Orang-orang tua di China pernah berkata "membazir masa ke Kunming jika tidak melawat Stone Forest". Maka dalam perjalanan saya bersama 3 orang teman backpack ke negara China pada May 2006, saya telah pergi ke hutan batu ini. Stone Forest ini terletak 90 km di tenggara Bandaraya Kunming yang merupakan ibu kota Wilayah Yunan. Ini kali pertama saya ke China dan saya merancang perjalanan dari Bangkok menaiki Thai Airline ke Kunming, seterusnya ke Xi'an menaiki China Airline, dari Xi'an ke Beijing menaiki keretapi, dan berakhir di Shanghai juga dengan keretapi dari bandar Beijing.
Stone Forest telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2007. Kami menaiki kereta sewa ke sini dan perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit dari bandaraya Kunming. Sampai di Stone Forest ini kami mengambil ticket dan menurut guide yang membawa kami, untuk menjelajah keseluruh hutan batu ini memerlukan 2 hari masa melawat. Di sini kami melihat hutan batu stalagmites yang luas menjulang tinggi ke langit. Di taman ini juga ada persembahan rakyat selama sejam.
Di sini juga kita berpeluang memakai pakaian tradisional masyarakat tempatan. Selepas pulang dari melawat Stone Forest kami sempat melawat Yunan Culture Village, malangnya masa agak terhad kerana kami sampai di Yunan Culture Village agak lewat dan persembahan di sini baru selesai.
Yunan Culture Village |
Malam itu sebelum berangkat ke bandar Xian kami singgah makan di restoran muslim di bandar Kunming. Tidak sukar mencari makanan halal di Kunming kerana terdapat masyarakat muslim yang ramai di bandar ini.
Muslim Restoran di Kunming. |
Saya bercadang ke sini lagi jika ada rezeki kerana perjalanan yang singkat ini membataskan peluang saya melihat Kunming yang menarik dan unik ini.
Nota:
1- Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk melawat negara China.
2- Ticket masuk ke Stone Forest pada tahun 2016 adalah CNY 175 (tahun 2006 cuma CNY 100).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan