Kemudian kami ke Tokyo Camii and Turkish Cultural Center. Masjid terbesar di Japan ini terletak tidak jauh dari Stesen Yoyogi Uehara. Masjid yang dibina gaya Turkey ini menyerupai binaan Masjid Biru yang terkenal di Istanbul. Camii dalam bahasa Turkey bermaksud Jamik dalam bahasa Arab. Binaan dan hiasan di masjid ini juga dibawa dari Turkey. Selain tempat beribadah bagi yang beragama Islam, di sini juga kita boleh membeli barangan dan cenderamata buatan dari negara Turkey.
Setelah itu kami ke Meiji Jingu Shrine, yang merupakan kuil shinto yang didikasikan kepada Kaisar Meiji dan permaisurinya.
Kemudian kami ke Stesen Shibuya. Semasa kecil saya suka membaca cerita tentang seekor anjing yang setia bernama Hachiko. Berulang kali membacanya pun tidak pernah menjemukan saya. Hachiko adalah seekor anjing yang dipelihara oleh seorang professor bernama Hidesaburo Ueno yang mengajar di Tokyo University. Hachiko lahir pada 10 November 1923. Setiap hari Hachiko akan menghantar tuannya di Stesen Keretapi Shibuya dan waktu petang pula dia akan menunggu tuannya pulang dari kerja. Begitulah rutin Hachiko sehingga pada satu hari di bulan May 1925, tuannya tidak lagi pulang kerana telah meninggal dunia. Hachiko terus menunggu tuannya setiap petang sehingga dijumpai mati pada 8 March 1935 di Stesen Shibuya setelah 10 tahun setia menunggu. Terdapat patung Hachiko di stesen shibuya sebagai mengenang kesetiaan haiwan istemewa ini terhadap tuannya.
Patung Hachiko |
Kami juga menyaksikan "Shibuya Crossing" yang dikatakan persimpangan berjalan kaki tersibuk dunia di Stesen Shibuya ini.
Kemudian kami ke Asakusa, tempat terbaik untuk membeli cenderamata dan buah tangan kerana kita boleh tawar-menawar di sini. Terdapat beratus-ratus kedai yang menjual berbagai barangan di sini menyebabkan Asakusa merupakan tempat mesti lawat jika kita berkunjung ke Tokyo.
Akhir sekali sebelum pulang, kami ke Tokyo Skytree. Menara tertinggi di Japan ini merupakan menara komunikasi tertinggi di dunia. Dibuka sepanjang tahun dan beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga jam 10:00 malam. Tiket menyaksikan pemandangan dari tingkat tertinggi bandaraya Japan ini berharga 3000 yen bagi pelancong asing. Tokyo Skytree juga adalah menara kedua tertinggi di dunia sesudah menara Burj Khalifa di Dubai. Ia siap dibina di ketinggian 634 meter pada 29 February 2012 dan dibuka kepada umum pada May 2012.
Seharian di Tokyo tidak mencukupi untuk melawat bandaraya mewah dan bersih ini walaupun kami menggunakan perkhimatan pengangkutan yang pantas, selesa dan tepat. Pasti kami ke sini lagi jika dianugerahkan rezeki di masa akan datang. Terima kasih Allah.
Nota:
1- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong di Japan.
2- Jalinan pengangkutan terutama keretapi di bandar Tokyo amat mudah, selesa dan efisien.
3- Melancong di bandar Tokyo amat sesuai bagi yang backpack.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan