Jumaat, 26 Jun 2026

Mendaki Bukit Dinding Kuala Lumpur


Dengan ketinggian 291mdpl dan jalur berturap, mendaki ke puncak Bukit Dinding tidak sesukar mana. Saya dan empat teman ke bukit ini pada penghujung bulan Jun 2026. Kami memandu ke starting point Bukit Dinding menggunakan Waze dan memakir kenderaan di bahu jalan. Kami mula mendaki melalui jalan tar hingga ke puncak Bukit Dinding.



Di simpang jalur ke puncak Bukit Dinding terdapat gerai menjual makanan, tandas dan surau. Kami memulakan pendakian sekitar jam 07:40 pagi melalui jalan tar.




Kami mendaki secara santai sambil bercerita. Setelah mendaki sekitar sejam, kami sampai di puncak Bukit Dinding pada pukul 08:45 pagi. Bukit ini jarang sunyi kerana lokasinya mudah dikunjungi dan menjadi tempat riadah popular bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur. Ramai pendaki naik dan turun pagi itu walaupun kami ke sini pada hari bekerja.




Kami berehat sekitar 20 minit di puncak Bukit Dinding sehingga pukul 09:05 pagi. Dari puncak bukit kami sepakat turun melalui jalur hutan KL See See dan singgah di pelantar untuk melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.





Kami singgah di pelantar ini untuk merakam gambar sambil berehat. Turun melalui jalur hutan ini kami kemudiannya menyusuri kebun buah-buahan dan tembus semula ke jalur jalan tar yang kami daki tadi.






Kami sampai di bawah sekitar jam 10:10 pagi. Mendaki ke Bukit Dinding percuma dan tidak memerlukan permit.




Tiada ulasan: