Rabu, 15 Jun 2016

Wisma Apong, Pulau Karimun


       Setelah hampir setahun mengintai ticket murah ke Semarang, akhirnya saya dan teman-teman berjaya membeli ticket Airasia dengan harga mengikut bugged kami untuk bercuti ke Pulau Karimunjawa pada May 2016.


       Saya dan 11 orang teman memulakan perjalanan dari Semarang airport menuju Jepara dengan kenderaan yang di sewa. Perjalanan ke kota ukir Jepara ini mengambil masa kurang lebih 3 jam. Di Jepara kami bermalam di Pantai Kartini kerana bot laju dari Jepara ke Pulau Karimun bertolak pada jam 9:00 pagi. Pulau Karimun boleh dikunjungi dengan menaiki bot laju atau ferry dari pelabuhan di Semarang atau Jepara namun perjalanan dari pelabuhan Semarang cuma beroperasi pada hari-hari tertentu sahaja, manakala dari pelabuhan di Jepara bot laju dan ferry beroperasi setiap hari dan salain factor jarak yang lebih hampir di antara Jepara dengan Pulau Karimun berbanding Semarang. Kami sampai di Pulau Karimun keesokan paginya sekitar 11:15 pagi setelah menaiki bot laju kurang lebih 2 jam 15 minit.



         Dari jetty Pulau Karimun kami menaiki van menuju jetty ke Wisma Apung di mana kami akan menginap selama bercuti ke pulau ini. Jarak antara ke dua jetty ini sekitar 5 hingga 10 minit menaiki van.




       Wisma Apung merupakan antara tempat penginapan yang menjadi pilihan di kalangan pelancong di Pulau Karimun. Kedudukannya yang agak ke tengah laut memberikan hak persendirian kepada pelancong. Pilihan penginapan lain di Pulau Karimun adalah homestay di Pulau Karimun besar, resort dan hotel. Saya tertarik menginap di Wisma Apung kerana keistimewaan memelihara ikan yu di bawah penginapannya dan pelancong boleh bermain bersama ikan yu yang jinak ini.







        Menurut Dhia yang menguruskan Wisma Apung, pada awalnya terdapat sebanyak 30 ekor ikan yu yang dipelihara. Setelah memberi sebanyak 8 ekor kepada Kura-Kura Ocean Park di Jepara, 8 ekor lagi di pemeliharaan ikan yu di Karimun, kini tinggal sebanyak 8 ekor sahaja di Wisma Apung setelah yang lainnya mati. Pada asalnya Wisma Apung merupakan tempat pemeliharaan ikan dalam sangkar, namun kemudian Wisma Apung telah di transfomasi menjadi tempat penginapan oleh aruah bapa Dhia sekitar tahun 2004, cetusan idea sahabat bapanya dari luar negara. Namun bapanya meninggal dunia beberapa tahun kemudian dan kini ibu, adik dan Dhia sendiri menguruskan Wisma Apung. Wisma Apung didirikan di atas karang dan benting pasir. Percubaan pertama cuma dibina 3 kamar, namun sekarang telah mempunyai banyak kamar termasuk kamar yang berhawa dingin.







Pemandangan di belakang kamar di Wisma Apung
         Matahari terbit tidak jelas dari Wisma Apung kerana terlindung oleh Pulau Karimun yang terletak di hadapannya tetapi pemandangan matahari terbenam memang tidak mengecewakan. Jika pembaca ingin bercuti ke Pulau Karimun saya cadangkan anda menginap di sini kerana harganya yang agak berpatutan dan kemudahannya yang sederhana.


        Wisma Apung juga menyediakan makanan sepanjang penginapan anda di sini. Pakage menginap di sini juga termasuk activity snorkling, melawat pulau-pulau  dan lawatan darat di Pulau Karimun besar. Namun pengunaan air haruslah berjimat kerana air diambil menggunakan tong dari Pulau Karimun dan tiada letrik di waktu siang kerana genarator cuma beroperasi di waktu malam.

Nota:
1- Pulau Karimun boleh dikunjungi dengan menaiki bot laju dan ferry dari pelabuhan Pantai Kartini di Jepara atau pelabuhan Tanjung Emas di Semarang (mengikut jadual).
2- Pulau Karimun juga boleh dikunjungi melalui penerbangan dari Semarang dan Surabaya.


Tiada ulasan: