Ahad, 29 Mei 2016

Garuda Wisnu Kencana Bali

       Antara tempat yang kita mesti kunjungi bila bercuti di Bali adalah Garuda Wisnu Kencana Culture Park atau ringkasnya GWK. Taman Budaya ini terletak di kota Ungasan, selatan Denpasar kurang lebih 20 minit menaiki mobil.


        Tarikan utama pelancong di GWK ini ada patung Garuda Wisnu yang diukir setinggi 20 meter. Walaupun jadual asalnya, patung ini dirancang dibina setinggi 60 meter dan lebar 126 meter, namun patung yang tertangguh pembinaannya ini tetap menjadi lokasi pelancong untuk merakam gambar.




       Taman Budaya yang seluas 240 hektar ini juga terdapat satu dataran yang luas dan menarik iaitu Lotus Pond. Lotus Pond ini merupakan satu kawasan rata ditutupi rumput hijau terjaga dan disempadani tembok batu kapur tinggi yang dipotong seolah-olah gunung yang dibelah.






        GWK juga merupakan antara kawasan menarik menyaksikan matahari terbenam. Selain itu GWK juga menyediakan berbagai kemudahan seperti tandas, kedai cenderamata dan dewan persembahan tarian seperti Kechak, Barong dan Keris, Tari Bali, Tari Joged Bumbung dan lain-lain lagi. GWK merupakan tempat yang mempersembangkan tarian Kechak di Bali setiap hari iaitu pada pukul 6:30 hingga pukul 7:13 petang.


Persembahan tarian Kechak




         Ticket masuk ke GWK adalah IDR 60 ribu termasuk ticket persembahan. Maka jika anda berkunjung ke sini, anda berpeluang menyaksikan persembahan mengikut jadual masa persembahan yang telah ditetapkan dan ia dibuka dari jam 8:00 pagi sehingga jam 10:00 malam.

Nota:
1- Elakkan bercuti ke Bali semasa cuti libur calender Indonesia untuk mengelak kesesakan.
2- Ticket masuk GWK ialah IDR 60 ribu.
3- GWK di buka dari jam 8:00 pagi hingga jam 10:00 malam.


Tiada ulasan: