Khamis, 2 Jun 2016

Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh


         Saya dan teman-teman pendaki singgah sebentar di Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh dalam pejalanan mendaki Gunung Trus Madi ini pada March 2011. Tugu peringatan ini dibina sempena memperingati kegagahan dan keberanian seorang penentang penjajahan British di Sabah yang dikenali sebagai Datu Mat Salleh atau Mat Salleh pada 1890 an. Tugu peringatan ini terletak di Kampung Tibabar di daerah Tambunan.



        Beliau merupakan anak kedua dari empat orang adik-beradik dari suku Bajau dan Suluk. Isterinya bernama Dayang Bandang dari keturunan kesultanan Sulu. Walaupun British menganggapnya sebagai pemberontak, namun bagi penduduk setempat dia merupakan pahlawan yang menentang penjajah British dari terus merompak hasil bumi kita.


Tiada ulasan: