2. Menerokai Gua Wang Buluh. Ada dua gua yang popular di Pulau Tuba ini iaitu Gua Kelawar dan Gua Wang Buluh yang saya cadangkan ini. Gua ini pernah menjadi tempat persembunyian penduduk pulau semasa Zaman Jepun dahulu dan suasana dan pemandangan dalam gua lawa dan menarik.
3. Melawat Kampung Keda. Kampung yang telah sedia menerima tetamu sebelum kedatangan covid ini dirancang dengan baik. Setiap rumah dicat dengan cat warna warni untuk memberi kelainan dan menarik pelancong untuk datang ke kampung ini.
4. Mandi di Air Terjun Selat Bagan Nyior di Pulau Dayang Bunting. Untuk menuju ke air terjun ini, pelawat mesti melalui jambatan yang menghubungkan dua buah pulau ini dan berhentilah sejenak di atas jambatan yang tidak sebuk ini untuk merakam gambar kenangan.
5. Menjamu selera dengan mi udang dan ketam. Pelancong mesti mencuba makanan laut yang segar dan sinonim dengan pulau nelayan ini. Pilihlah gerai yang banyak di pulau ini mengikut selera anda.
6. Menyewa motosikal. Bersiar di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting sambil merakam gambar kerbau dan burung-burung yang banyak terdapat di pulau ini.
7. Menyewa bot. Memandangkan aktivity harian penduduk kampung ini adalah nelayan, sesuailah untuk kaki pancing melepaskan gian dengan menyewa bot untuk memancing atau mencandat sotong jika kena musimnya. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk mengelilingi pulau atau singgah di rumah api. Kita juga boleh mencari siput ketika air surut di pantai atau hanya berehat di buaian yang banyak terdapat di resort-resort.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan