Sabtu, 25 Januari 2020

Mendaki Bukit Mok Cun Kodiang Kedah


Bongkah batu yang berdiri kukuh dikelilingi sawah padi ini mengamit saya dan teman-teman pada pertengahan bulan January 2020 untuk mendaki ke sini. Dulu nama aslinya adalah Bukit Kodiang, namun setelah pengambaran Drama Mok Cun dilakukan di sini, tempias populari drama tersebut turut menukar namanya menjadi lebih "glamor" sebagai Bukit Mok Cun. Pemandangan Kampung Kandis amat damai, tidak hairanlah ia terpilih sebagai lokasi pengambaran drama. Kami memakir kenderaan di kaki Bukit Mok Cun sekitar jam 09:00 pagi dan mula mendaki secara berjemaah perlahan-lahan.


Keseluruhan trek ke puncak bukit boleh dikatakan menegak 90 darjah, di setengah bahagian trek, disediakan tangga besi dan tali bagi memudahkan proses pendakian. Walaupun tiada jaminan keselamatan ketika mendaki, sekurang-kurangnya tangga besi yang disediakan boleh mengurangkan bahaya ketika memanjat batu-batu yang berbentuk dan berpemukaan tajam. Terdapat juga pendaki yang lebih suka mencabar kekuatan tenaga dengan mendaki batu-batu tersebut dari menggunakan tangga. Apapun alasan pendaki, tindakan mendaki adalah tanggungjawap sendiri dan para pendaki harus yakin semasa membuat pilihan ketika mendaki.



Setelah mendaki sekitar 20 minit, kami sampai di satu bahagian trek separuh terbuka yang di panggil "varendah" oleh segelintir pendaki. Kami berehat sambil bergambar agak lama di sini. Kami menyaksikan sawah padi yang hijau kekuningan terbentang luas di bawah sana. Kemudian kami bergilir-gilir menggunakan tangga untuk meneruskan pendakian ke puncak.







Ketinggian Bukit Mok Cun adalah 140 mdpl namun proses pendakian ke puncak agak mencabar. Kekuatan otot tangan dan kaki memainkan peranan semasa melonjakkan badan ketika mendaki. Tambahan pula bukit ini tegak berdiri dan terbina dari batu-batu tajam, kiri dan kanan trek adalah curam. Kami sampai di puncak Bukit Mok Cun sekitar jam 10:00 pagi. Puncak Bukit Mok Cun redup dinaungi pokok-pokok hutan. Kami berehat sambil merakam gambar dari beberapa sudut yang dicadangkan oleh teman yang telah beberapa kali mendaki bukit glamor ini.




Jam 11:00 pagi kami bergerak turun. Saya sampai di tapak pakir di bawah sekitar jam 11:25 pagi. Bayaran pakir bagi sebuah motosikal adalah Rm1 manakala sebuah kereta pula Rm 2. Tapak pakir selamat, bersih dan luas. Tidak terdapat tandas di Bukit Mok Cun ini. Jika anda memerlukan tandas, anda boleh menggunakan tandas tuan rumah yang membersihkan kawasan pakir dan terletak sekitar seratus meter dari kaki bukit. Tandas bersih dan buat masa sekarang tiada bayaran dikenakan untuk menggunakannya.



Semasa menunggu teman yang lain sampai di bawah, saya bertegur sapa dengan beberapa anak muda tempatan yang juga mendaki pada pagi itu. Mereka adalah orang yang pembaca boleh hubungi jika perlukan guide untuk mendaki Bukit Mok Cun. Selain Bukit Kodiang atau Mok Cun, mereka juga boleh memandu untuk mendaki ke beberapa bukit di sana seperti Bukit Gua Kerbau, Bukit Hantu, Bukit Keriang, Bukit Chabang, Gua Sami, Bukit Jernih dan Pintu Wang Gunung.
1- Pijan - 017 5625253
2- Hamzah - 017 4781379.

4 ulasan:

Nurul iPhone Enthusiast berkata...

wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

Jurimahmohdariffin berkata...

Terima kasih..

Fitri berkata...

Nice....perkongsian yg baik

Jurimahmohdariffin berkata...

Terima kasih..