Pagi esoknya kami menyaksikan matahari terbit dari beranda penginapan kami sementara pihak penginapan menyediakan sarapan.
Hari kedua setelah check-out kami merakam gambar kenangan di Satun Sea Balcony sebelum menaiki sangthaew yang kami naiki semalam ke bandar Satun dan seterusnya mengambil van ke Jety Pak Bara.
Perjalanan dari bandar Satun ke Jetty Pak Bara mengambil masa sekitar sejam menaiki van dengan tambang TB900 sebuah. Dari Jety Pak Bara kami menaiki bot ke Koh Lipe.
Air jernih berkaca menyambut kami ketika bot menghampiri pantai di Jeti Koh Lipe.
Kami bercuti tiga hari dua malam di pulau yang dikelilingi pasir putih dan air laut yang jernih ini. Kami menginap di bahagian Sunrise Beach Koh Lipe. Pulau Lipe bersaiz kecil, pelancong boleh berjalan kaki ke mana sahaja namun terdapat teksi motosikal dan teksi bot jika kurang kemampuan untuk menerokai pulau dengan tenaga sendiri. Petang itu setelah check-in dan berehat, kami bersiar di Sunrise Beach dan mencari pakage snorkling keesokan harinya. Setelah itu kami ke Bulow Casa di Sunset Beach untuk berehat sambil menyaksikan matahari terbenam.
Malam itu sebelum pulang kami menjamu selera dahulu. Terdapat banyak kedai makan muslim di Koh Lipe dan tidak sukar mencari kedai yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu di sini. Setelah makan kami memanjakan diri dengan mengunjungi rumah urut. Malam di Koh Lipe sungguh meriah dengan berbagai aktiviti hiburan dan aktiviti jual beli, tambahan pula pulau ini bersaiz kecil dan disibukkan lagi dengan lambakan pelancong.
Hari ketiga setelah sarapan, kami memulakan aktiviti di Koh Lipe. Setelah menempah privert trip untuk aktiviti hari ini, kami meminta pemandu bot yang fasih berbahasa Melayu ke Pulau Adang dahulu untuk hiking. Koh Lipe termasuk dalam Taman Negara Tarutao. Untuk ke Koh Lipe dan pulau-pulau yang termasuk di dalam lingkungan Tarutao National Marine Park, setiap orang pengunjung dikehendaki membayar permit TB200 semasa menaiki fery ke kepulauan ini dari tanah besar.
Kami mula mendaki jalur Chado Cliff di Koh Adang ini sekitar jam 10:35 pagi dan sampai di view point 1 sekitar 15 minit mendaki. Kami singgah sebentar di view point 1 ini untuk berehat dan merakam gambar.
Setelah turun kami dibawa untuk snorkling, aktiviti wajib jika bercuti ke pulau. Kami mengambil pakage privert trip, merangkumi lima buah pulau termasuk makan tengahari kecuali hiking di Pulau Adang. Disebabkan ini privert trip, kami rangkulkan sekali hiking ke trail Chado Cliff ini sekali.
Karang di Pulau Adang ini cantik, air laut jernih dan cetek. Kami snorkling sekitar 30 minit di sini dan kemudian ke Koh Rawi untuk berehat dan makan tengahari.
Setelah makan dan berehat di Pulau Rawi yang pantainya berpasir halus putih ini, kami meneruskan perjalanan ke koh Yang untuk snorkeling. Karang di sini juga cantik, air laut jernih dan cetek.
Setelah puas snorkling di Koh Yang, kami kemudian bergerak ke Koh Hinngam, pulau unik yang tidak berpantai. Kebiasaan sebuah pulau akan dikelilingi pantai, namun Pulau Hinngam sangat istimewa kerana pulau ini di kelilingi batu hitam yang cantik.
Setelah merakam gambar dan berehat sekitar 30 minit di Koh Hinngam, kami dibawa ke Koh Jabang untuk snorkeling. Disebabkan kami telah puas snorkling dan keletihan, kami cuma mengambil gambar batu pintu gerbang di Pulau Jabang dan meneruskan perjalanan pulang ke Koh lipe.
Hari ketiga selepas sarapan kami berangkat pulang menaiki ferry jam 11:20 pagi dan sampai di Jeti Pak Bara sekitar jam 12:40 tengahari. Kami berangkat pulang dengan van sewa yang kami naiki semasa datang kemarin dan terus menuju ke sempadan Wang Kelian. Di pertengahan jalan kami singgah di dataran Pak Bara untuk merakam gambar.
Kami sampai di Wang Kelian sejam kemudian. Di pintu keluar Wang Kelian kami singgah minum dan membeli sedikit buah tangan dan kemudian kami memasuki Malaysia. Dari pintu keluar Wang Kelian kami menaiki kenderaan yang kami sewa semasa datang dan terus menuju ke Stesen Keretapi Padang Besar untuk pulang.
Contack:
1. Kereta sewa di Padang Besar- Wan +60175622896
2.Van Satun - Deen +66 897331183
3. Sangthaew Satun- Abang Yan +66 637372421
4. Satun Sea Balcony: Azara +66 892992773
Tiada ulasan:
Catat Ulasan