Rabu, 6 Julai 2022

Paragliding di Bukit Bubus Besut

Rekomen! Kepada sesiapa yang suka aktivity mencabar dan tidak takut gayat, marilah melihat lautan, pantai, hutan dan Bukit Keluang 360 darjah dari pandangan mata burung dengan menumpang paragliding yang dikelolakan oleh pilot yang gila-gila dan profesional. Saya pernah mencuba paragliding ini semasa berkunjung di Bandar Batu Surabaya beberapa tahun dulu. Sekali lagi saya mencuba aktivity ini semasa singgah di Besut dalam perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia pada akhir June 2022. 


Kami berkumpul di Maskas 3A Adventure Paragliding Bukit Bubus di tepi laut pada tarikh dan masa yang dijanjikan. Setelah semua sedia kami menaiki kenderaan 4x4 ke Puncak Bukit Bubus yang terletak di sebelah Bukit Keluang. Dari Puncak Bukit Bubus, kami diterbangkan dengan begitu bergaya sekali. Saya seperti biasa, tidak dapat mengawal perasaan gayat pada awal penerbangan sehingga Pilot yang terbang bersama saya bersembang untuk mengawal perasaan gayat saya. 




Setelah saya berjaya mengatasinya, saya menikmati pemandangan indah laut, pantai, trek di Bukit Keluang dan pemandangan di bawah. Pilot menunjukkan kepada saya beberapa spot termasuk Pulau Redang dari sini.




Kemudian Pilot bertanya samada saya ingin buat "spiral", saya yang tidak begitu paham aksi tersebut mengangguk sehingga gerakan berputar itu menyebabkan saya menjerit tanpa henti. Penerbangan memakan masa sekitar 10 minit namun video gopro yang dibekalkan kepada saya sepanjang penerbangan merakam video selama 12 minit, lebih lama dari yang sepatutnya. Kami mendarat di padang luas bersebelahan kawasan Markas 3A Adventure Paragliding tempat kami berjumpa tadi. 


Pendaratan kami ke tapak lapangan sungguh lancar dan tepat. Saya melabelkan mereka yang mengelolakan penerbangan ini sebagai Pilot tempatan taraf profesional. Sesekali mencuba aktivity separuh gila yang dikelolakan pilot gila-gila dan nakal sungguh menyeronokkan. Pergilah mencuba sesuatu yang lain dalam setiap percutian jika ada peluang.

Nota:                                                            1:Contact Paragliding- 3A Adventure Paragliding Bukit Bubus, Besut tel:013-2648851 (Jimmy)

2:Aktivity ini tidak sesuai untuk individu yang ada masalah jantung.



Tiada ulasan: