Inilah antara taman negara yang paling kerap saya kunjungi untuk sessi memanaskan badan kerana kedudukannya terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Taman Negara Pulau Pinang ini dibuka pada tahun 2003.
Ada dua trek utama di taman negara ini iaitu trek ke Pantai Kerachut dan trek ke Teluk Duyung. Jika kita trekking ke Pantai Kerachut, kita berpeluang melihat dua lapisan air di Tasik Meromiktik sekiranya bernasib baik. Manakala jika kita trekking ke Teluk Duyung yang juga dikenali sebagai Monkey Beach, kita menyusuri trek hutan tepi laut dan boleh meneruskan trekking ke Rumah Api Muka Head. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam dan camping, Pantai Kerachut adalah pilihan yang baik kerana kita dapat menyaksikan matahari terbenam di Pantai Kerachut dan terdapat tapak khemah yang luas di sini. Suasana di Pantai Kerachut juga lebih santai, bersih, aman dan banyak kemudahan untuk berkhemah berbanding di Teluk Duyung. Trekking ke Pantai Kerachut dan ke Teluk Duyung mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Trek dari pintu masuk di pejabat taman negara menuju dua destinasi di atas melalui dua trek ini amat jelas.
Pelawat diwajibkan melaporkan diri di kaunter Pejabat Taman Negara Pulau Pinang di pintu masuk sebelum memulakan trekking untuk keselamatan pengunjung. Dari pintu masuk kita akan trekking di laluan yang dibina dan dijaga rapi. Setelah trekking sekitar 10 minit kita akan sampai di persimpangan antara trek ke Pantai Kerachut di sebelah kiri atau trek ke Teluk Duyung di sebelah kanan. Meneruskan perjalanan menghala ke Pantai Kerachut di sebelah kiri, kita akan mendaki sedikit bukit-bukit kecil di dalam hutan dan menyeberangi beberapa anak sungai dengan meniti titi yang disediakan. Beberapa pondok juga disediakan untuk berehat di sepanjang trek.
Di pertengahan trek ke Pantai Kerachut terdapat simpang ke Batu Hitam. Jarak perjalanan dari pintu masuk ke Batu Hitam mengambil masa sekitar lima hingga enam jam trekking. Jika kita bercadang ke Batu Hitam, perjalanan haruslah dimulai seawal pagi dan khidmat guide amat dicadangkan. Khidmat guide boleh diambil di Pejabat Informasi di pintu masuk taman negara.
Meneruskan trekking ke Pantai Kerachut, kita akan menuruni bukit dan akan jumpa Tasik Meromiktik terlebih dahulu. Tasik Meromiktik adalah tasik yang mempunyai 2 lapisan air di dalamnya iaitu air laut dan air tawar, namun fenomana ini amat jarang berlaku. Peristiwa ini akan berlaku di antara bulan April hingga May dan October hingga November iaitu peralihan musim monsun. Difahamkan cuma ada kira-kira 19 tasik Meromiktik sahaja di dunia.
![]() |
Tasik Meromiktik |
Lima minit meneruskan trekking menyusuri pantai dari tasik Meromiktik kita akan sampai ke Pantai Keracut. Di sini terdapat Pejabat Pos Kawalan Pantai, dewan dan kemudahan asas seperti surau, tandas dan tapak khemah yang luas dan bersih. Pantainya juga dijaga bersih, terdapat bangku dan meja didirikan di tepi pantai untuk pengunjung berehat.
![]() |
Kawasan tapak perkhemahan |
![]() |
Surau |
![]() |
Anak penyu yang baru menetas sebelum dipulangkan ke laut |
![]() |
Trekker Jepun yang patut dicontohi |
Di kawasan perkhemahan Sungai Tukun juga terdapat kolam untuk mandi dari aliran air sungai, surau, wakaf, bilik air dan tandas. Lantai tapak khemah pula dibina agak tinggi dari tanah berasaskan alas papan untuk mengurangkan lantai khemah dari basah jika hujan. Terdapat juga canopi di sini namun operasi canopi ini telah ditamatkan beberapa tahun dahulu.
![]() |
Kolam mandi |
![]() |
Surau dan wakaf |
![]() |
Tapak khemah |
![]() |
Canopi yang tidak lagi beroperasi |
![]() |
Pusat penyelidikan USM |
![]() |
Monkey Beach atau Teluk Duyung |
Meneruskan trekking dari Teluk Duyung, kita akan ke Rumah Api Muka Head atau dikenali juga sebagai Muka Head Light House. Trekking ke Rumah Api Muka Head mengambil masa sekitar 50 minit secara santai dan trek agak menegak antara 30 hingga 45 darjah melalui trek hutan. Trek jelas dan dijaga rapi dengan binaan tangga batu bersimen manakala beberapa pondok rehat juga dibina sepanjang trek ke Rumah Api ini.
Jarak Teluk Duyung ke Rumah Api Muka Head ini adalah 1233 meter dan waktu lawatan adalah dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang, namun jika kita tiba di rumah api ini sedikit lewat, pengawal masih boleh bertolak ansur dan membenarkan kita melawat. Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan pelawat dibenarkan naik hingga ke tingkat atas untuk melihat pemandangan dari sini dan tiada bayaran dikenakan. Tangga berpusing (spiral) dari batu dibina dibahagian bawah dan di bahagian atas pula tangga kayu mengambil alih.
![]() |
Pemandangan laut dari tingkat tertinggi Rumah Api Muka Head |
![]() |
Batu Arnab |
![]() |
Batu Penyu |
![]() |
Batu Kepala Buaya |
Nota:
1- Tiada bayaran dikenakan untuk trekking dan berkhemah di taman negara ini.
2- Penunjuk arah (guide) tidak diperlukan kerana trek jelas (cuma trek ke Batu Hitam dicadangkan mengambil guide)
3- Tambang bot untuk ke Pantai Teluk Duyung adalah Rm40 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
4- Tambang bot ke Pantai Keracut Rm80 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
5- Taman negara ini juga boleh dikunjungi malalui pintu masuk kedua iaitu di Kuala Sungai Pinang.
6- Jika memandu kereta ke sini terdapat pakir berbayar di sebelah kaunter sewa bot.
7- Sekiranya menaik bas, boleh ambil bas dari Gorgetown. Bas Rapip no 101 hingga ke pintu masuk taman negara.