Selasa, 10 Januari 2017

Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang

 
  Inilah antara taman negara yang paling kerap saya kunjungi untuk sessi memanaskan badan kerana kedudukannya terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Taman Negara Pulau Pinang ini dibuka pada tahun 2003.



      Ada dua trek utama di taman negara ini iaitu trek ke Pantai Kerachut dan trek ke Teluk Duyung. Jika kita trekking ke Pantai Kerachut, kita berpeluang melihat dua lapisan air di Tasik Meromiktik sekiranya bernasib baik. Manakala jika kita trekking ke Teluk Duyung yang juga dikenali sebagai Monkey Beach, kita menyusuri trek hutan tepi laut dan boleh meneruskan trekking ke Rumah Api Muka Head. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam dan camping, Pantai Kerachut adalah pilihan yang baik kerana kita dapat menyaksikan matahari terbenam di Pantai Kerachut dan terdapat tapak khemah yang luas di sini. Suasana di Pantai Kerachut juga lebih santai, bersih, aman dan banyak kemudahan untuk berkhemah berbanding di Teluk Duyung. Trekking ke Pantai Kerachut dan ke Teluk Duyung mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Trek dari pintu masuk di pejabat taman negara menuju dua destinasi di atas melalui dua trek ini amat jelas.


      Pelawat diwajibkan melaporkan diri di kaunter Pejabat Taman Negara Pulau Pinang di pintu masuk sebelum memulakan trekking untuk keselamatan pengunjung. Dari pintu masuk kita akan trekking di laluan yang dibina dan dijaga rapi. Setelah trekking sekitar 10 minit kita akan sampai di persimpangan antara trek ke Pantai Kerachut di sebelah kiri atau trek ke Teluk Duyung di sebelah kanan. Meneruskan perjalanan menghala ke Pantai Kerachut di sebelah kiri, kita akan mendaki sedikit bukit-bukit kecil di dalam hutan dan menyeberangi beberapa anak sungai dengan meniti titi yang disediakan. Beberapa pondok juga disediakan untuk berehat di sepanjang trek.





         Di pertengahan trek ke Pantai Kerachut terdapat simpang ke Batu Hitam. Jarak perjalanan dari pintu masuk ke Batu Hitam mengambil masa sekitar lima hingga enam jam trekking. Jika kita bercadang ke Batu Hitam, perjalanan haruslah dimulai seawal pagi dan khidmat guide amat dicadangkan. Khidmat guide boleh diambil di Pejabat Informasi di pintu masuk taman negara.


      Meneruskan trekking ke Pantai Kerachut, kita akan menuruni bukit dan akan jumpa Tasik Meromiktik terlebih dahulu. Tasik Meromiktik adalah tasik yang mempunyai 2 lapisan air di dalamnya iaitu air laut dan air tawar, namun fenomana ini amat jarang berlaku. Peristiwa ini akan berlaku di antara bulan April hingga May dan October hingga November iaitu peralihan musim monsun. Difahamkan cuma ada kira-kira 19 tasik Meromiktik sahaja di dunia.

Tasik Meromiktik




       Lima minit meneruskan trekking menyusuri pantai dari tasik Meromiktik kita akan sampai ke Pantai Keracut. Di sini terdapat Pejabat Pos Kawalan Pantai, dewan dan kemudahan asas seperti surau, tandas dan tapak khemah yang luas dan bersih. Pantainya juga dijaga bersih, terdapat bangku dan meja didirikan di tepi pantai untuk pengunjung berehat.






Kawasan tapak perkhemahan

Surau
     Sekitar 200 ratus meter meneruskan perjalanan menyusuri pantai dari pantai kerachut kita akan sampai ke Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Di sini jika kita bernasib baik, kita berpeluang melihat penyu bertelur pada waktu malam.


Anak penyu  yang baru menetas sebelum dipulangkan ke laut
        Meneruskan trekking dari Pantai Kerachut akan membawa kita ke Teluk Kampi. Trekking mengambil masa sekitar 45 minit dan di Teluk Kampi juga terdapat kawasan tapak khemah. Jika kita sering trekking di sini, kadang kala kita akan bertembung dangan pasangan dari Jepun yang menetap di Penang. Mereka sering trekking ke taman negara ini dan membawa pulang sampah yang ditinggalkan oleh pelawat yang tidak bertanggungjawap. Marilah kita menjaga kebersihan Taman Negara Pulau Pinang, jangan sampai ia menjadi tanggungjawap pelawat lain.

Trekker Jepun yang patut dicontohi
      Satu lagi trek di Taman Negara Pulau Pinang ini adalah trek ke Teluk Duyung. Trek ini juga mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit menyusuri jalan hutan tepi laut. Setelah  trekking sekitar sepuluh minit dari pintu masuk taman negara, kita akan sampai di persimpangan antara trek ke Pantai Kerachut dan Teluk Duyung. Memilih trek ke kanan menyusuri pantai 10 minit kemudiannya, kita akan sampai ke Sungai Tukun. Di sini juga terdapat kawasan perkhemahan yang dijaga rapi. Melalui trek ini kita akan ditemani banyak monyet, jadi berhati-hati dan jangan menunjukkan makanan yang kita bawa jika enggan diikuti monyet.



      Di kawasan perkhemahan Sungai Tukun juga terdapat kolam untuk mandi dari aliran air sungai, surau, wakaf, bilik air dan tandas. Lantai tapak khemah pula dibina agak tinggi dari tanah berasaskan alas papan untuk mengurangkan lantai khemah dari basah jika hujan. Terdapat juga canopi di sini namun operasi canopi ini telah ditamatkan beberapa tahun dahulu.

Kolam mandi


Surau dan wakaf 

Tapak khemah
Canopi yang tidak lagi beroperasi
     Dari Sungai Tukun ini juga kita boleh menembusi trek ke Pantai Keracut sekitar 30 minit melalui trek hutan. Meneruskan perjalanan menyusuri trek tepi laut sekitar 30 minit, kita akan sampai ke pusat menyelidikan USM. Di sini terdapat pusat penyelidikan USM, pantai yang bersih dan sebuah jetty.


Pusat penyelidikan USM
        Meneruskan perjalanan menyusur pantai dan hutan tepi laut, kita akan sampai ke Pantai Teluk Aling dan seterusnya ke Monkey Beach atau lebih dikenali sebagai Teluk Duyung. Di sini terdapat banyak gerai menjual makanan, minuman dan cenderamata. Khemah pula boleh didirikan di tempat yang sesuai sepanjang pantai.


Monkey Beach atau Teluk Duyung



      Berbagai activity juga boleh dilakukan di sini seperti kayak, banana boat, jet ski, ATV dan menunggang kuda. Dari Teluk Duyung juga kita boleh menyewa bot jika tidak mampu berjalan pulang.





        Meneruskan trekking dari Teluk Duyung, kita akan ke Rumah Api Muka Head atau dikenali juga sebagai Muka Head Light House. Trekking ke Rumah Api Muka Head mengambil masa sekitar 50 minit secara santai dan trek agak menegak antara 30 hingga 45 darjah melalui trek hutan. Trek jelas dan dijaga rapi dengan binaan tangga batu bersimen manakala beberapa pondok rehat juga dibina sepanjang trek ke Rumah Api ini.





      Jarak Teluk Duyung ke Rumah Api Muka Head ini adalah 1233 meter dan waktu lawatan adalah dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang, namun jika kita tiba di rumah api ini sedikit lewat, pengawal masih boleh bertolak ansur dan membenarkan kita melawat. Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan pelawat dibenarkan naik hingga ke tingkat atas untuk melihat pemandangan dari sini dan tiada bayaran dikenakan. Tangga berpusing (spiral) dari batu dibina dibahagian bawah dan di bahagian atas pula tangga kayu mengambil alih.




Pemandangan laut dari tingkat tertinggi Rumah Api Muka Head
       Walaupun trekking ke Pantai Kerachut dan ke Teluk Duyung agak sukar bagi pelawat yang tidak berupaya atau yang kurang stamina, namun pelawat masih berpeluang ke sini dengan pilihan kedua iaitu menaiki bot sewa pergi dan pulang. Bot boleh disewa di kaunter pengusaha bot yang terdapat di pintu masuk taman negara dengan bayaran sekitar Rm40 sehala ke muka head dan Rm80 sehala ke pantai keracut. Sebuah bot boleh memuatkan seramai 10 orang penumpang. Dalam perjalanan ke Pantai Kerachut yang mengambil masa sekitar 30 minit, kita berpeluang menyaksikan batu yang menyerupai objek binatang seperti batu arnab, batu penyu dan batu kepala buaya.

Batu Arnab
Batu Penyu

Batu Kepala Buaya

       Apa yang menariknya Taman Negara Teluk Bahang adalah kedudukannya hanya sekitar sejam lebih dari lapangan terbang antarabangsa dan tiada bayaran permit dan tapak khemah dikenakan.

Nota:
1- Tiada bayaran dikenakan untuk trekking dan berkhemah di taman negara ini.
2- Penunjuk arah (guide) tidak diperlukan kerana trek jelas (cuma trek ke Batu Hitam dicadangkan mengambil guide)
3- Tambang bot untuk ke Pantai Teluk Duyung adalah Rm40 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
4- Tambang bot ke Pantai Keracut Rm80 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
5- Taman negara ini juga boleh dikunjungi malalui pintu masuk kedua iaitu di Kuala Sungai Pinang.
6- Jika memandu kereta ke sini terdapat pakir berbayar di sebelah kaunter sewa bot.
7- Sekiranya menaik bas, boleh ambil bas dari Gorgetown. Bas Rapip no 101 hingga ke pintu masuk taman negara.


48 ulasan:

Unknown berkata...

Tumpang tanya, ada surau tak di Monkey Beach?

Jurimahmohdariffin berkata...


Tiada, tapi ada wakaf/pondok di belakang gerai yang jual air tu. boleh sembahyang di wakaf tu dan bilik air pon dekat je. saya solat di situ, penjaja gerai air tu suruh.

Unknown berkata...

kena bayar tak untuk ke sini?

Jurimahmohdariffin berkata...


tiada bayaran dikenakan untuk ke taman negara ini buat masa sekarang.

Unknown berkata...

kalau nak buat activiti bbq ada contact x?

Jurimahmohdariffin berkata...


tiada contact. kami pun selalu buat bbq disana, bakar sendiri aja. kalau barang kita x larat nak pikul, sewa aja bot.

Unknown berkata...

Salam cik..
Ada bekalan air bersih di pantai kerachut?

Jurimahmohdariffin berkata...

wsalam..
air bersih untuk mandi (tandas) dan air untuk wuduk (surau) ada, tapi saya tidak pasti ia selamat untuk diminum. sebaiknya bawa air mineral untuk minum.

CIK BAWANG berkata...

Kalau sewa bot dari pantai kerachut balik ke teluk bahang tu brp eh

Jurimahmohdariffin berkata...


hi cik bawang, sewa bot dari pantai keracut ke jetty telok bahang rm80 sehala.

ZAITI BINTI ABDUL HAMID berkata...

Kalau bawak budak 4 tahun sesuai tak nak jalan trak tu?

Jurimahmohdariffin berkata...

Boleh..saya juga pernah bawa budak 4 tahun trekking ke sini.

Unknown berkata...

Nk sewa bot tu kena tempah dulu kaa sblm dtg...kalau kena sewa dulu ada no x?atau p jaa teruih kt sana

Jurimahmohdariffin berkata...

Tak perlu tempah..dekat pintu masuk ada banyak counter bot. Anda boleh sewa pada hari anda tiba.

Unknown berkata...

Masa raya ni ada buka X....tempat ni.dan ada sewa bot X??

Jurimahmohdariffin berkata...


selalunya buka, tapi untuk kepastian encik boleh hubungi taman negara o4-8813530 untuk pertanyaan.

Nani berkata...

Sebelum pegi kena register dulu ke? Register masa kat sana atau kena beberapa hari sebelum pegi?

Jurimahmohdariffin berkata...

hi nani..
register masa sampai taman negara masa nak trekking atau naik bot, tak perlu register online dan taman negara ni percuma.

aydayanie berkata...

apa yang ada di teluk kampi? sebab sy penah hiking sampai pantai kerachut..next time berhasrat sampai ke teluk kampi...bole cerita sikit apa yg ada di teluk kampi tak? terima kasih..

Jurimahmohdariffin berkata...


saya pun setakat pantai keracut dan sekitarnyer aja..tapi kata kawan yang pernah ke sana, klu camping kat sana kena bawa jala udang sbb kat sana banyak udang yang besar2.. saya pon tengah plan nak bermalam kat sana ni.

Diba Azman berkata...

Boleh ke trekking 4 orang je perempuan. Bahaya tak?

Jurimahmohdariffin berkata...

Tiada masalah..saya kekadang trekking berdua pompuan jer..

Unknown berkata...

salam.. dlm pos sis yg lain ada piknik & camping di pantai kerachut. ada gambar di air terjun.. boleh saya tau kawasan mana air terjun tu

Jurimahmohdariffin berkata...

wsalam...
kawan bawak ikot trek belakang tapak camping/ trek ke telok kampi, kemudian sekitar 200 meter kami masuk simpang ke air terjun ni, simpang xder penanda, trek pon xclear dan semak sikit.

Unknown berkata...

Assalam. Sy bercadang nk solo hike ke muka head. Trek jelas dn selamat x?

Jurimahmohdariffin berkata...


wsalam.., tiada masalah, trek jelas dan pada saya selamat.

Unknown berkata...

Antara pntai kerachut Dan tluk dyung mna lgi best untuk brsantai

Jurimahmohdariffin berkata...


saya pilih pantai kerachut.

Tanpa Nama berkata...

tumpang tanya, kt sini bole start hiking dari jam berapa

Jurimahmohdariffin berkata...


pejabat buka jam 08:00 pagi, setelah register untuk trekking, saudara boleh mula trekking.

Nizam berkata...

Klu nak bermalam di sana dan buat bbq boleh kan? So klu nak ke sana just walk in?.. Xyah nak call dulu ke apa ke?

Jurimahmohdariffin berkata...


boleh buat BBQ , tapi arang x boleh bakar atas tanah, arang bakar kena lapik dengan
zink dan nak masuk taman neg boleh walk in saja, tak perlu call or booking .

Unknown berkata...

Boleh kan kalau nak trekking sampai ke pantai kerachut lepas perlu patah balik semula kan
Maknanya tak camping la 😅

Jurimahmohdariffin berkata...


boleh, itu yang selalu saya buat.

Bazilah berkata...

Assalam, hai. Boleh saya tanya, khemah perlu sewa ke? If yes.. berapa bayaran nya?

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam...
Khemah bawa sendri.

Sha berkata...

Maaf bertanya, nak naik bot tu dari mana nak kemana ? Boleh tak kalau hiking untuk smpai ke pantai keranchut tu??

Jurimahmohdariffin berkata...

Bot tersedia di pintu masuk taman negara, terpulang anda nk naik ke pantai kerachut atau ke monkey beach atau sebaliknya. Selalunya saya hiking aja ke pantai kerachut dan ke monkey beach/ rumah api.

Unknown berkata...

Tumpang tanya. Berapa ya harga tambang bot ke monkey beach? Dia charge harga tambang untuk satu hala atau dua hala?

Jurimahmohdariffin berkata...


tambang sebuah bot sekitar rm40 atau rm50 sehala namun harga tidak tetap dan boleh berubah mengikut keadaan dan bilangan penumpang. encik boleh berbincang dengan pengusaha bot.

Unknown berkata...

pintu masuk buka pkol brpa ye

Jurimahmohdariffin berkata...

X pasti encik.. Encik boleh tanya tmn neg no 04 8813530

Mie berkata...

Salam cik maaf cuma nak bertya...betol ke kalau nak bermlm di pantai kerachut kena wajib ambik guide rm 150 semalam... ini ap yg sy tgok d kebanykan fb yg org post...sblom ni hmm register then boleh trus camping....maaf cuma nak bertya

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam..
Ya, betul. Kalau bermalam kena ambil guide. Kalau day trekking tak perlu.

Syaza berkata...

Tq share info.menarik

Tanpa Nama berkata...

nak tnya..ada akses internet tak nak ke pulau duyung(hiking)sbb sy nak buat live sepanjang hiking

Jurimahmohdariffin berkata...

Ada tapi signal low, saya guna maxis, yg lain saya x pasti

ZachSaMe berkata...

whenever you're paying a visit to this beautiful monkey beach in penang, don't forget to take a short hike to the muka head lighthouse as well! it's a sweet way to connect with nature! Oh, they also have one of the most beautiful starbucks in whole of malaysia - don't forget to visit the starbucks in batu ferringhi!