Bersama seorang teman, kami berdua bertolak dari Penang menuju ke Pengkalan Hulu. Tujuan kami kali ini adalah menjelajah Selatan Thailand dari Betong ke Yala, kemudian ke Pattani dan Narathiwat pada akhir september 2024. Dari Narathiwat kami akan memasuki Malaysia melalui Pengkalan Kubur ataupun Rantau Panjang ke Kota Bharu. Dalam perjalanan ke Pengkalan hulu, kami singgah makan tengahari di Baling. Kedai makan sebelah kiri selepas bulatan ke Pengkalan Hulu ini saya rekomen pembaca yang menggemari rasa kampung singgah untuk menjamu selera. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke sempadan Malaysia-Thailand dari pintu keluar Pengkalan Hulu Perak.
Sebelum memasuki Negara Thailand, kami singgah membuat insuran kenderaan dan membeli sim card Thailand. Kenderaan yang ingin memasuki Thailand dari sempadan Pengkalan Hulu perlu membawa geran original kenderaan. Sekiranya hanya membawa salinan geran, pemandu harus mendapatkan cop kebenaran di Balai Polis Pengkalan Hulu. Jika pemilik kenderaan tidak turut serta dalam kumpulan rombongan, surat sumpah kenderaan diperlukan untuk membawa kenderaan merentasi sempadan negara.
Semasa kami ke sana, awan terbentang saujana mata memandang. Tiket masuk ke menara 200 bath seorang dan sarong kasut pula 20 bath seorang. Kami menghabiskan masa semahunya menyaksikan pemandangan indah pagi itu. Merakam gambar setiap arah sepuasnya dari pelantar kaca di menara.
Selesai melawat Ai YerWeng, kami meneruskan lawatan ke air terjun Chaloem Phra Kiat King Rama. Parkir dan melawat ke air terjun ini percuma dan terdapat tandas di pintu masuk kawasan air terjun ini.
Tempat lawatan keempat kami hari ini adalah Betong Hot Spring. Masuk ke sini percuma.
Kemudian kami ke Winter Flower Garden. Masuk ke taman bunga ini dikenakan bayaran 100 Bath seorang. Saya juga merakam gambar di sepohon pokok yang berusia seribu tahun di dalam kawasan Piyamit Tunnel ini.
Selesai lawatan kami bergerak pulang ke hotel dan malam itu kami ke pasar malam Betong dan bersiar di bandar Betong pada waktu malam.
Keesokan paginya setelah sarapan kami ke Betong Art Street. Tidak banyak lukisan dinding yang kami jumpa dan kami meneruskan perjalanan ke bandar Yala. Dalam perjalanan kami berhenti sebentar dan bergambar di atas Jambatan Tok Ku Chae di Bang Lang Dam.
Di Yala kami menginap di Linus Hotel. Malam itu kami ke Prachachen Night Market. Terdapat berbagai jenis makanan di astaka pasar malam itu untuk menjamu selera dan hampir seluruh makanan dijual penjaja muslim.
Selepas menjamu selera kami balik berehat dan keesokkan paginya kami meneruskan perjalanan ke Bandar Pattani. Pagi hari keempat, sebelum keluar dari Bandar Yala, kami ke Masjid Jamek Yala dahulu.
Kemudian kami menuju ke Pattani dan menginap di Southern View Hotel. Keesokkan paginya kami bersarapan di Roti De Forest sebelum memulakan perjalanan ke Narathiwat.
Kemudian kami singgah minum di cafe viral tidak jauh dari ladang garam. Barley Seafood and Cafe ini terletak di tepi laut dan menarik sebagai spot bergambar.
Kemudian kami melawat ke Telaga Hang Jebat yang terletak tidak berapa jauh dari Masjid Kerisik setelah dicadangkan oleh penjual ais di Masjid Kerisik.
Berehat seketika di dataran tepi Sungai Kolok, kami kemudian bergerak balik ke penginapan. Keesokkan paginya, kami menyaksikan matahari terbit dari tepi pantai tempat penginapan dan menjamu selera dengan sarapan yang disediakan oleh pihak resort.
Sebelum pulang ke Malaysia kami melawat Muzium Al-Quran. Muzium ini terletak di kawasan sekolah agama. Al-Quran yang dijaga dan dipamerkan di sini berusia 200 tahun hingga seribu tahun dari serata dunia. Selain Al-Quran, terdapat berbagai barangan perkembangan tamadun dipamerkan di sini seperti pakaian, peralatan dan perhiasan rumah, perabut, senjata dan lain-lain lagi.
Selesai melawat Muzium Al-Quran kami bergerak ke Masjid Telok Manok yang juga dikenali Masjid Wadi al-Hussein. Masjid yang berusia 400 tahun ini dibina pada tahun 1634 dan merupakan masjid yang dibina daripada kayu tertua di Thailand.
Setelah melawat Masjid Telok Manok, kami meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia melalui sempadan Rantau Panjang, Kelantan. Kami bermalam semalam di Kota Bharu. Sebelum pulang ke Pulau Pinang kami membeli sedikit buah tangan di Kota Bharu dan melawat Masjid Imanul Fa'izin di Kota Bharu.
Jika ada rezeki di masa akan datang, saya berharap akan mengulangi perjalanan ke sini lagi. Terima kasih Allah.