Ahad, 13 Disember 2015

Gunung Kosciuszko




       Bertahun saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke gunung tertinggi di negara Australia ini. Keinginan saya tertunai apabila Apip mengajak saya menyertai kumpulannya yang bercadang ke gunung ini pada November 2015. Kami sampai di Sydney pukul 11:00 pagi dan setelah membeli kad telepon dan menyewa 2 buah van pandu sendiri, kami bertolak ke Thredbo Village. Dalam perjalanan ke Thredbo Village kami singgah di sebuah pasaraya Bankstown Central untuk membeli makanan dan keperluan peribadi. Bankstown central merupakan pasaraya yang kebanyakan pengunjungnya adalah orang Arab dan Asia dan di sini mudah mencari kedai makanan halal. Setelah membeli barang keperluan, kami meneruskan perjalanan ke Thredbo Village yang berjarak kurang lebih 470 kilometer dan mengambil masa kurang lebih 7 jam perjalanan darat.



       Kami sampai di Thredbo Village pada pukul 12:00 tengah malam dan bermalam di Lantern Apartment. Thredbo Village terletak di kaki Gunung Koscuiszko dan terdapat banyak kemudahan di kampung ini seperti apartment untuk di sewa, pejabat information dan berbagai lagi. Gunung Kosciuszko 2228 mdpl merupakan gunung tertinggi di Australia dan terletak di Koscuiszko National Park, New South Wales. Gunung ini juga terkenal untuk aktivity berbasikal dan sukan ski.


        Cara mudah dan popular untuk ke puncak gunung ini adalah dengan mengunakan perkhidmatan "chairlift" hingga ke pertengahan dan menyambung baki pendakian ke puncak kurang lebih 2 jam dengan berjalan kaki di atas pelantar besi yang dibina untuk kemudahan pendaki. Selepas sarapan, kami bersedia untuk memulakan pendakian ke Gunung Kosciuszko. Kami mula bergerak ke Stesen "Chairlift" pada pukul 8:50 pagi.







      Setelah menaiki "chairlift" selama 20 minit, kami sampai di stesen atas dan cuaca tidak begitu baik kerana hujan. Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan kami terpaksa menangguhkan activity mendaki. Sementara menunggu cuaca berubah, kami santai di cafe yang terdapat di stesen "chairlift".


     Setelah menunggu hampir 3 jam, hujan masih renyai. Apip mencadangkan kami meneruskan pendakian kerana bimbang jika hujan berterusan. Kami mula bergerak pada pukul 11:50 pagi. Pendakian agak santai kerana kemudahan pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki. Walaupun pemandangan tidak begitu jelas, kami tetap merakam gambar kenangan di sepanjang pendakian.








       Setelah trekking selama 2 jam, kami sampai ke puncak Gunung Kosciuszko pada pukul 2:00 petang. Kami mengambil gambar kenangan namun pemandangan tidak begitu jelas kerana kabus. Pada pukul 3:00 petang Apip mengajak kami semua turun bimbang terlewat kerana "chairlift" terakhir beroperasi hingga pukul 4:30 petang. "Chairlift" di gunung ini beroperasi sepanjang tahun, perkhidmatan dan penyelegaraannya amat baik. Dalam perjalanan turun, pemandangan amat jelas kerana hujan telah berhenti.

Tandas awam tertinggi di Australia.


Tasik Cootapatamba







Pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki.
        Kami sampai di Stesen "Chairlift" tepat pada pukul 4:30 petang. Apip yang mengetuai kumpulan ini bijak mengatur dan menganggar masa kerana jika kami terlewat, kami terpaksa menapak turun.

Stesen Chairlift




Perkampungan Thredbo.
       Akhirnya kami sampai di bawah pada pukul 5:00 petang. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami meneruskan perjalanan ke Blue Mountain National Park. Terima kasih ALLAH.


Nota:
 1- Visa pelancong diperlukan untuk ke Australia.
 2- Terdapat pilihan untuk ke puncak gunung samada mendaki dari perkampungan Thredbo atau menggunakan perkhidmat "chairlift" hingga ke pertengahan gunung.
3-Jika anda mempunyai kumpulan dan mencari guide ke sana hubungi Apip-0133508508.
       


4 ulasan:

Code Monkey berkata...

Saya x pernah pergi
Makan lidah lembu pun tak habis

Jurimah Ariffin berkata...

makan lidah lembu??? password ni...imran yer...tq help us at bangkok..

serius cut berkata...

Assalamualaikum.. Tak guna guide ya?

Jurimah Ariffin berkata...

wsalam...x guna guide