 pagi. Menaiki bot sekitar 45 minit, kami akhirnya sampai di Pulau Seri Buat yang juga dikenali sebagai Pulau Rahsia. Setiba di pulau ini kami di bawa mendaki ke puncak pulau yang setinggi 124 mdpl. Di puncak yang terdapat batu penanda ketingian dan bendera Malaysia ini, kami menyaksikan pemandang di bawah 360 darjah. 


Setelah merakam gambar kami kemudian turun ke pantai, berehat dan menaiki bot untuk meneruskan perjalanan sambil dijamu sarapan pagi yang ringkas. Kemudian kami singgah ke Pulau Raja dan benting pasir. 


Selesai mandi manda di sana kami ke Pulau Hujung untuk makan tengahari dan snorkling. Disebabkan batu karang di sini tidak begitu menarik perhatian saya, saya cuma berehat di pantai dan atas bot. Kami Meneruskan perjalanan ke Pulau Tengah untuk snorkling. Disini karangnya sungguh menarik, cantik dan subur, saya snorkling semahunya di sini.


Setelah puas snorkling kami meneruskan perjalanan ke Pulau Rawa namun kami cuma melihat Pulau Rawa dari atas bot.


Akhirnya kami singgah di Pulau Besar. Di pulau ini kami mengisi perut dengan minum dan makan bugger. 


Melawat ke Pulau Besar adalah penutup lawatan pada hari itu. Kami kemudian pulang ke Jety Mersing dan melihat cuaca di langit memang waktu yang tepat untuk kami pulang sekitar jam 17:00 petang. 

Contact Pulau Seri Buat daytrip pakage: kak Lily Bluefin - 0127922134. 



Sabtu, 9 Julai 2022

Mandi manda di Air Terjun Janda Mandi



Mendengar namanya sahaja sudah menarik perasaan ingin tahu rupa, lokasi dan ketinggiannya. Saya dan tiga teman singgah sebentar di air terjun ini untuk mandi manda. Kami mengguna Goggle Map untuk mencari kedudukan air terjun ini. Setelah memakir kenderaan di bahu jalan starting point trekking untuk ke air terjun ini, kami berempat memulakan langkah mendaki trek mengikut arah papan tanda. 









Setelah treking sekitar 45 minit, melalui jalur naik turun dan mendatar di dalam hutan, kami sampai di Air Terjun Janda Mandi yang kedudukkan air terjunnya melimpah terus ke laut. Air terjun ini terletak di Kijal, Terengganu. Kami mandi di bawah pancuran sepuasnya sebelum pulang dan meneruskan perjalanan. Kami tinggalkan Air Terjun Janda Mandi dengan cerita dan rahsianya sendiri seperti yang kami baca di papan tanda semasa menyusuri trek tadi. 


Rabu, 6 Julai 2022

Paragliding di Bukit Bubus Besut

Rekomen! Kepada sesiapa yang suka aktivity mencabar dan tidak takut gayat, marilah melihat lautan, pantai, hutan dan Bukit Keluang 360 darjah dari pandangan mata burung dengan menumpang paragliding yang dikelolakan oleh pilot yang gila-gila dan profesional. Saya pernah mencuba paragliding ini semasa berkunjung di Bandar Batu Surabaya beberapa tahun dulu. Sekali lagi saya mencuba aktivity ini semasa singgah di Besut dalam perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia pada akhir June 2022. 


Kami berkumpul di Maskas 3A Adventure Paragliding Bukit Bubus di tepi laut pada tarikh dan masa yang dijanjikan. Setelah semua sedia kami menaiki kenderaan 4x4 ke Puncak Bukit Bubus yang terletak di sebelah Bukit Keluang. Dari Puncak Bukit Bubus, kami diterbangkan dengan begitu bergaya sekali. Saya seperti biasa, tidak dapat mengawal perasaan gayat pada awal penerbangan sehingga Pilot yang terbang bersama saya bersembang untuk mengawal perasaan gayat saya. 




Setelah saya berjaya mengatasinya, saya menikmati pemandangan indah laut, pantai, trek di Bukit Keluang dan pemandangan di bawah. Pilot menunjukkan kepada saya beberapa spot termasuk Pulau Redang dari sini.




Kemudian Pilot bertanya samada saya ingin buat "spiral", saya yang tidak begitu paham aksi tersebut mengangguk sehingga gerakan berputar itu menyebabkan saya menjerit tanpa henti. Penerbangan memakan masa sekitar 10 minit namun video gopro yang dibekalkan kepada saya sepanjang penerbangan merakam video selama 12 minit, lebih lama dari yang sepatutnya. Kami mendarat di padang luas bersebelahan kawasan Markas 3A Adventure Paragliding tempat kami berjumpa tadi. 


Pendaratan kami ke tapak lapangan sungguh lancar dan tepat. Saya melabelkan mereka yang mengelolakan penerbangan ini sebagai Pilot tempatan taraf profesional. Sesekali mencuba aktivity separuh gila yang dikelolakan pilot gila-gila dan nakal sungguh menyeronokkan. Pergilah mencuba sesuatu yang lain dalam setiap percutian jika ada peluang.

Nota:                                                            1:Contact Paragliding- 3A Adventure Paragliding Bukit Bubus, Besut tel:013-2648851 (Jimmy)

2:Aktivity ini tidak sesuai untuk individu yang ada masalah jantung.



Bercuti di Pulau Lang Tengah Terengganu

 

Rekomen. Kepada pembaca yang ingin bercuti di pulau yang tenang, sunyi dan indah, saya cadangkan anda ke Pulau Lang Tengah ini. Saya dan tiga teman singgah bercuti di Pulau Lang Tengah ini dalam trip mengelilingi Semenanjung Malaysia di akhir bulan June 2022. Kami memilih tinggal di Sari Pacifica Resort & Spa selama 3 hari 2 malam. Kami menaiki boat sekitar 45 minit dari Jety Al-Amin di Merang menuju ke pulau indah ini.


Terdapat beberapa buah resort di pulau ini dan pulau ini tidak dihuni penduduk tempatan. Keadaan dan suasana Pulau Lang Tengah sungguh tenang. Ketibaan kami di jety Sari Pacifica Resort & Spa disambut dengan ribuan ikan kecil dan baby shark.



Petang itu kami hanya bersantai di pantai yang berpasir halus putih. Kami menjelajah batu-batu tepi pantai sambil menyaksikan matahari terbenam. Malamnya pula setelah makan malam kami berehat sepuasnya dengan cara masing-masing. 



Hari kedua selepas sarapan kami bersantai dan berjalan di pantai. Menyaksikan baby shark yang jinak di jety. Melawat Summer Bay Resort di sebelah Resort Sari Pacifica & Spa dan menyusuri jety sambil merakam gambar. 













Di sebelah petang, kami berjalan kaki sekitar lima minit ke belakang resort. Terdapat sebuah warong di sebelah resort yang telah ditinggalkan untuk minum petang. Di warong Dewati ini juga terdapat tapak perkhemahan untuk di sewa sekiranya anda ingin menjimatkan belanja semasa bercuti di Pulau Lang Tengah. Setelah itu kami pulang ke resort dan bermandi di laut dan kolam renang resort.



Di sebelah malam pula makan malam kami adalah bbq bakar sendiri. Setelah makan malam, kami berehat di jety sebelum pulang ke bilik untuk berehat. 



Hari ketiga, saya dan dua orang teman ke Batu Kucing untuk melihat matahari terbit. Kami memulakan trekking agak lewat, sekitar jam 06:55 pagi. Kami bertiga berjalan ke warong Dewati dan menuju ke D'Coconut Resort seperti yang diterangkan oleh pelancong yang kami jumpa semalam. Setelah itu kami menyusuri jalur dan memasuki hutan. Jalur agak jelas dan kami menuju ke kawasan pantai peliharaan penyu. 








Di sana kami berjumpa seorang gadis  sukarelawan yang terlibat dalam pemeliharaan penyu. Dia meminta kami memperlahankan suara kerana kebanyakan temannya baru tidur setelah bertugas di pantai malam tadi. Dia juga menunjukkan kepada kami lorong ke Batu Kucing. Kami kemudian memasuki jalur hutan, mendaki sedikit dan muncul di hujung jalur adalah kawasan Batu Kucing untuk menyaksikan matahari terbit. Kami sampai di Batu Kucing sekitar jam 07:15 pagi ketika matahari telah pun terbit menyimbahkan cahaya merah keemasannya. 








Kami berehat di Batu Kucing ini agak lama. Menyaksikan panorama yang memukau mata sambil merakam gambar. Batu kucing juga merupakan spot snorkling. Setelah puas berehat kami bergerak pulang melalui jalur kami datang tadi. 


Jika bercuti di Pulau Lang Tengah, jangan skip tempat cantik ini. Berjalan ke sini di awal pagi cuma sekitar 20 minit dari Sari Pacifica Resort & Spa.
 
Nota:
1-Bot dari Merang sekitar 45 minit. 
2-Bot Syarikat Al-Amin Rm120 dua hala pergi dan pulang. 
3- Snorkling Rm80 sejam