Kenapa saya mendaki ? Pada mulanya sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan sehingga akhirnya saya jatuh hati pada alam. Jadi blog ini saya tulis sebagai sebuah catatan diari saya disamping berkongsi info dan pengalaman saya mendaki gunung. Saya selitkan juga beberapa tempat yang saya lawati, shopping dan jalan-jalan.Terima kasih kerana sudi membaca dan maaf sekiranya ada yang tersilap. "Singgah dalam perjalanan menuju destinasi abadi".
Ahad, 5 Jun 2016
Jepara Kota Ukir
Jepara terkenal sebagai dermaga untuk ke Pulau Karimun Jawa. Walaupun pelancong boleh menaiki bot dari Semarang ke Pulau Karimun, tetapi kerana jadual bot dari Semarang cuma beroperasi pada hari tertentu, maka Jepara tetap menjadi jetty pilihan pertama untuk ke pulau tersebut. Tambahan pula jarak Jepara ke Pulau Karimun lebih hampir berbanding jarak Semarang ke Pulau Kerimun. Saya bermalam di bandar tepi laut yang juga terkenal sebagai kota ukir ini dalam perjalanan ke Pulau Karimun.
Selain popular dengan Pulau Panjang, Jepara juga terkenal dengan pantainya yang cantik seperti Pantai Kartini, Pantai Tirto Samodra, Pantai Pelayaran, Pantai Teluk Awur, Pantai Mandalika dan Pantai Ombak Mati. 80% penduduk Jepara beragama islam dan sebilangan besar penduduknya berasal dari suku jawa. Hasil kerja kreatif dan seni halus ukiran kayu mereka inilah yang telah memahkotakan jepara sebagai kota ukir.
Selain itu Jepara juga mempunyai tempat menarik yang lain untuk dilawati seperti museum R.A Kartini, Benteng Portugis, Kura-Kura Ocean Park dan air terjun Songgolangit. Jarak Semarang ke Jepara kurang lebih 71 km dan mengambil masa 2.5 hingga 3 jam menaiki mobil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan