Saya dan beberapa orang teman ke air terjun Bukit Perangin ini pada awal March 2023. Untuk ke air terjun ini kami terpaksa trekking sekitar 12 kilometer pergi dan pulang. Kami mengambil khidmat Cikgu Khayril sebagai penunjuk arah ke air terjun ini. Kami memakir kenderaan di kawasan lapang di kebun yang dicadangkan oleh Cikgu Khayril tanpa bayaran.
Setelah semua bersedia, kami memulakan perjalanan ke air terjun ini pada jam 08:25 pagi. Menurut Cikgu Khayril, trek keseluruhan agak mendatar dan beberapa kali menyeberangi anak-anak sungai kurang lebih enam kilometer sehala.
Kami trekking secara santai. Trek yang kami lalui ini agak lebar dan pasti pancutan empat roda boleh melaluinya. Trek ini dahulunya dikatakan trek balak.
Kami berehat, makan dan minum umpama berkelah secara ringkas di sini. Merakam photo kenangan sambil mandi dicucuran air terjun yang tinggi dan dingin di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin ini semahunya.
Hari itu air terjun Bukit Perangin tidak begitu banyak. Ia kelihatan nipis tetapi bila kita berada di bawahnya terasa sangat dingin dan tempias dari air terjun ini agak sejuk. Kami mandi ala kadar sahaja di terjunan air ini, tambahan pula tidak terdapat kawasan air takungan atau kolam di bawah air terjun seperti kebanyakan kawasan air terjun. Setelah berada di sini sekitar dua jam kami bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang Cikgu Khayril membawa kami ke satu kawasan yang lebih menarik. Terdapat sungai bertingkat di dalam sebuah kebun.
Kami mandi semahunya di sungai ini. Airnya tidak sedingin air di Air Terjun Bukit Perangin. Bila berada di dalam air, saya merasa seperti sedang mandi di sebuah canyon. Tebing batu keperangan yang tinggi membendung air sungai di kebun ini membentuk sungai yang kelihatan seperti mengalir di jurang yang dalam.
Selepas puas mandi manda di sini, kami meneruskan trekking pulang ke tapak parkir.
Nota:
1. Permit ke Air Terjun Bukit Perangin Rm5.00 seorang.
2. Guide Cikgu khayril 012 5826858.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan