Jumaat, 28 November 2014

Gunung Fansipan Vietnam

      "Roof of Indochina" juga dikenali fan si pan dalam bahasa Vietnam bermaksud gunung. Terletak di banjaran Indochina di utara Vietnam, bersempadan China dan gunung Fansipan 3143 meter merupakan gunung tertinggi di Indochina. Saya dan 5 orang teman mendaki ke sini pada Julai 2011. Dengan ketingginya yang sederhana gunung ini boleh didaki 2 hari 1 malam atau jika ingin santai boleh dilanjutkan kepada 3 hari 2 malam. Kami mulai perjalanan ke sini dari bandar Hanoi dengan menaiki keretapi malam pada pukul 8:30 malam dan sampai ke stesen keretapi terakhir di utara Vietnam iaitu Lao Cai pada pukul 5:00 pagi.


     Setibanya di stesen keretapi Lao Cai, kami dijemput oleh wakil agensi yang menguruskan pendakian kami iaitu Sapa Pathfinder Travel. Dari Lao Cai, kami menaiki van kurang lebih 1 jam ke bandar Sapa. Sapa bandar di tanah tinggi dihuni puak-puak etnik seperti Black H'mong, Tay dan Dao merupakan starting point ke gunung Fansipan. Sapa bandar seperti Cameron Highland dan di sini banyak terdapat kedai menjual barangan outdoor.

Penjual yang sentiasa menunggu pelancong.
      Sampai di Sapa, kami berbincang mengenai pendakian ke puncak Fansipan dengan wakil Sapa Pathfinder Travel, dan kami bersetuju mendaki gunung ini untuk 3 hari 2 malam. Selesai sarapan saya dan teman-teman berangkat ke Taman Negara Hoang Lien. Kami memulakan trekking pada pukul 9:45 pagi dan di awal trekking kami menyusuri sungai cetek yang jernih dan sekali sekala trek menyeberangi sungai.



Bergambar bersama pendaki tempatan
     Kami sampai di Kem 1 kurang lebih pada pukul 12:00 tengahari. Di sini terdapat pondok buluh sekiranya pendaki tidak sempat ke Kem 2 untuk bermalam. Kami berehat dan makan tengahari di sini kurang lebih 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kem 2.

Kem 1

Remaja tempatan
          Kami meneruskan pendakian ke Kem 2 pada pukul 1:00 petang. Cuaca tidak begitu baik dan setelah berjalan hampir 1 jam, hujan mula turun menyebabkan perjalanan kami menjadi agak perlahan kerana trek yang licin.

Pokok buluh renek banyak sepanjang trek ke kem 2



 
 
        Perjalanan ke Kem 2, pemandangannya sangat menarik. Kami menyusuri trek pokok-pokok renek dan buluh. Saya sampai ke Kem 2 kurang lebih pada pukul 5:00 petang. 

Kem 2
        Kami tidur di Kem 2 dalam keadaan menggigil kerana cuaca yang amat dingin sehingga saya tidak dapat tidur lena. Keesokan paginya kami memulakan pendakian ke puncak Fansipan pada pukul 7:00 pagi. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 2 jam itu tidaklah sesukar mana.

Trek ke puncak
          Akhirnya pada pukul 9:00 pagi saya sampai ke puncak Fansipan, puncak tertinggi di Indochina. Cuaca berkabus adalah panorama lumrah di puncak ini menurut kata guide yang menunjuk arah kami.

Puncak Fansipan

Shoot satu photo kenangan

Bergambar bersama remaja tempatan
      Kami berehat di sini dan mengharapkan kabus akan menghilang. Tidak berapa lama kemudian semakin ramai pendaki yang mulai turun. Akhirnya setelah menunggu hampir setengah jam, cuaca bertukar cerah dan pemandangan indah dihadiahkan kepada kami.


                                                                                                          
       Setelah puas bergambar kami terus turun ke Kem 2. Selesai sarapan ala kadar, kami mengemas barang dan terus turun ke Kem 1. Perjalanan turun agak sukar kerana hujan lebat dan trek licin. Akhirnya saya sampai di Kem 1 pada pukul 4:00 petang. Kami berehat di pondok ini dengan selesa kerana tiada pendaki lain yang bermalam di perhentian ini. Keesokan paginya kami berangkat turun seawal jam 7:45 pagi walaupun hujan masih renyai dan ketika menyeberangi sungai semasa turun agak mengentarkan perasaan kerana air sungai agak deras.


      Kami sampai di pintu masuk Taman Negara Hoang Lien pada pukul 10:00 pagi, kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar Sapa. Petang itu kami cuci mata di bandar Sapa.

Dataran mencari jodoh di bandar Sapa

Peniaga jalanan

Bandar Sapa
                                                                                    
                                                                               
    Saya bersama 2 orang teman bermalam di Sapa, sementara 3 lagi teman terus pulang ke Hanoi malam itu. Keesokan paginya kami ke pasar Bac Ha. Pasar Bac Ha hanya beroperasi pada hari minggu sahaja.


Suasana di pasar Bac Ha




Mereka sedang bergaduh, bukan jual kain!!  
           Setelah cuci mata di pasar, kami melawat sebuah kampung. Kampung ini menjadi kampung lawatan pelancong yang ingin melihat secara dekat cara hidup masyarakat tempatan melangsungkan kehidupan seharian mereka.

                           



Satu bukit mereka tanam jagung
      Selepas melawat kampung, kami terus menaiki bas ke bandar Lao Cai. Kami pulang ke Hanoi dengan menaiki bas malam dan sampai ke bandar Hanoi pada pukul 4:00 pagi. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Pendaki boleh ke sini dengan menghubungi terus agensi Sapa Pathfinder Travel.                                Email: bookingsapapathfinder@gmail.com tentu lebih murah dari pakai orang tengah.
2- Makanan halal bawa sendiri.
3- Bawa barang keperluan pakaian mendaki yang lengkap, gunung ini sejuk.
4- Melawat Vietnam tidak memerlukan visa.


21 ulasan:

zulfakhri berkata...

cmne eh trek dia?hardcore x?

Jurimahmohdariffin berkata...

hi zulfakri..tak susah sangat pon..

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

kami bercadang pergi ke sana...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

Ada apa2 saya tanya anda karang.

Jurimahmohdariffin berkata...

bagus...memang seronok mendaki di sana

Jurimahmohdariffin berkata...

yup...no problem

ciklilyn berkata...

Berapa ea budget nak daki fansipan ni?

Jurimahmohdariffin berkata...

Kos mendaki gunung Fansipan kurang lebih rm450 pada tahun 2011 termasuk harga ticket keretapi pergi pulang dari Hanoi.(pakage Sapa Partfinder Travel). Tetapi harga mungkin telah berubah setelah 4 tahun berlalu.

Tanpa Nama berkata...

Jurimah, ada contact no. Sapa Travel tak? Dan, makanan disediakan mmg halal ye? TQ... Berhajat ke sana tgh cari agensi...

Jurimahmohdariffin berkata...

di nota tu ada adrest email sapa fathfinder travel. dan makan halal kita bawa sendiri. Mereka mungkin kurang arif tentang makanan halal jadi saya agak sangsi jika mengesorkan anda mengambil pakage sekali dengan makan.

Mummy Audya berkata...

cantiknye pemandangan

Jurimahmohdariffin berkata...

betul...pergilah mendaki kesana.

Unknown berkata...

Mcm mana dgn peralatan camping? Mereka sediakan atau kena bawa dr Malaysia? Ada porter?

Jurimahmohdariffin berkata...

Peralatan camping seperti mat boleh sewa dengan mereka atau bawa sendri,tidur pula dalam pondok kecuali penuh baru terpaksa guna khemah. Porter tiada masalah, anda boleh minta mereka sediakan dan bayaran porter pun tidak berapa mahal pada masa tu.

Unknown berkata...

Assalamualaikum wbt..kak..kasut hiking pakai yg getah punyer ke?apa je barang keperluan yg perlu dibawa..boleh senaraikan..supaya lebih bersedia..tq..

Jurimahmohdariffin berkata...

wsalam. saya pakai kasut trekking yang sesuai untuk laluan air. kasut getah kalau sesuai dengan kaki anda ok. kalau sakit, cuba cari kasut trekking yang sesuai sbb gunung ni banyak juga melintas sungai. gunung ini agak sejuk, bawak baju sejuk, raincoat. peralatan lain seperti biasa anda mendaki.

Unknown berkata...

Okay..tqvm ditas info..saya sgt menghargainya..

Unknown berkata...


salam
nak tanya, harga pakej yg ditwarkan oleh Sapapathfinder apa ye?

adakah dari lao chai atau dari hanoi




Jurimahmohdariffin berkata...

Pakage tu termasuk ticket train return hanoi-lao cai-hanoi, guide, transport dri laocai ke starting point mndaki, bermlm 2 mlm masa mndaki. Tapi harga mungkin dh berubah sbb dh lbih 10 tahun tuan.

Tanpa Nama berkata...

perkongsian yg baik tuan.

Jurimahmohdariffin berkata...

Terima kasih..semoga bermafaat..