Rekomen. Kepada pembaca yang ingin bercuti di pulau yang tenang, sunyi dan indah, saya cadangkan anda ke Pulau Lang Tengah ini. Saya dan tiga teman singgah bercuti di Pulau Lang Tengah ini dalam trip mengelilingi Semenanjung Malaysia di akhir bulan June 2022. Kami memilih tinggal di Sari Pacifica Resort & Spa selama 3 hari 2 malam. Kami menaiki boat sekitar 45 minit dari Jety Al-Amin di Merang menuju ke pulau indah ini.
Terdapat beberapa buah resort di pulau ini dan pulau ini tidak dihuni penduduk tempatan. Keadaan dan suasana Pulau Lang Tengah sungguh tenang. Ketibaan kami di jety Sari Pacifica Resort & Spa disambut dengan ribuan ikan kecil dan baby shark.
Petang itu kami hanya bersantai di pantai yang berpasir halus putih. Kami menjelajah batu-batu tepi pantai sambil menyaksikan matahari terbenam. Malamnya pula setelah makan malam kami berehat sepuasnya dengan cara masing-masing.
Hari kedua selepas sarapan kami bersantai dan berjalan di pantai. Menyaksikan baby shark yang jinak di jety. Melawat Summer Bay Resort di sebelah Resort Sari Pacifica & Spa dan menyusuri jety sambil merakam gambar.
Di sebelah petang, kami berjalan kaki sekitar lima minit ke belakang resort. Terdapat sebuah warong di sebelah resort yang telah ditinggalkan untuk minum petang. Di warong Dewati ini juga terdapat tapak perkhemahan untuk di sewa sekiranya anda ingin menjimatkan belanja semasa bercuti di Pulau Lang Tengah. Setelah itu kami pulang ke resort dan bermandi di laut dan kolam renang resort.
Di sebelah malam pula makan malam kami adalah bbq bakar sendiri. Setelah makan malam, kami berehat di jety sebelum pulang ke bilik untuk berehat.
Hari ketiga, saya dan dua orang teman ke Batu Kucing untuk melihat matahari terbit. Kami memulakan trekking agak lewat, sekitar jam 06:55 pagi. Kami bertiga berjalan ke warong Dewati dan menuju ke D'Coconut Resort seperti yang diterangkan oleh pelancong yang kami jumpa semalam. Setelah itu kami menyusuri jalur dan memasuki hutan. Jalur agak jelas dan kami menuju ke kawasan pantai peliharaan penyu.
Di sana kami berjumpa seorang gadis sukarelawan yang terlibat dalam pemeliharaan penyu. Dia meminta kami memperlahankan suara kerana kebanyakan temannya baru tidur setelah bertugas di pantai malam tadi. Dia juga menunjukkan kepada kami lorong ke Batu Kucing. Kami kemudian memasuki jalur hutan, mendaki sedikit dan muncul di hujung jalur adalah kawasan Batu Kucing untuk menyaksikan matahari terbit. Kami sampai di Batu Kucing sekitar jam 07:15 pagi ketika matahari telah pun terbit menyimbahkan cahaya merah keemasannya.
Kami berehat di Batu Kucing ini agak lama. Menyaksikan panorama yang memukau mata sambil merakam gambar. Batu kucing juga merupakan spot snorkling. Setelah puas berehat kami bergerak pulang melalui jalur kami datang tadi.
Jika bercuti di Pulau Lang Tengah, jangan skip tempat cantik ini. Berjalan ke sini di awal pagi cuma sekitar 20 minit dari Sari Pacifica Resort & Spa.
Nota:
1-Bot dari Merang sekitar 45 minit.
2-Bot Syarikat Al-Amin Rm120 dua hala pergi dan pulang.
3- Snorkling Rm80 sejam
2 ulasan:
pengalaman snorkling ada tak
Saya x pergi snorkling.
Catat Ulasan