Jumaat, 10 Julai 2026

Trekking ke Lata Debu dan camping di Banana Campsite



Saya dan beberapa orang teman sekerja menyertai open trip ke Lata Debu di Baling Kedah yang dianjurkan oleh Kaki Redah Club pada awal july 2026. Kami semua dikehendaki berkumpul di Masjid Ridzwaniah Baling pada jam 07:30 pagi. Setelah semua berkumpul dan bersedia, kami bertolak ke starting point trek Lata Debu sekitar 15 minit memandu. Kami parkir kenderaan di kawasan dusun buah-buahan berdekatan air terjun yang comel di permulaan trek ke Lata Debu.



Setelah mendengar sedikit taklimat dan membuat sedikit senaman regangan otot, kami memulakan aktiviti meredah hutan pagi itu sekitar jam 08:55 pagi. Permulaan trek melalui kawasan kebun durian dan seterusnya menyusuri jalur tepi sungai mudik ke hulu. Kami ditemani tiga orang guide dari Kaki Redah Club yang bertanggungjawap membawa kami pergi dan pulang dengan selamat hari itu.



Trekking ke Lata Debu tidaklah semudah yang dibayangkan. Menyusuri trek tepi sungai dan sekali sekala menyeberangi sungai. Meniti batu-batu yang kadang kala licin dan di setengah kawasan berbatu tajam. Trekking ke Lata Debu memerlukan permit dari Jabatan Perhutanan Baling. Jalur bertanda namun ada banyak jalur palsu dan sebaiknya jika ingin ke sini gunalah khidmat guide tempatan yang berpengalaman dengan keadaan hutan di sini.







Menurut guide perjalanan kami pagi itu sekitar lima kilometer pergi dan pulang. Dalam perjalanan ke Lata Debu kami melalui beberapa tingkat air terjun. Perjalanan kami meredah hutan lancar walaupun agak lasak. Ada kawasan kami terpaksa meniti dinding batu dan memanjat batu menggunakan tali. 










Akhirnya pada pukul 11:00 pagi kami sampai di Lata Debu. Terdapat dua tingkat air terjun di sini.  Kami berehat di kawasan lapang antara dua tingkat air terjun. Air terjun di tingkat bawah agak lebar berbanding tingkat atas. Air terjun deras dari tingkat atas yang agak sempit ini menghentam batu sebelum mengalir ke air terjun tingkat bawah menghasilkan tempias halus seperti debu dingin. Mungkin kerana ini ia dinamakan Lata Debu.




Setelah berehat sekitar 30 minit, guide mengajak kami meneruskan pendakian ke air terjun di tingkat atas. Beberapa peserta menyahut melanjutkan perjalanan menerokai air terjun seterusnya manakala saya dan beberapa peserta lain mengambil keputusan berhenti di sini. Kami berehat dan bermandi manda sementara menunggu mereka. Kerana malam tadi hujan, air sungai hari ini agak keruh tidak seperti kebiasaan jernih. Pukul 13:00 petang kami semua bergerak pulang melalui jalur kami datang tadi.






Kami sampai semula di tempat parkir pada pukul 15:00 petang dan jadual ke Lata Debu berakhir di sini. Terima kasih guide Kaki Redah Club yang sabar membawa dan menjaga keselamatan kami. Rekomen. Saya dan seorang teman seterusnya bergerak ke Banana Campsite Baling untuk bermalam. Kami camping di sini dua malam.



Hari ini banana campsite sungguh meriah dengan pengunjung. Terdapat kawasan camping yang luas dan terjaga. Kemudahan asas juga tersedia seperti tandas, plug point, surau, pondok, kedai menjual barangan kering, makanan panas dan parking di sini percuma.


Hari kedua kami mengunjungi pasar pagi di Pekan Baling. Dalam perjalanan ke sana kami singgah sarapan di Bona Coffie. Harga dan rasa hidangan di sini sederhana. Pagi itu persediaan makanan agak lambat kerana ramai pengunjung. 



Pagi itu pasar pagi Baling seperti biasa sesak dengan pengunjung. Masa ini musim buah-buahan terutama durian. Lambakan buah-buahan bermusim dijual dengan harga mampu memborong. 





Hari ketiga kami keluar dari Banana Campsite waktu tengahari. Sebelum pulang kami mandi manda di sungai yang jernih dan mesra kanak-kanak di tapak campsite.
Terima kasih Allah.

Lata Debu contact: Kaki Redah Club 011 59689528
Banana Campsite: 011 15103839

Tiada ulasan: