Inilah antara taman negara yang paling kerap saya kunjungi untuk sessi memanaskan badan kerana kedudukannya terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Taman Negara Pulau Pinang ini dibuka pada tahun 2003.
Ada dua trek utama di taman negara ini iaitu trek ke Pantai Kerachut dan trek ke Teluk Duyung. Jika kita trekking ke Pantai Kerachut, kita berpeluang melihat dua lapisan air di Tasik Meromiktik sekiranya bernasib baik. Manakala jika kita trekking ke Teluk Duyung yang juga dikenali sebagai Monkey Beach, kita menyusuri trek hutan tepi laut dan boleh meneruskan trekking ke Rumah Api Muka Head. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam dan camping, Pantai Kerachut adalah pilihan yang baik kerana kita dapat menyaksikan matahari terbenam di Pantai Kerachut dan terdapat tapak khemah yang luas di sini. Suasana di Pantai Kerachut juga lebih santai, bersih, aman dan banyak kemudahan untuk berkhemah berbanding di Teluk Duyung. Trekking ke Pantai Kerachut dan ke Teluk Duyung mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Trek dari pintu masuk di pejabat taman negara menuju dua destinasi di atas melalui dua trek ini amat jelas.
Pelawat diwajibkan melaporkan diri di kaunter Pejabat Taman Negara Pulau Pinang di pintu masuk sebelum memulakan trekking untuk keselamatan pengunjung. Dari pintu masuk kita akan trekking di laluan yang dibina dan dijaga rapi. Setelah trekking sekitar 10 minit kita akan sampai di persimpangan antara trek ke Pantai Kerachut di sebelah kiri atau trek ke Teluk Duyung di sebelah kanan. Meneruskan perjalanan menghala ke Pantai Kerachut di sebelah kiri, kita akan mendaki sedikit bukit-bukit kecil di dalam hutan dan menyeberangi beberapa anak sungai dengan meniti titi yang disediakan. Beberapa pondok juga disediakan untuk berehat di sepanjang trek.
Di pertengahan trek ke Pantai Kerachut terdapat simpang ke Batu Hitam. Jarak perjalanan dari pintu masuk ke Batu Hitam mengambil masa sekitar lima hingga enam jam trekking. Jika kita bercadang ke Batu Hitam, perjalanan haruslah dimulai seawal pagi dan khidmat guide amat dicadangkan. Khidmat guide boleh diambil di Pejabat Informasi di pintu masuk taman negara.
Meneruskan trekking ke Pantai Kerachut, kita akan menuruni bukit dan akan jumpa Tasik Meromiktik terlebih dahulu. Tasik Meromiktik adalah tasik yang mempunyai 2 lapisan air di dalamnya iaitu air laut dan air tawar, namun fenomana ini amat jarang berlaku. Peristiwa ini akan berlaku di antara bulan April hingga May dan October hingga November iaitu peralihan musim monsun. Difahamkan cuma ada kira-kira 19 tasik Meromiktik sahaja di dunia.
Tasik Meromiktik |
Lima minit meneruskan trekking menyusuri pantai dari tasik Meromiktik kita akan sampai ke Pantai Keracut. Di sini terdapat Pejabat Pos Kawalan Pantai, dewan dan kemudahan asas seperti surau, tandas dan tapak khemah yang luas dan bersih. Pantainya juga dijaga bersih, terdapat bangku dan meja didirikan di tepi pantai untuk pengunjung berehat.
Kawasan tapak perkhemahan |
Surau |
Anak penyu yang baru menetas sebelum dipulangkan ke laut |
Trekker Jepun yang patut dicontohi |
Di kawasan perkhemahan Sungai Tukun juga terdapat kolam untuk mandi dari aliran air sungai, surau, wakaf, bilik air dan tandas. Lantai tapak khemah pula dibina agak tinggi dari tanah berasaskan alas papan untuk mengurangkan lantai khemah dari basah jika hujan. Terdapat juga canopi di sini namun operasi canopi ini telah ditamatkan beberapa tahun dahulu.
Kolam mandi |
Surau dan wakaf |
Tapak khemah |
Canopi yang tidak lagi beroperasi |
Pusat penyelidikan USM |
Monkey Beach atau Teluk Duyung |
Meneruskan trekking dari Teluk Duyung, kita akan ke Rumah Api Muka Head atau dikenali juga sebagai Muka Head Light House. Trekking ke Rumah Api Muka Head mengambil masa sekitar 50 minit secara santai dan trek agak menegak antara 30 hingga 45 darjah melalui trek hutan. Trek jelas dan dijaga rapi dengan binaan tangga batu bersimen manakala beberapa pondok rehat juga dibina sepanjang trek ke Rumah Api ini.
Jarak Teluk Duyung ke Rumah Api Muka Head ini adalah 1233 meter dan waktu lawatan adalah dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang, namun jika kita tiba di rumah api ini sedikit lewat, pengawal masih boleh bertolak ansur dan membenarkan kita melawat. Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan pelawat dibenarkan naik hingga ke tingkat atas untuk melihat pemandangan dari sini dan tiada bayaran dikenakan. Tangga berpusing (spiral) dari batu dibina dibahagian bawah dan di bahagian atas pula tangga kayu mengambil alih.
Pemandangan laut dari tingkat tertinggi Rumah Api Muka Head |
Batu Arnab |
Batu Penyu |
Batu Kepala Buaya |
Nota:
1- Tiada bayaran dikenakan untuk trekking dan berkhemah di taman negara ini.
2- Penunjuk arah (guide) tidak diperlukan kerana trek jelas (cuma trek ke Batu Hitam dicadangkan mengambil guide)
3- Tambang bot untuk ke Pantai Teluk Duyung adalah Rm40 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
4- Tambang bot ke Pantai Keracut Rm80 sehala untuk sebuah bot / 10 orang (Malaysian)
5- Taman negara ini juga boleh dikunjungi malalui pintu masuk kedua iaitu di Kuala Sungai Pinang.
6- Jika memandu kereta ke sini terdapat pakir berbayar di sebelah kaunter sewa bot.
7- Sekiranya menaik bas, boleh ambil bas dari Gorgetown. Bas Rapip no 101 hingga ke pintu masuk taman negara.
50 ulasan:
Tumpang tanya, ada surau tak di Monkey Beach?
Tiada, tapi ada wakaf/pondok di belakang gerai yang jual air tu. boleh sembahyang di wakaf tu dan bilik air pon dekat je. saya solat di situ, penjaja gerai air tu suruh.
kena bayar tak untuk ke sini?
tiada bayaran dikenakan untuk ke taman negara ini buat masa sekarang.
kalau nak buat activiti bbq ada contact x?
tiada contact. kami pun selalu buat bbq disana, bakar sendiri aja. kalau barang kita x larat nak pikul, sewa aja bot.
Salam cik..
Ada bekalan air bersih di pantai kerachut?
wsalam..
air bersih untuk mandi (tandas) dan air untuk wuduk (surau) ada, tapi saya tidak pasti ia selamat untuk diminum. sebaiknya bawa air mineral untuk minum.
Kalau sewa bot dari pantai kerachut balik ke teluk bahang tu brp eh
hi cik bawang, sewa bot dari pantai keracut ke jetty telok bahang rm80 sehala.
Kalau bawak budak 4 tahun sesuai tak nak jalan trak tu?
Boleh..saya juga pernah bawa budak 4 tahun trekking ke sini.
Nk sewa bot tu kena tempah dulu kaa sblm dtg...kalau kena sewa dulu ada no x?atau p jaa teruih kt sana
Tak perlu tempah..dekat pintu masuk ada banyak counter bot. Anda boleh sewa pada hari anda tiba.
Masa raya ni ada buka X....tempat ni.dan ada sewa bot X??
selalunya buka, tapi untuk kepastian encik boleh hubungi taman negara o4-8813530 untuk pertanyaan.
Sebelum pegi kena register dulu ke? Register masa kat sana atau kena beberapa hari sebelum pegi?
hi nani..
register masa sampai taman negara masa nak trekking atau naik bot, tak perlu register online dan taman negara ni percuma.
apa yang ada di teluk kampi? sebab sy penah hiking sampai pantai kerachut..next time berhasrat sampai ke teluk kampi...bole cerita sikit apa yg ada di teluk kampi tak? terima kasih..
saya pun setakat pantai keracut dan sekitarnyer aja..tapi kata kawan yang pernah ke sana, klu camping kat sana kena bawa jala udang sbb kat sana banyak udang yang besar2.. saya pon tengah plan nak bermalam kat sana ni.
Boleh ke trekking 4 orang je perempuan. Bahaya tak?
Tiada masalah..saya kekadang trekking berdua pompuan jer..
salam.. dlm pos sis yg lain ada piknik & camping di pantai kerachut. ada gambar di air terjun.. boleh saya tau kawasan mana air terjun tu
wsalam...
kawan bawak ikot trek belakang tapak camping/ trek ke telok kampi, kemudian sekitar 200 meter kami masuk simpang ke air terjun ni, simpang xder penanda, trek pon xclear dan semak sikit.
Assalam. Sy bercadang nk solo hike ke muka head. Trek jelas dn selamat x?
wsalam.., tiada masalah, trek jelas dan pada saya selamat.
Antara pntai kerachut Dan tluk dyung mna lgi best untuk brsantai
saya pilih pantai kerachut.
tumpang tanya, kt sini bole start hiking dari jam berapa
pejabat buka jam 08:00 pagi, setelah register untuk trekking, saudara boleh mula trekking.
Klu nak bermalam di sana dan buat bbq boleh kan? So klu nak ke sana just walk in?.. Xyah nak call dulu ke apa ke?
boleh buat BBQ , tapi arang x boleh bakar atas tanah, arang bakar kena lapik dengan
zink dan nak masuk taman neg boleh walk in saja, tak perlu call or booking .
Boleh kan kalau nak trekking sampai ke pantai kerachut lepas perlu patah balik semula kan
Maknanya tak camping la 😅
boleh, itu yang selalu saya buat.
Assalam, hai. Boleh saya tanya, khemah perlu sewa ke? If yes.. berapa bayaran nya?
Wsalam...
Khemah bawa sendri.
Maaf bertanya, nak naik bot tu dari mana nak kemana ? Boleh tak kalau hiking untuk smpai ke pantai keranchut tu??
Bot tersedia di pintu masuk taman negara, terpulang anda nk naik ke pantai kerachut atau ke monkey beach atau sebaliknya. Selalunya saya hiking aja ke pantai kerachut dan ke monkey beach/ rumah api.
Tumpang tanya. Berapa ya harga tambang bot ke monkey beach? Dia charge harga tambang untuk satu hala atau dua hala?
tambang sebuah bot sekitar rm40 atau rm50 sehala namun harga tidak tetap dan boleh berubah mengikut keadaan dan bilangan penumpang. encik boleh berbincang dengan pengusaha bot.
pintu masuk buka pkol brpa ye
X pasti encik.. Encik boleh tanya tmn neg no 04 8813530
Salam cik maaf cuma nak bertya...betol ke kalau nak bermlm di pantai kerachut kena wajib ambik guide rm 150 semalam... ini ap yg sy tgok d kebanykan fb yg org post...sblom ni hmm register then boleh trus camping....maaf cuma nak bertya
Wsalam..
Ya, betul. Kalau bermalam kena ambil guide. Kalau day trekking tak perlu.
Tq share info.menarik
nak tnya..ada akses internet tak nak ke pulau duyung(hiking)sbb sy nak buat live sepanjang hiking
Ada tapi signal low, saya guna maxis, yg lain saya x pasti
whenever you're paying a visit to this beautiful monkey beach in penang, don't forget to take a short hike to the muka head lighthouse as well! it's a sweet way to connect with nature! Oh, they also have one of the most beautiful starbucks in whole of malaysia - don't forget to visit the starbucks in batu ferringhi!
Ada nombor telefon untuk dihubungi tak?
Bleh check google tuan..taman negeri pulau pinang
Catat Ulasan