Hari ke enam belas perjalanan kami di Benua Afrika kami memandu dari Standerton Afrika Selatan ke negara Lesotho. Kami memasuki Lesotho melalui sempadan Maseru Bridge.
Setelah memasuki Lesotho, kami terus ke Maseru Mall. Kami berjumpa tuan rumah yang kami sewa di sini untuk mengambil kunci. Setelah check in kami keluar sekitar bandar Maseru. Kami melawat Thaba Bosiu Culture Village.
Thaba Bosiu Culture Village merupakan tempat yang menceritakan budaya dan sejarah Lesotho. Terdapat muzium yang memberi informasi tentang pembentukkan negara Lesotho. Contoh rumah-rumah adat tradisional Basotho, cafe, chalet penginapan dan berbagai kemudahan terdapat di kompleks ini.
Hari ke tujuh belas plan kami mendaki ke Lion Hill. Kami bertolak awal pagi ke kaki bukit Lion Hill yang terletak dalam kawasan perumahan yang berpenduduk padat. Dari jalan raya kami memasuki jalan ke kaki bukit yang tidak bertar dan agak sempit di celah-celah rumah yang dibina agak rapat.
Dari kejauhan kami nampak bongkah batu besar membentuk sebuah bukit yang menyerupai seekor singa yang sedang baring. Kami merakam gambar dari arah yang mengambarkan wajah singa. Dikatakan bongkah batu tersebut terbentuk seperti seekor singa termasuk bentuk badan dan ekor.
Kami sepakat tidak mendaki Lion Hill atau dikenali juga Lion Rock Mountain ini kerana kami bimbang tidak cukup masa walaupun kelihatan tidak begitu tinggi. Tambahan pula kami tidak menjumpai pintu jalur pendakian. Kami ke pasaraya untuk sarapan. Kemudian kami pulang ke rumah sewa dan terus check out untuk pulang menuju Johannesburg. Sebelum keluar dari negara Lesotho, kami ke di Bandar Maseru untuk membeli cenderahati di Lesotho Hat.
Lesotho merupakan negara tertinggi di dunia di mana kawasan terendahnya sekitar 1400mdpl. Negara ini tidak berpantai kerana dikelilingi daratan negara Afrika Selatan. Dari bentuk muka bumi sepanjang perjalanan di sana, saya berpendapat Lesotho sebuah negara yang menarik walaupun kami tidak sempat menjelajah bumi Lesotho kali ini. Saya harap ada rezeki untuk datang lagi ke sini. Terima kasih Allah.




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan