Selasa, 21 Jun 2016

Menjangan Kecil Karimunjawa


       Tidak lengkap percutian ke pulau jika tidak disertai dengan aktivity snorkling terutama jika bercuti di pulau yang kaya dengan khazanah laut. Saya dan teman-teman bercuti di pulau Karimunjawa yang terkenal dengan kejernihan airnya sehingga boleh melihat hingga ke dasar laut dalam kedalaman puluhan meter. Hari kedua kami di Pulau Karimunjawa, kami dibawa ke Pulau menjangan kecil.


      Di Pulau Menjangan Kecil kami snorkling sepuas hati. Karang dan ikan di sana sangat banyak dan pemandangan harta dasar lautnya amat mempesonakan. Kami berpeluang merakam gambar ikan Nemo dan karang yang masih terjaga di air yang agak cetek.









       Setelah puas berenang, kami ke Pulau Cemara Kecil untuk makan tengahari. Pulau Cemara Kecil tiada penduduk tetap tetapi terdapat sebuat pondok menjual minuman dan makanan yang diusahakan oleh anak-anak muda. Pelacong boleh membeli makanan di sini jika tidak membawa bekalan. Kami yang mengambil pakage dari Wisma Apung lengkap dengan makan dan pemandu pelancong kami menyediakan makan dan membakar ikan di sini.




        Kerana keletihan, kami berehat lama di pulau ini sambil mandi di laut. Sebelum pulang, kami singgah di Tanjung Gelam untuk menyaksikan matahari terbenam. Keesokan harinya kami menyambung aktivity snorkling lagi. Kali ini kami dibawa ke spot snorkling Takak Senduk,







      Setelah puas menyaksikan karang dan ikan, kami makan tengahari dan berehat di Pulau Gleang. Kemudian kami dibawa ke satu lagi tempat snorkling iaitu Pulau Gosong. Pulau ini hanya akan kelihatan sekiranya air laut surut kerana Pulau Gosong cuma terbina dari benteng pasir tengah laut yang dikelilingi istana karang yang indah.






     Dalam perjalanan pulang kami singgah di pantai Batu Topeng untuk mandi sambil  menyaksikan matahari terbenam. Saya dan teman-teman bercadang bercuti ke Pulau Karimun ini lagi jika ada rezeki di masa akan datang. Terima kasih Allah.


Tiada ulasan: