Selasa, 14 Mac 2023

Mendaki ke puncak Bukit Telipong


 

Saya dan dua teman mendaki ke bukit yang popular di daerah Changlun ini pada awal March 2023. Hari itu teman saya menghubungi saya sebelum subuh  mengajak kami mendaki awal kerana pemandangan Bukit Telipong sering dijamu dengan kabus seperti awan di awal pagi. Disebabkan keletihan kerana semalam kami mandi manda di Air Terjun Bukit Perangin, saya menolak dan kami mula trekking pagi itu pada jam 08:30 pagi.


Kami berjumpa di tapak parkir yang terletak berhadapan Pejabat Felda Batu Lapan/Guar Napai. Setelah semua bersedia, kami bertiga mula  melangkah membelah kawasan kebun getah. Sekitar sepuluh minit melalui kebun getah, terdapat simpang ke kiri menghala ke Bukit Telipong. Kami meneruskan trekking di kawasan kebun getah yang redup dan trek masih rata.




Kami trekking di dalam kawasan kebun getah sehingga jumpa penanda simpang kanan menghala ke Bukit Telipong. Kemudian kami memasuki kawasan hutan, trek di sini mula terbuka, panas dan menaik sedikit. Jalur agak licin kerana batu gelongsor. Trek besar dan boleh dilalui pancutan empat roda. Kepada pengunjung yang malas mendaki, masih boleh menyewa kenderaan ini untuk ke kawasan pemandangan di Bukit Telipong.








Hampir sejam mendaki, kami sampai di papan tanda Bukit Telipong. Di kawasan luas tempat melihat pemandangan ini terdapat warong kopi untuk sarapan. Kami berehat sebentar di sini dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke beirut mengikut arah yang ditunjuk pada papan tanda di Bukit Telipong. Beirut menghala ke kiri dan kami menuju ke jalur disebelah kiri bukit. Memang terdapat kawasan bukit yang lebih tinggi di sana.





Dalam perjalanan mencari Beirut Telipong, kami singgah sebentar di sebuah lagi kawasan melihat pemandangan yang lapang. Di sini terdapat tandas, beberapa ekor kuda ternakan dan kebun buah.



Kami kemudian meneruskan pendakian mencari Beirut Telipong, penanda tempat tertinggi di Bukit Telipong. Kami kemudian bertemu pagar di tengah jalur. Tidak terdapat penanda kawasan persendirian atau dilarang masuk. Kami meluluskan diri di tepi pintu pagar yang tidak dihalang. Meneruskan pendakian sehingga ke hujung jalan, kami menyusur jalur di sebelah kiri mengikut penanda arah Beirut Telipong.





Jalur seterusnya agak semak namun masih dapat dijejaki menandakan ia jarang dilalui. Kami terus mencari Beirut Telipong mengikuti denai yang semakin kecil sehingga beirut penanda ketinggian Bukit Telipong yang rebah ke bumi kami temui.



Kami sampai di puncak Bukit Telipong pada jam 09:50 pagi. Dari puncak ini kami melihat pemandangan hutan di bawah. Kami berehat dan merakam gambar kenangan di beirut ini sebentar sebelum bergerak turun melalui jalur kami datang tadi.



Kami kemudian terus turun dan menuju ke tapak parkir secara santai dan sampai di sana pada jam 11.15 pagi.


Parkir kenderaan Rm3.00 sebuah.
Itinerary:
08:30 - Start trekking/ mendaki
09:20 - Sampai di kawasan papan tanda/ view point/ warong.
09:50 - Sampai puncak Bukit Telipong/ Beirut Telipong.
10:05 - Bergerak turun.
11:15 - Sampai tapak parkir.

Tiada ulasan: