Taman Negara Komodo terletak di Pulau Flores Indonesia. Ia melingkungi tiga pulau iaitu Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Pulau Padar. Selain komodo, Taman Negara Komodo juga terkenal di kalangan peminat scuba diving kerana terumbu karangnya yang cantik. Saya bersama seorang teman telah ke Taman Negara Komodo pada tahun 2009. Kami memulakan perjalanan dari Bali menaiki pesawat Nusa Dua ke Pulau Flores.
Sampai di bandara Labuan Bajo Pulau Flores, kami dijemput oleh penduduk tempatan yang bernama Simon dan seorang guide bernama Francisco. Kami memulakan perbincangan ke Taman Negara Komodo dan mereka mencadangkan kami ke Pulau Rinca. Pulau Komodo agak luas dan peluang melihat komodo di sana agak tipis berbanding di Pulau Rinca. Kami memulakan perjalanan menaiki sebuah bot penginapan yang disewa dengan harga Rm700 untuk 2 hari semalam.
|
Pelabuhan Labuan Bajo
|
Sewa dua hari semalam bot ini meliputi makan tengahari, minum petang, makan malam dan sarapan pagi, tidur di dalam bot dan activity malamnya adalah memancing. Bot ini boleh memuatkan 10 orang penumpang. Setelah belayar kurang lebih tiga jam, kami sampai ke Taman Negara Komodo Pulau Rinca.
|
Jetty Pulau Rinca
|
Dari jetty Pulau Rinca kami berjalan kurang lebih 20 minit untuk ke pejabat pendaftaran. Berjalan kaki dari jetty ke pos pengawal amat mengerunkan kerana komodo bebas bergerak di pulau ini dan kami harus berwaspada.
|
Komodo berkeliaran di pos pengawal.
|
Komodo adalah spesis biawak dan dikenali sebagai biawak raksasa oleh penduduk tempatan. Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam. Kami singgah di pulau ini hampir lima jam untuk melihat komodo dan trekking di pulau ini selama tiga jam.
Sepanjang masa trekking di pulau ini, pengawal Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut pengawal tersebut biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut. Selesai trekking kami kembali ke bot untuk bermalam dan keesokan paginya kami terus belayar pulang ke Pulau Flores.
|
Pasar di Laboan Bajo, Pulau Flores. |
Setelah melawat pekan Labuan Bajo, kami meneruskan lawatan ke Gua Batu Cermin. Rencana awal kami untuk ke Gunung Kalimuthu dan ke Maumere dibatalkan kerana kos yang mahal dan kami terus pulang ke Bali.
Saya bercadang ke sini lagi untuk meneruskan pengembaraan saya hingga ke Maumere di hujung Pulau Flores satu hari nanti. Hasrat tertangguh sehingga ada rezeki. Terima kasih Allah.
Nota:
Pulau Flores juga terkenal dengan Three Colour Crater Lake, perkampungan puak Ende dan Gunung Kalimuthu.
2 ulasan:
Catatan agak ringkas . Saya sendiri sudah ke Flores pada tahun 1992. Saya pergi menyelam di sekitar Maumere dan lansong ke gunong Kelimutu. Saya tidak pergi ke Komodo kerana agak jauh dari Maumere.
Catatan agak ringkas . Saya sendiri sudah ke Flores pada tahun 1992. Saya pergi menyelam di sekitar Maumere dan lansong ke gunong Kelimutu. Saya tidak pergi ke Komodo kerana agak jauh dari Maumere.
Catat Ulasan