Sehari selepas saya dan dua teman mendaki Gunung Angsi, kami bertiga mendaki Gunung Datuk. Memenuhi masa cuti di Negeri Sembilan pada awal June 2024, kami mendaki dua gunung ini secara santai. Pagi itu kami memandu ke Hutan Lipur Gunung Datuk dari penginapan kami di Seremban dan memakir kenderaan di tapak pakir Hutan Lipur Gunung Datuk ini secara percuma. Setelah semua bersedia kami memulakan pendakian pada jam 9:40 pagi. Menuruni anak tangga yang dicat berwarna warni, kami menyeberangi sungai dan membayar permit pendakian RM5.00 seorang di pondok kaunter seberang sungai.
Boleh dikatakan keseluruhan trek mendaki Gunung Datuk menegak. Dalam usia yang semakin meningkat, saya merasakan mendaki tanpa beban ini agak memenatkan. Kami memanjat bongkah-bongkah batu dan di setengah bahagian trek terdapat tali untuk berpaut.
Kami berada di atas batu besar di puncak Gunung Datuk 884 mdpl ini agak lama. Merakam gambar dan menyaksikan pemandangan indah di bawah sana. Cuaca sangat cerah. Saya merasa agak gayat berada di atas batu besar ini.
Setelah puas berehat dan merakam gambar, kami bergerak turun melalui trek kami datang tadi. Terima kasih Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan