Di Nohutu Eco Tourism terdapat beberapa buah pondok bamboo dan kadar sewa mengikut saiz. Kami menyewa pondok bamboo Tengkorak. Tilam, bantal, selimut dan kipas angin disediakan. Ruang masak di luar juga agak lengkap dengan meja dan singki. Namun gas, dapur dan arang selain barang masakan dan makanan adalah tanggung jawap pengunjung.
Terdapat banyak pengusaha chalet dan tapak khemah di sepanjang Kampung Polumpung Melangkap ini dan Nohutu Eco Tourism terletak agak ke dalam sedikit dari jalan besar. Masuk ke sini dikenakan bayaran tambahan Rm5:00 seorang, memadai untuk pengunakan tandas dan penjagaan kebersihan. Jika pengunjung berminat berkhemah di tepi sungai atau di kawasan Nohutu juga dibenarkan.
Petang itu selain masak dan makan-makan, kami juga bermandi manda di Sungai Panataran yang berbatu cantik dan berair dingin jernih berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Dari kawasan kami bermalam ini selain Gunung Kinabalu, kami juga melihat Gunung Nungkok dan Gunung Nopungguk dengan jelas walaupun jauh.
Keesokkan paginya selepas sarapan, saya dan dua teman trekking ke lagoon yang terletak di sebalik bukit belakang tempat penginapan kami. Trekking ke lagoon tersebut mengambil masa sekitar 15 minit, trek jelas terjaga dan bertanda.
Kami bertiga mandi di kawasan cetek di sungai ini sebelum pulang ke pondok bamboo. Nampaknya bermalam di Nohutu kita akan dapat merasai mandi dari dua batang sungai yang berlainan namun mempunyai keistimawaan tersendiri. Tengahari itu kami berangkat keluar dari Kampung Melangkap menuju ke Kundasang dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Pasti saya akan berkunjung lagi ke sini satu hari nanti.
Nota:
Nohutu Eco Tourism: +6011 31651130
Van sewa: Wak 019 6134256
Tiada ulasan:
Catat Ulasan