Rabu, 27 Mei 2026

Menerokai Air Terjun Victoria di Zimbabwe



Negara Zimbabwe ini menjual wang kertasnya sebagai cenderamata. Urusan jual beli di negara ini menggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat. Antara tarikan pelancong negara ini adalah air terjun yang menjadi sempadan negara Zimbabwe dan Zambia. Saya dan lima orang teman berkunjung ke sini pada November 2025. Kami terbang dari Johannesburg ke Bandar Victoria Fall Zimbabwe pada hari kelapan percutian kami ke negara-negara selatan Benua Afrika. Disebabkan kedudukan air terjun ini di sempadan dua negara dan berdekatan sempadan negara Botswana, kami mengambil keputusan menginap di Bandar Victoria Fall di negara Zimbabwe selama lima hari. 


Setibanya kami di hari pertama di Victoria Fall Town, kami berenam menyewa dua buah kereta, membeli sim kad negara Zimbabwe, membeli sedikit barangan dapur dan terus menuju ke rumah sewa. Hari kedua kami ke Taman Negara Air Terjun Victoria. Nama tempatan air terjun ini adalah Mosi-oa-Tunya yang bermaksud asap yang menggelegak. Air terjun ini mengalir di Sungai Zambezi yang menjadi sempadan Zambia dan Zimbabwe.




Kelebaran Air Terjun Victoria adalah 1708 meter dan merupakan tapak warisan dunia UNESCO. Terletak dalam dua taman negara iaitu Taman Negara Mosi-oa-Tunya di Zambia dan Taman Negara Victoria Fall di sebelah Zimbabwe. Hari itu kami ke Taman Negara Victoria Fall dahulu. Setelah membeli ticket masuk, kami menyusuri jalur yang dibina di taman negara ini.




Terdapat 16 spot melihat air terjun yang mengalir di Sungai Zambezi sepanjang jalur yang dibina di tepi tebing sungai. Air terjun yang lebar dan menjunam di sungai ini jelas kelihatan dari Negara Zimbabwe iaitu sekitar 70 peratus manakala baki 30 peratus dapat dilihat dari Negara Zambia.





Kami mengambil masa agak lama di taman negara ini. Di setengah bahagian jalur agak lembab kerana percikan air terjun. Dari tebing di sebelah Zimbabwe ini kami melihat beberapa kumpulan pengunjung yang mandi manda di sebelah Negara Zambia.




Kami berjalan sehingga ke spot paling hujung dan melihat keretapi melalui landasan yang merentangi Sungai Zambezi. Terdapat aktiviti Bungee Jumping di spot hujung di taman negara ini.












Setelah puas mengunjungi Taman Negara Victoria Fall kami keluar dan bergerak ke sempadan Zambia yang berjarak sekitar lima minit memandu. Setelah memakir kereta di tempat parkir berbayar kami cop passport keluar dari Zimbabwe dan berjalan kaki menuju imigresen Zambia. Menurut pembacaan kami jarak kedua imigresen tidak berapa jauh. Disebabkan kami berjalan kaki waktu tengahari dan panas, jarak pula bukan sedekat seperti yang kami baca, kami sepakat menaiki beca yang pilotnya memanggil-manggil kami. Kawan saya yang pakar menawar mendapat harga separuh dari yang diminta tukang beca. kami berempat menaiki kenderaan local tersebut. Dua teman kami telah pulang dahulu kerana sebelah petang kami ada jadual Zambezi River Cruise Sunset.



Kami menyewa beca ini yang dikendalikan oleh pemandu dan pembantu pergi dan pulang hingga pintu imigresen Zimbabwe. Apabila sampai di bahagian menaiki bukit, kami berempat turun kerana kasihan dengan pembantu yang menolak beca. Sebelum pulang kami memberi tip melebihi harga asal yang kami tawar sebelum menaiki beca ini tadi. Mereka sangat gembira.



Di Zambia, kami membeli tiket Taman Negara Mosi-oa-Tunya. Di taman negara ini kami cuma dapat melihat Air Terjun Victoria sekitar 30 peratus namun pemandangannya amat indah.














Kami agak tergesa-gesa semasa melawat Taman Negara Mosi-oa-Tunya kerana mengejar waktu pulang. Sekiranya pembaca ingin menerokai air terjun ini dari kedua-dua bahagian negara secara santai, sebaiknya masa lawatan haruslah seharian. Kita akan ada sedikit masa untuk membelek-belek cenderahati di deretan kedai di pintu masuk kedua-dua taman negara. 



Keluar dari taman negara Mosi-oa-Tunya, kami membeli cenderahati di kedai-kedai di pintu masuk taman negara secara tergesa-gesa kerana mengejar waktu.



Petang itu setiba di rumah penginapan, pemandu pakage Zambezi River Sunset Cruse telah sedia menunggu. Kami dibawa ke jeti dan kami belayar dengan bot persiaran. Pemandu pelancong menceritakan tentang perjalanan belayar kami petang itu. Tentang sempadan negara dan binatang liar yang di kongsi oleh dua negara juga. Berbagai binatang menjelmakan diri dari dalam air sungai. Kami dijamu minuman dan makanan ringan sepanjang pelayaran dengan iringan muzik.








Hari ketiga kami mengambil pakage Chobe National Park Botswana. Awal pagi pemandu telah sedia menunggu dan kami dibawa sekitar sejam perjalanan menuju ke sempadan Negara Botswana. Melintasi imigresen Botswana ada sedikit kelainan. Kami di suruh memijak besen lumpur untuk menghilangkan bau tanah dari Negara Zimbabwe. Begitu juga kenderaan, pemandu kenderaan perlu melalui lopak yang di sediakan agar roda kenderaan menyerap bau tanah Bostwana.


Lawatan kami ke Taman Negara Chobe terbahagi kepada dua sesi. Sebelah pagi kami ke safari darat. Kami dibawa melihat binatang liar di taman negara ini dan di sebelah petang safari bot. 




Setelah selesai melawat Taman Negara Chobe di Botswana, kami kembali ke Bandar Victoria Fall Zimbabwe. Keesokkan harinya, jadual kami menaiki Steam Train. Harga ticket Steam Train agak mahal dan kami memutuskan untuk tidak pergi. Sebagai gantinya kami merancang masuk sekali lagi ke Bandar Livingstone Zambia. 



Sebelum memasuki bandar Livingstone Zambia, kami singgah sebentar di pintu masuk Taman Negara Victoria Fall Zimbabwe. Kami menyaksikan persembahan tradisional penduduk tempatan di hadapan gerai-gerai cenderahati yang tidak sempat kami singgah kemarin. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke sempadan yang berjarak sekitar lima minit memandu. Kali kedua memasuki Zambia lancar dan kami berempat sepakat menyewa kerata sekali pemandu. Sampai di Bandar Livingstone kami terus ke bank untuk menukar wang Zambia. Kami dibawa ke Kraftangan Market di tengah Bandar Livingstone dan aktiviti membeli cenderamata pun bermula.






Selesai membeli belah kami singgah di sebuah restaurant untuk makan tengahari sebelum pulang semula ke Bandar Victoria Fall Zimbabwe. 


Petang itu setelah memasuki Zimbabwe kami meronda di Bandar Victoria Fall. Kami melawat Kraf Market, Elephant Walk Shopping Village, Big Tree dan memandu perlahan di jalanraya yang juga dikunjungi binatang waktu senja.








Hari kelima di sebelah pagi kami ke Lockout Cafe yang terkenal di bandar ini. Cafe di tebing Sungai Zambezi ini antara tempat terbaik menyaksikan pemandangan indah aliran Sungai Zambezi yang berlekuk lekuk.




Petang itu kami kembali terbang ke Bandar Johannesburg. Kami menyewa sebuah van dan bermalam di Johannesburg semalam sebelum meneruskan perjalanan percutian kami esok hari. Terima kasih Allah.

Nota: Zimbabwe menggunakan matawang Dollar USD.

Hari pertama di Victoria Fall Town Zimbabwe (hari 8 Benua Africa).
Terbang dari Johannesburg ke Victoria Fall Town. Sewa kereta, beli simcard, beli barang dapur dan bermalam di penginapan.
Hari kedua di Zimbabwe (hari 9 Benua Africa).
Victoria Fall Zimbabwe, Victoria Fall Zambia 
Zambezi River Sunset Cruise.
Hari ketiga (hari 10 Benua Africa)
Chobe National Park Botswana
Pagi game driver safari (safari darat)
Petang river cruise chobe (safari bot)
Hari keempat (hari 11 Benua Africa)
Livingstone Shopping Bazaar
Victoria fall bridge, craf market, ronda elephant walk shopping village, big tree, 
Hari kelima (hari 12 Benua Africa)
Lockout Cafe 
Fly back to Johannesburg
Ronda shopping complex

Tiada ulasan: