Gunung Pulai kembar Gunung Baling ini, saya anggap antara gunung paling jujur yang pernah saya daki. Bila bercerita pasal mendaki gunung, gunung inilah yang memiliki jalur yang memang tiada landai. Trek ke puncak memang membawa erti sebenar mendaki gunung. Saya dan tiga rakan memulakan pendakian ke gunung ini seawal jam 4:00 pagi ditemani Faizal guide Gunung Pulai pada pertengahan January 2019. Kami berjumpa di hentian bas hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai dan meneruskan pemanduan menyusuri lorong kecil di sebelah sekolah rendah ini. Kami memakir kereta di kawasan lapang tepi sungai di mana pendakian ke puncak Gunung Pulai ini bermula. Menyeberangi sungai melalui jambatan besi bersaiz kecil, kami berjalan menuju ke kaki gunung dan pendakian ke puncak pun bermula. Boleh dikatakan keseluruhan jalur menuju puncak memaksa kami memerah tenaga memanjat bongkah-bongkah batu yang sedikit tajam. Tiada gambar yang dirakam sepanjang pendakian kerana kami cuma ditemani cahaya "headlamp". Jam 6:15 pagi kami sampai di satu kawasan sedikit lapang yang dijadikan sebagai tempat solat oleh pendaki. Jam 6:40 pagi kami meneruskan pendakian ke puncak yang dianggar mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit. Saya sampai di puncak Gunung Pulai pada jam 07:15 pagi ketika cahaya dari langit sedang menjenguk bumi.
Kami berehat agak lama di puncak Gunung Pulai ini. Menyaksikan pemandangan indah dan aksi pendaki lain merakam kenangan. Kemudian Faizal mengajak saya ke Puncak Persahabatan yang terletak di antara puncak Gunung Pulai dan Gunung Baling. Kami bergambar sebentar di Batu Gantung, "spot feveret" pendaki di puncak Gunung Pulai untuk merakam gambar. Saya agak gayat merakam gambar di atas Batu Gantung ini.
Kemudian kami menuruni puncak menghala ke Gunung Baling untuk ke Puncak Persahabatan. Jalur agak semak kerana pendaki jarang ke Puncak Persahabatan ini. Tetapi yang lebih teruk, trek ke Puncak Persahabatan agak berbahaya. Sekitar 10 minit kami menuruni puncak, kami sampai di Puncak Persahabatan yang terletak di antara puncak Gunung Pulai dan Gunung Baling ini. Namun hingga ke hari ini pendaki tidak boleh meneruskan pendakian ke Gunung Baling dari Gunung Pulai kerana trek berakhir di sini.
Setelah kembali ke puncak Gunung Pulai, kami berehat sebentar dan merakam gambar setelah pendaki lain mula bergerak turun. Kami bergerak turun pada jam 9:00 pagi. Perjalanan turun ke bawah lebih mencabar pada pandangan saya, mungkin kerana kekurangan tenaga atau keadaan yang cerah menyebabkan kita lebih gayat.
Tersesat di Gunung Pulai bukanlah perkara mustahil. Kepada pendaki yang tidak pernah ke sini, saya cadangkan anda mengambil khidmat "guide" atau penunjuk arah. Paling kurang ditemani pendaki yang sering ke gunung ini. Selain dari itu, faktor kaki yang lemah atau "screw" lutut yang sering longgar juga mungkin memerlukan khidmat guide untuk membantu anda mengatur langkah kaki ketika turun nanti. Walaupun Gunung Pulai ini cuma berketinggian 620 mdpl namun ia tidak boleh di pandang rendah. Saya sampai di tapak pakir di bawah pada jam 11:30 pagi.
Sebelum pulang Faizal mencadangkan kami mencuba air jagung yang popular di Baling. Air jagung BADD CORN dijual sekitar Bandar Kupang secara bergerak, pagi di hadapan market, pada waktu tengahari di hadapan Sekolah Arab manakala di sebelah petang di Padang Awam Kupang. Nasib kami kurang baik kerana semasa kami tiba, air jagung BADD CORN telah habis dijual. Mungkin lain kali ada rezeki.
Walaupun pendakian ke Gunung Pulai agak sukar kerana jalur yang tegak sekitar 80 darjah, jujur saya akui, saya suka Gunung Pulai. Pendakian ke gunung ini mengingatkan saya kepada kenangan mendaki ke gunung Pinnacle (Api) di Taman Negara Mulu di Serawak pada tahun 2010. Walaupun jarak kedua gunung ini jauh, namun tahap pendakiannya hampir sama. Kedua gunung ini berdiri dengan kelasnya yang tersendiri. Terima kasih Allah.
Nota:
1- Pendakian ke Gunung Pulai memerlukan permit dari Jabatan Bomba Baling.
2- Contact guide, Faizal +60174853778
3- Pakir kereta percuma.
27 ulasan:
PULAI BEST SANGAT..ni baru dikatakan mendaki Gunung.. Hakak baru 6x..masih tak puas2 bergambar di Batu Gantung..
Wow...6x...tahniah.
Perlu guide dan permit tak? Dimana tempat masuk? tkasih
Permit jabatan bomba perlu, guide bukan syarat wajib. Tempat masuk agak jauh dari jalan besar, melalui mini tar sebelah sekolah pulai. Sama-sama.
Bagaimana nak buat permit? online?
Biasanya kalau nk buat permit, tulis senarai nama penuh pendaki, ic no, no tel dan no tel waris dan hantar ke jabatan bomba baling sebelum mndaki. Saya hari tu guide tu yg tolong buat.
Lajunya naik, 30 minit ja,, sya smpai dkt 2 jam, bru smpai
Alhamdulillah...
Boleh saya tahu bayaran untuk guide biasanya berapa ya?
Kami dulu 4 org satu group bayar rm150.
ayat sempoi, bersahaja. website yg bagus. info padat. bravo brader! welldone
biaq betui. mcm terobang dah tu
tq panji semarang1,...singgah di blog saya, naik 3 jam tu sista...meleleh airliur...
Terima kasih for sharing info yang sangat berguna. Penulis an yg baik dan menarik.
Terima kasih singgah di blog saya
Salam.. Permits Ty leh buat secara walk in tak kt balai bomba tu? Tq
wsalam...
permit gunung selalunya kami buat siap-siap dan hari mendaki tu kami terus serah ke balai bomba sebelum mendaki.
siapa boleh bawa saya naik gunung pulai dan baling bln 10 blh pm tak....
Di bawah blog, nota tu ada saya nyatakan contact no tel guide
Selain en faizal, ada lagi tak guide yg saya boleh hubungi. En Faizal saya kol dan wassp dia x reply apa2 pn, tq
Encik roslan boleh hubungi che mat #010 8745883
Salam, sesiap nak naik selepas raya, pm saya. 0174617332. Saya dan suami nak join
hi, boleh ke request permit pada hari mendaki tu?
Hi.. Boleh..
Nanti Contact Saya Faizal : 01156419377
jalan tu skrg dh takde ke?
X pasti tuan..cuba tanya guide faizal (01156419377)
Catat Ulasan