Saya bersama 3 orang teman sampai ke airport Xi'an lewat tengah malam. Penerbangan dari Kunming mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke sini dan jika kami menaiki keretapi dari Kunming akan mengambil masa kurang lebih 36 jam. Saya singgah di Xi'an pada May 2006 dalam perjalanan dari Kunming ke Beijing. Sampai di airport agak sukar untuk kami berkomunikasi kerana kesemua pemandu teksi tidak boleh memahami Bahasa English. Nasib baik guide semasa saya melawat Stone Forest di Kunming menyediakan nota dalam bahasa dan tulisan cina untuk saya serahkan kepada pemandu teksi setibanya di airport Xi'an. Setelah membaca nota tersebut pemandu teksi membawa kami ke sebuah hotel seperti yang saya beritahu guide di Kunming.
Saya kemudian memberitahu penyambut tetamu di hotel untuk menyewa sebuah teksi ke Terracotta pada pagi nanti. Masalah timbul bila penyambut tetamu itu tidak mengetahui Terracotta. Lalu saya pun bertanya tentang Bingmayong, barulah dia mengerti kerana penduduk China lebih mengetahui Bingmayong berbanding Terracotta Warrior. Perjalanan menaiki teksi mengambil masa hampir 1 jam ke muzium patung pahlawan Terracotta ini. Setelah membeli ticket dan membayar seorang guide untuk menerangkan tentang sejarah Terracotta, saya dan teman-teman terus melawat muzium patung tanah tentera Terracotta.
Menurut Anna, guide yang kami ambil, Terracotta dijumpai pada tahun 1974 oleh seorang petani semasa mengorek lubang untuk membina perigi. Semasa kami melawat muzium ini terdapat 6000 patung yang telah dijumpai dan sebahagian besar telah rosak dan sedang dibaik pulih di muzium itu menggunakan tanah yang sama. Dipercayai masih banyak patung belum dan akan ditemui di sana. Setiap patung askar dan pahlawan mempunyai rupa dan saiz yang berbeza mengikut rupa asal mereka. Selain tentera dan komander, senjata dan kereta kuda juga ditemui. Anna menunjukkan kepada kami sekaki payung yang bila Anna memetik punat untuk mengembangkan payung, sebilah mata pisau terhunus di hujung payung. Nampaknya senjata yang tersembunyi di sebalik sekaki payung itu masih berfungsi.
Bersama Anna |
Di bandar Xi'an |
Di muslim street Xi'an |
a) Patung ini diarah buat oleh raja kerana menghargai pasukan tenteranya.
b) Semua tentera disumpah menjadi patung maka semua patung menyerupai rupa asal tentera mengikut ukuran asal individu. Namun kesahihan alasan kedua tidak pernah saya baca di internet, cuma terdengar seolah cerita dongeng. Terima kasih Allah.
Nota:
1- Warga Malaysia memerlukan visa untuk melawat china.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan