Isnin, 1 Jun 2026

Singgah di Negara Eswatini

 

Dalam perjalanan dari Kruger National Park Afrika Selatan ke Negara Lesotho, saya dan lima teman singgah sebentar di Negara Eswatini. Eswatini antara negara kecil di Benua Afrika. Kami singgah ke negara ini pada November 2025. Kami memasuki Eswatini dari sempadan Jeppe's Reef Afrika Selatan dan sempadan Matsamo di sebelah Negara Eswatini. Dari sempadan ini kami memandu ke bandar Mbabane sekitar sejam.




Sampai di Mbabane kami ke Craf Market dan shopping kompleks di tengah bandar. Kami membeli beberapa cenderahati tempatan sebagai kenangan dan koleksi.






Negara Eswatini bersaiz kecil tidak mempunyai pantai dan laut. Negara yang diperintah raja ini dikeliling daratan negara Afrika Selatan dan negara Mozambique.





Eswatini dahulu dikenali sebagai Swaziland dan negara ini bertukar nama pada April 2018. Dua sebab mengapa Swaziland ditukar ke nama Eswatini adalah kerana ingin mengembalikan nama asal Eswatini. Sebab kedua adalah untuk mengelak kekeliruan dengan negara Switzerland. Kami berjalan di sekitar bandar Mbabane, membeli cenderamata di Craf Market, berkunjung di shopping kompleks dan pasar buah-buahan sebelum bergerak kembali memasuki negara Afrika Selatan pada hari yang sama.
 







Kami keluar dan masuk negara Eswatini dari sempadan yang berbeza. Kami keluar Eswatini dari sempadan Ngwenya dan sempadan Oshoek Mpumalanga  Afrika Selatan. Terdapat sebuah masjid baru dibina di sempadan Oshoek dan kami singgah di masjid ini sebentar. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Standerton Afrika Selatan untuk bermalam. Terima kasih Allah.

Tiada ulasan: