Di Narathiwat kami menginap di Heartwood Resort. Resort tepi laut ini agak jauh dari bandar Narathiwat. Petang itu kami keluar makan di Salam Sornklin Narathiwat. Kedai makan ini tidak berapa jauh dari tempat penginapan kami.
Selesai makan kami ke tapak pasar malam Sungai Kolok. Menurut pemilik kedai makan Salam Sornklin, ada pertandingan perahu di sungai itu dan hari ini merupakan hari terakhir.
Selepas berlegar di dataran tepi sungai, kami bergerak balik. Pagi esoknya kami merehatkan minda sambil melihat matahari terbit di tepi pantai dan bersarapan makanan yang disediakan oleh pihak Resort. Setelah check out kami ke Muzium Al-Quran berpandukan Google map.
Selain Al-Quran, peralatan seperti pinggan mangkuk, pakaian, senjata, tembikar, berbagai barangan perhiasan, perabut dan peralatan antik perkembangan dan peredaran tamadun dipamerkan.
Selesai melawat Muzium Al-Quran kami bergerak ke Masjid Telok Manok yang juga dikenali Masjid Wadi al-Hussein. Masjid yang berusia 400 tahun ini dibina pada tahun 1634 dan merupakan masjid yang dibina daripada kayu tertua di Thailand.
Setelah melawat Masjid Telok Manok, kami meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia melalui sempadan Rantau Panjang, Kelantan. Kami bermalam semalam di Kota Bharu.
Sebelum pulang ke Pulau Pinang kami membeli buah tangan di Pasar Siti Khadijah dan melawat Masjid Imanul Fa'izin di Kota Bharu. Terima kasih Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan