Jumaat, 27 Mei 2016

Uluwatu, Bali


      Pertama kali sampai di sini, saya teruja melihat pemandangan alam yang maha hebat ciptaan YANG MAHA BESAR ini. Tebing tinggi kurang lebih 90 meter tegak berdiri di tepi laut ini memukau pandangan 360 darjah saya. Uluwatu terletak sekitar 30 km selatan Denpasar dan memerlukan masa kurang lebih 30 minit memandu ke sini.


       Uluwatu memberi pengertian batu di hujung tanah. Ulu iaitu tanah hujung, manakala watu bermaksud batu, sepadan dengan kedudukannya di Bukit Peninsula barat daya Pulau Bali. Saya dan teman-teman begitu kagum melihat panorama indah di bawah ketika ombak memukul dinding batu. Kami berdiri di atas tebing setinggi kurang lebih 90 meter dari paras laut dan cuaca cerah adalah bonus ketika di sini.






      Tetapi pelancong harus hati-hati ketika ke sini kerana terdapat banyak monyet liar di sini yang menyukai kaca mata hitam. Barang-barang peribadi seperti handphone, camera, beg tangan, kacamata hitam dan makanan ringan akan menjadi buruan sang monyet. Seperti tempat lawatan lain di Bali, Uluwatu juga terdapat tempat pemujaan iaitu Pura Luhur Uluwatu.



 

         Ombak di pantai Uluwatu merupakan antara tempat terbaik bermain papan luncur. Di sini juga merupakan spot terbaik menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Tarian Kechak iaitu persembahan tarian dan drama tanpa muzik diadakan di sini setiap 6:00 petang.

Pentas tarian kechak
       Terdapat deretan kedai makanan di sini namun harus hati-hati bagi pelancong muslim kerana kebanyakannya tidak halal.

Nota:
1- Tiada pengankutan awam ke sini.
2- Ticket masuk kesini adalah Idr 60 ribu bagi pelancong asing.
3- Masa lawatan 8:00 pagi hingga 8:00 malam.

Tiada ulasan: