Negara yang diumpamakan seperti mutiara tersembunyi di Lautan hindi ini terdiri dari gugusan pulau-pulau karang kecil yang terbentuk seperti cincin. Jumlah pulau-pulau karang kecil yang membentuk Republic Maldives ini hampir 1200 buah pulau namun cuma sekitar 200 buah pulau sahaja yang dihuni dan majority penduduknya beragama Islam. Saya dan sepuluh orang teman berpeluang bercuti ke sini pada pertengahan Februari 2019. Kami berangkat dari Kuala Lumpur sekitar jam 18:00 petang dan sampai di Valena Airport Maldives sekitar jam 20:00 malam. International Airport Valena didirikan di Pulau Hulhule yang juga bersaiz kecil. Kerana saiz pulau ini kecil, maka pulau ini telah ditambak untuk memanjangkan landasan kapal terbang agar kapal terbang bersaiz besar boleh mendarat di Maldives. Malam itu kami menaiki teksi dari airport menuju pulau Hulhumale untuk bermalam.
Hari pertama, kami di pulau Hulhumale dan pagi sebelum sarapan kami bersiar sekitar pantai di kawasan hotel. Pulau Hulhumale adalah pulau buatan dengan tujuan untuk dimodenkan. Pulau ini berhubung dengan Bandaraya Male dan airport melalui jambatan. Jalanraya di pulau ini merupakan jalanraya terbaik di Maldives. Hari ini jadual kami bertolak ke Pulau Maafushi. Terminal Ferry ke Pulau Maafushi terletak di Male dan jadual ferry adalah pada pukul 15:00 petang setiap hari. Nasib kami baik kerana hari ini hari Selasa dan ada ferry ke Pulau Maafushi pada jam 10:00 pagi setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad. Untuk memudahkan perjalanan, kami menaiki teksi ke Terminal Ferry Maafushi selepas sarapan dan perjalanan mengambil masa sekitar 20 minit.
Tambang ferry ke Pulau Maafushi adalah USD 3.50 atau 53 Rufiyya seorang sehala dan perlayaran mengambil masa sekitar sejam 30 minit. Kami sampai di Maafushi pada jam 11:30 pagi dan pihak hotel telah sedia menunggu di jetty. Setelah "check in" kami bersiar di Pulau Maafushi dan makan di kedai rakyat di Pulau Maafushi (harga makanan di restauran lebih mahal dari makan di cafe rakyat). Terdapat banyak kedai cenderahati di pulau ini. Di Pulau Maafushi terdapat sebuah penjara yang merupakan satu-satunya penjara di Kepulauan Maldives.
Persinggahan kedua adalah kawasan Penyu. Di sini kami diajak snorkling untuk melihat sendiri penyu-penyu yang terdapat di bawah sana. Disebabkan Maldives berada di Lautan Hindi, ombak agak kuat dan saya merasa gayat untuk berenang di sana walaupun dibekalkan dengan Jacket Keselamatan.
Kemudian kami dibawa ke kawasan untuk snorkling. Karang-karang di kawasan ini tidaklah begitu indah namun air laut yang jernih berkaca memikat hati untuk terjun ke laut.
Tempat persingahan ke empat dalam Half Day Adventure, kami dibawa ke Sandbank. Pasir putih yang timbul di tengah Lautan Hindi yang terkenal dengan kedalaman ini melengkapkan jadual pakage. Kami singgah di pasir timbul ini untuk makan tengahari, mandi manda dan merakam gambar kenangan.
Pakage tamat sekitar jam 15:00 petang dan kami dihantar semula ke hotel. Petang itu setelah berehat kami keluar semula untuk bersiar di Pulau Maafushi, makan malam kami pula di Cafe Pizza tempatan.
Hari ke tiga selepas sarapan kami bersiar di pantai sementara menunggu waktu untuk "check out" dan berangkat ke Male. Jam 12:00 tengahari kami berangkat ke ibukota Maldives iaitu Male dengan menaiki speedboat dan sampai di jetty Male sekitar jam 12:40 tengahari. Setelah "check in" hotel di kawasan Bandar Male, kami makan tengahari dan bersiar di bandar ini.
Di Bandar Male, kami menyusuri jalan tepi laut, menyaksikan puluhan mungkin ratusan bot yang parkir dan beroperasi dengan tujuan masing-masing. Kemudian kami singgah di dataran hadapan Pejabat Pertahanan Maldives. Terdapat ratusan burung Merpati jinak di sana.
Setelah puas merakam gambar bermain dengan Burung Merpati, kami melawat pasar ikan dan sayur tidak berapa jauh dari Dataran Burung Merpati tadi. Kami juga melihat para nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka.
Selepas melawat Bandar Male dan melihat cara hidup masyarakat tempatan kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan bermalam. Kami juga berbincang dan merancang perjalanan untuk hari esok. Sepanjang bersiar di Bandar Male, kami tidak melihat seorang pun pengemis.
Hari ke empat, kami merancang untuk ke Pulau Villingili. Selepas sarapan kami berjalan kaki ke Terminal Ferry Maafushi kerana ferry ke Pulau Maafushi dan Pulau Villingili berangkat dari Terminal yang sama. Jetty tersebut agak jauh dari jetty lain di Bandar Male. Dalam perjalanan ke sana kami singgah sebentar ke Masjid Hakuru Miskiiy. Masjid Hakuru Miskiiy merupakan masjid pertama dan tertua di Maldive yang dibina sekitar kurun ke 12.
Kemudian kami menaiki ferry ke Pulau Villingili sekitar 10 minit dengan tambang 3.25 Rufiyya seorang. Perkhidmatan ferry ke Pulau Villingili beroperasi 24 jam sehari dan akan berehat sekitar 2 jam setiap hari Jumaat pada waktu solat Jumaat. Pulau Villingili diibaratkan sebagai permata tersembunyi di Kepulauan Maldives. Kami cuma berehat dan mandi manda di Pulau Villingili ini. Pasir putih dan air laut yang jernih berkaca di pulau ini bukan sahaja memukau pelancong asing malah penduduk tempatan juga berkunjung ke pulau ini untuk berkelah dan mandi manda.
Di Pulau Villingili terdapat masjid-masjid, hospital dan kemudahan asas. Di kawasan Terminal Ferry pula ada liputan wifi percuma. Dari Pulau Villingili kita dapat lihat bandar Male yang sedang pesat membangun.
Kami pulang semula ke Bandar Male dengan menaiki ferry pada jam 16:00 petang. Sampai di Terminal Jetty Maafushi / Villingili kami makan dahulu dan pulang semula ke hotel dengan menaiki "taxi lori", pengangkutan penduduk tempatan, memandangkan jarak Terminal ke hotel agak jauh jika berjalan kaki.
Hari ke lima, kami menaiki ferry dari Male ke airport sekitar jam 07:30 pagi dengan tambang sebanyak 10 Rufiyya seorang dan perjalanan sekitar 20 minit. Kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10:00 pagi.
Hari 1-
18:50 Kuala Lumpur ke Maldive.
20:10 Sampai Maldives, bermalam di Hulhumale
Hari 2
07:00 Sarapan dan bertolak ke Terminal Ferry Maafushi.
10:00 Naik Ferry ke Maafushi
11:40 Sampai Maafushi
14:00 Check in Arena Beach Hotel.
16:00 Bersiar dan shopping di sekitar Maafushi Island
Hari 3
08:00 Breakfast
10:00 Activity Half Day Adventre, penyu, dolphin, snorkling, lunch di sandbank
15:00 Activity bebas
20:00 Makan malam, local pizza dan shopping
Hari 4
08:00 Breakfast dan aktivity bebas
12:00 Check out
12:30 Speedboat ke Male
13:00 Check in hotel di Male
14:00 Bersiar di Male dan makan.
Hari 5
08:00 Breaksfast
09:00 Naik bot ke Pulau Villingili
09:15 Bersiar di Pulau Villingili, mandi manda
16:00 Bertolak pulang ke Male, makan di jetty Maafushi
Malam aktivity bebas
Hari 6
07:30 Menaiki ferry ke Airport
10:00 Pulang ke Malaysia
Nota:
1- Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk ke Maldives.
2 - 1 USD bersamaan 15 Rufiyya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan