Khamis, 27 Jun 2024

Mendaki Gunung Datuk Negeri Sembilan



Sehari selepas saya dan dua teman mendaki Gunung Angsi, kami bertiga mendaki Gunung Datuk. Memenuhi masa cuti di Negeri Sembilan pada awal June 2024, kami mendaki dua gunung ini secara santai. Pagi itu kami memandu ke Hutan Lipur Gunung Datuk dari penginapan kami di Seremban dan memakir kenderaan di tapak pakir Hutan Lipur Gunung Datuk ini secara percuma. Setelah semua bersedia kami memulakan pendakian pada jam 9:40 pagi. Menuruni anak tangga yang dicat berwarna warni, kami menyeberangi sungai dan membayar permit pendakian RM5.00 seorang di pondok kaunter seberang sungai.




Boleh dikatakan keseluruhan trek mendaki Gunung Datuk menegak. Dalam usia yang semakin meningkat, saya merasakan mendaki tanpa beban ini agak memenatkan. Kami memanjat bongkah-bongkah batu dan di setengah bahagian trek terdapat tali untuk berpaut. 






Sepanjang mendaki ke puncak, kami banyak kali berehat. Akhirnya kami sampai di puncak Gunung Datuk pada jam 12:40 tengahari. Kami berehat agak lama di kawasan lapang yang ditandai dengan papan Puncak Gunung Datuk sehingga kami memutuskan mendaki tangga menuju keatas bongkah batu besar, di mana puncak Gunung Datuk sebenar berada.






Kami berada di atas batu besar di puncak Gunung Datuk 884 mdpl ini agak lama. Merakam gambar dan menyaksikan pemandangan indah di bawah sana. Cuaca sangat cerah. Saya merasa agak gayat berada di atas batu besar ini. 




Setelah puas berehat dan merakam gambar, kami bergerak turun melalui trek kami datang tadi. Terima kasih Allah.

Khamis, 20 Jun 2024

Mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilan



Bercadang mendaki Gunung Angsi dan Gunung Datuk, saya bersama dua teman ke Seremban pada awal June 2024. Kami bermalam di hotel area Bandar Seremban dan keesokkan paginya, kami memandu ke Bukit Putus di kaki Gunung Angsi. Dalam perjalanan ke sana kami singgah membeli sedikit jajan dan air mineral. Kami sampai di Bukit Putus sekitar jam 08:50. 




Terdapat pondok berteduh dan kaunter bayaran untuk permit pendakian, tandas, dan surau di sini.  Parking percuma. Setelah membayar permit seorang RM5.00 dan bersedia, kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Angsi sekitar jam 09:00 pagi. Memulakan pendakian dengan memanjat tangga yang dibina di permulaan jalur sedikit memenatkan. Kami mendaki secara santai, trek redup, jelas, terjaga dan menegak. Di beberapa bahagian jalur dibina tangga dan sebahagian trek terdapat tali yang diikat di sisi jalur untuk pendaki berpaut. Kami berehat beberapa kali sehingga sampai di pondok yang dibina di tengah perjalanan.






Kami berehat agak lama di pondok pertengahan trek ini. Kemudian kami meneruskan pendakian dan jalur agak mendatar sehingga kami hampir sampai di puncak, trek kembali menegak. Kami sampai di puncak Gunung Angsi, 825 mdpl sekitar jam 11.45 pagi, setelah hampir tiga jam mendaki.




Kami berehat sambil merakam gambar kenangan. Terdapat pondok berehat, beirut, binaan penanda puncak Gunung Angsi, bendera Negeri Sembilan dan bendara Malaysia di puncak yang luas ini. Kerana kami mendaki di hari bekerja, tambahan pula agak lewat, cuma kami bertiga sahaja di puncak Gunung Angsi waktu itu. Cuaca cerah dan kami dapat melihat pemandangan bawah dari sini.




Setelah puas merakam gambar, kami bergerak turun pada jam 12:15 tengahari melalui jalur kami mendaki tadi dan sampai di tapak parkir sekitar jam 14:15 petang. Terima kasih Allah.