Bertahun saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke gunung tertinggi di negara Australia ini. Keinginan saya tertunai apabila Apip mengajak saya menyertai kumpulannya yang bercadang ke gunung ini pada November 2015. Kami sampai di Sydney pukul 11:00 pagi dan setelah membeli kad telepon dan menyewa 2 buah van pandu sendiri, kami bertolak ke Thredbo Village. Dalam perjalanan ke Thredbo Village kami singgah di sebuah pasaraya Bankstown Central untuk membeli makanan dan keperluan peribadi. Bankstown central merupakan pasaraya yang kebanyakan pengunjungnya adalah orang Arab dan Asia dan di sini mudah mencari kedai makanan halal. Setelah membeli barang keperluan, kami meneruskan perjalanan ke Thredbo Village yang berjarak kurang lebih 470 kilometer dan mengambil masa kurang lebih 7 jam perjalanan darat.
Cara mudah dan popular untuk ke puncak gunung ini adalah dengan mengunakan perkhidmatan "chairlift" hingga ke pertengahan dan menyambung baki pendakian ke puncak kurang lebih 2 jam dengan berjalan kaki di atas pelantar besi yang dibina untuk kemudahan pendaki. Selepas sarapan, kami bersedia untuk memulakan pendakian ke Gunung Kosciuszko. Kami mula bergerak ke Stesen "Chairlift" pada pukul 8:50 pagi.
Setelah menaiki "chairlift" selama 20 minit, kami sampai di stesen atas dan cuaca tidak begitu baik kerana hujan. Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan kami terpaksa menangguhkan activity mendaki. Sementara menunggu cuaca berubah, kami santai di cafe yang terdapat di stesen "chairlift".
Setelah trekking selama 2 jam, kami sampai ke puncak Gunung Kosciuszko pada pukul 2:00 petang. Kami mengambil gambar kenangan namun pemandangan tidak begitu jelas kerana kabus. Pada pukul 3:00 petang Apip mengajak kami semua turun bimbang terlewat kerana "chairlift" terakhir beroperasi hingga pukul 4:30 petang. "Chairlift" di gunung ini beroperasi sepanjang tahun, perkhidmatan dan penyelegaraannya amat baik. Dalam perjalanan turun, pemandangan amat jelas kerana hujan telah berhenti.
Tandas awam tertinggi di Australia. |
Tasik Cootapatamba |
Pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki. |
Kami sampai di Stesen "Chairlift" tepat pada pukul 4:30 petang. Apip yang mengetuai kumpulan ini bijak mengatur dan menganggar masa kerana jika kami terlewat, kami terpaksa menapak turun.
Stesen Chairlift |
Perkampungan Thredbo. |
Nota:
1- Visa pelancong diperlukan untuk ke Australia.
2- Terdapat pilihan untuk ke puncak gunung samada mendaki dari perkampungan Thredbo atau menggunakan perkhidmat "chairlift" hingga ke pertengahan gunung.
3-Jika anda mempunyai kumpulan dan mencari guide ke sana hubungi Apip-0133508508.
4 ulasan:
Saya x pernah pergi
Makan lidah lembu pun tak habis
makan lidah lembu??? password ni...imran yer...tq help us at bangkok..
Assalamualaikum.. Tak guna guide ya?
wsalam...x guna guide
Catat Ulasan